Whitekish Tampil Keyakinan Lelaki Kacak Dengan Senyuman Menggoda
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Orang lelaki sekarang ni bukan sahaja menjaga penampilan diri dari segi pemakaian dan juga atitude diri tapi juga penting kena jaga gigi. Yer lah walau sehensem mana rupa korang sekacak mana korang pun tapi bila buka mulut bau longkang jangan harap lah orang nak dekat. Hehehehe bukan semua orang macam tu tapi ada juga. Ini kerana lebih 51% lelaki dewasa menghisap rokok dan dalam masa sama ia menghasilkan bau mulut yang kurang menyenangkan.

