Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Vida C. Papar semua catatan

Minuman Sparkling vida Vitamin C Semasa Pandemik Untuk Menguatkan Sistem Imun

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Musim pandemik yang makin tidak nampak tanda untuk surut ni membuatkan kita rasa bimbang juga kalau selalu keluar dan terdedah dengannya secara langsung. Tambahan bagi mereka yang berisiko tinggi kurang pelindungan dan sistem imun yang makin lemah. Jadi ramai orang sekarang peka untuk mengambil apa sahaja makanan atau minuman yang ada vitamin C tinggi untuk menguatkan sistem imun badan.