Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

Hendak Menginap Di Pulau Perhentian Boleh Pilih Ombak Dive Resort

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah sampai ke Pulau Perhentian dan ini adalah pengalaman pertama jejak kaki kat pulau diberi gelaran Permata Negeri Terengganu ini. Terujanya tak terkata sebab dapat peluang nak bercuti dan berehat-rehat ke pulau lagi untuk selama 3 hari 2 malam. Mungkin bagi ramai orang dah biasa akan Pulau Perhentian ni tapi bagi Maha ia satu pengalaman yang sangat bermakna. 

Lokasi Keropok Lekor Original Dari Terengganu Boleh Dapat Di Bangi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu petang-petang mana tempat korang lepak-lepak atau habis masa untuk makan ringan-ringan macam Keropok Lekor atau juga Sata. Kat KL ni memang banyak tapi tak ada tempat yang dapat rasa original seperti mana dari Terengganu. Kebanyakannya hanya lebih tepung dari isi ikan.


Tapi sekarang ni Maha dah jumpa satu port yang terbaik untuk korang nak makan Keropok Lekor dan Sata dengan rasa asli dari Terengganu. Tak jauh pun hanya terletak kat Jalan Pawang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi jer. Maha mulanya tak percaya tapi bila pergi tengok sendiri macam mana mereka hasilkan keropok lekor dan juga penyediaannya menjadikan rasa lapar sangat.



Nama kedai ini adalah Rara Lekor betul-betul kat tepi jalan utama kampung tu dan korang boleh parking tepi jalan untuk beli keropok lekor dan juga Sata yang mereka hasilkan sendiri. Kedai ni baru jer beroperasi tak silap bulan April tahun ni tapi sebelum ini mereka hanya menjual produk keropok lekor melalui agent yang ada diserata lokasi.



Paling best mereka bukan sahaja buat keropok lekor biasa tapi ada juga beberapa produk keropok lekor yang lain seperti Keropok Lekor Cheese, Keropok Lekor Rebus, Keropok Lekor Vacum dan juga Keropok Keping Ikan Tamban. Selain itu juga ada produk makanan tradisi lain seperti Sata dan juga Ketupat Palas.

Keropok Lekor Cheese Vakum

Keropok Lekor Goreng Vakum

Ketupat Palas

Keropok Keping Ikan Tamban 

Harga produk yang mereka jual:-

Keropok Lekor Goreng Vakum = RM8.00 sebungkus (20 batang keropok)
Keropok Lekor Rebus Vakum = RM8.00 sebungkus (5 batang panjang keropok)
Keropok Lekor Cheese Vakum = RM12.00 (20 batang keropok)
Keropok Keping Ikan Tamban = RM15.00 sebungkus (450gm)
Sos Cili = RM5.00 sebotol

Selalu orang datang sini mereka akan beli untuk bungkus bawa balik yang dah siap goreng atau yang masih mentah, tapi korang juga boleh makan panas-panas kat kedai tu lagi best. Sebab korang boleh makan dengan sos cili yang mereka hasilkan sendiri dengan resipi rahsia. Pastu lak minum air sejuk kat situ memang boleh habis berpinggan-pinggan keropok lekor tanpa sedar.




Sedap sebab Maha tengok mereka buat dari proses kepada mengasingkan isi ikan dan juga kepada campuran serta kerja-kerja menggentel keropok lekor tu. Pulak tu masa duduk makan tengok pelanggan tak putus-putus beli keropok mereka terutama hari minggu memang ramai.




Lepas ni dengar kata mereka nak besarkan lagi perniagaan ini dengan menjual Makanan Laut Celup Tepung yang popular kat pantai Terengganu tu. Nanti kalau berkesempatan lagi Maha akan cuba lak makanan baru tu. Tapi buat masa ni kita santai-santai makan keropok lekor dan sata terbaik. Korang kena datang cuba makan keropok sini memang Maha rekemen sangat memang puas hati. Kedai ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam jadi boleh datang bila-bila. Selamat mencuba semua.

Tempahan atau pertanyaan hubungi :-

No Tel : 012 - 6479769
Alamat : Lot 1469, Jalan Pawang, 
               Kampung Teras Jernang, 
               43650 Bandar Baru Bangi, Selangor






Saluran Yang Betul Untuk Mangsa Banjir di Kelantan, Terengganu Dan Pahang

Saluran Yang Betul Untuk Mangsa Banjir di Kelantan, Terengganu Dan Pahang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu rasa tersentuh dan pilu bila lihat keadaan banjir yg makin teruk di Pantai Timur semenanjung sehingga melibatkan ribuan mangsa di pindahkan. Mahamahu juga org Pahang turut merasai sendiri tekanan dan juga kepayahan yg mereka alami.







Sehingga ada yg rumah tenggelam terus dan pula pusat pemindahan juga turut banjir. Alhamdulillah rumah keluarga Mahamahu tidak terlibat banjir tapi kerana rasa tanggungjawab dan keperihatinan Mahamahu nak seru untuk anda yg sudi menghulur bantuan kepada mereka. Kalau bukan tenaga tapi bantuan kewangan sangat2 di perlukan pada waktu ini memandangkan kebanyakan mereka habis musnah semua keperluan.

Bulan Sabit Merah Malaysia
Tabung bantuan Bulan Sabit Merah Malaysia


Tabung bencana NSTP & Media Prima
Tabung bencana NSTP & Media Prima

Tahun baru bakal tiba dan persekolahan tahun baru juga bakal di buka maka persiapan ini adalah perlu untuk anak2 mangsa banjir ini. Bantu seikhlasnya di tabung2 yg benar memberi bantuan kepada mereka. Sedikit bantuan anda meringankan beban mereka. Mahamahu prihatin. #PrayForPantaiTimur