Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha nak tanya bila last korang pergi tonton teater kat tempat berprestij seperti Istana Budaya. Kalau Maha last sekali pergi masa PGL dan lepas tu tak ada kesempatan lagi nak pergi. Ditambah lagi pula kita terpaksa batal dan tangguh banyak aktiviti dan persembahan teater kerana pandemik yang melanda.
Melaka Alive Persembahan Teater Gabungan 5 Unsur Tarikan Baru Di Bandar Melaka - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan rakan2 sekalian. Korang mesti pernah pergi ke Melaka yang terkenal dengan bandar bersejarahnya. Mahamahu juga beberapa kali telah ke sana dan kali ini ada satu tarikan baru yang mesti anda kunjungi bila berada di Melaka.
Di kenali sebagai Melaka Alive adalah satu pentas persembahan teater yang menggabungkan 5 unsur utama untuk membuat kita terasa seperti berada di suasana yang sebenar. Unsur nyanyian dan tarian adalah yang paling utama dalam persembahan ini menggabungkan penari2 dan pelakon profesional. Selain itu juga unsur air dan api adalah satu lagi element membuat persembahan ini lebih nyata dan menyentuh penonton yang menyaksikannya. Akhir sekali unsur budaya yang di terapkan dalam setiap pementasan.
Melaka Alive ini adalah konsep baru dan juga daya tarikan baru untuk mendekatkan orang awam atau pelancong dengan keunikan sejarah Melaka yang cukup popular. Di pentaskan di atas pentas dengan bentuk Bahtera Merdeka dari konsep kisah Panglima Awang. Mengandungi persembahan yang di pancar dengan projektor di layar besar dan juga di sisir air pancut menjadi persembahan lebih interaktif.
Mahamahu yang pertama kali menonton persembahan ini juga sangat2 teruja kerana banyak element menarik dalam setiap persembahan menjadikan kita tidak bosan. Dalam satu pementasan mampu memuatkan lebih dari 100 orang penonton dan di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu hadapan dan atas, dimana bahagian depan paling dekat dengan semua element serta penonton boleh merasainya seperti pancuran air dan angin.
Malam yang Mahamahu tonton itu menceritakan bagaimana asal usul negeri Melaka dan juga sehingga kepada penjajahan Melaka dan akhirnya menjadi pusat perdagangan paling popular dan terkenal di rantau Asia ini. Melihat pada telatah persembahan penari dan pelakon juga asyik sangat dengan kostum yang sesuai di zaman2 dahulu kala. Jangan risau persembahan malam tu menggunakan bahasa Enggeris sebagai bahasa utama di samping dengan alih bahasa kepada penonton lain jadi semua orang mudah faham.
Persembahan di Melaka Alive di adakan hanya pada hari Khamis hingga hari Ahad setiap minggu ini di adakan dua sesi persembahan iaitu pada pukul 7.30petang dan 9.00malam. Harga tiket juga berpatutan untuk anda nak saksikan persembahan selama lebih kurang 45 minit ini. Kawasan pementasan lebih selesa luas dan juga sesuai untuk semua peringkat umur kalau datang dengan seisi keluarga memang sesuai.
Persembahan di sana bukan sahaja berkaitan sejarah tetapi di akhir persembahan akan ada persembahan silap mata. Ini untuk menarik minat orang ramai terutama kanak-kanak agak tidak bosan. Nak cari lokasi ini tak susah kerana ia betul2 berhadapan dengan Kota A Famosa dan juga Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka.
Jadi kalau anda berada di Melaka jangan lupa untuk singgah kat sini kerana ia adalah satu persembahan menarik dan unik. Nak maklumat lanjut dan juga aktiviti menarik yang di adakan di Melaka Alive boleh pergi ke laman sesawang atau laman Facebook mereka. Mesti seronok dan menarik selamat bercuti dan selamat menonton semua ok.
MELAKA ALIVE
Alamat : Melaka Alive, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka
Teater Bangsawan Merong Mahawangsa di Pentas Auditorium DBKL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu selain dari gemar makan Mahamahu juga gemar kepada bidang seni lakonan dan teater. Tak selalu bekesempatan untuk menyaksikan persembahan teater atau persembahan pentas hanya beberapa kali sahaja. Sebab tu bila dpt jemputan untuk menonton teater bangsawan memang begitu teruja dan rasa tak sabar.
Akhirnya pada 11 Oktober 2014 bertempat di Auditorium DBKL, Mahamahu berjaya menyaksikan satu lagi hasil karya terulung anak tempatan dalam bentuk teater bangsawan yg hebat dan boleh dikatakan bertaraf antarabangsa jugalah. Merong Mahawangsa adalah sebuah karya yang ramai org tahu bukan sahaja dalam dunia teater malah dalam layar filem cerita sejarah ini telah di tayangkan.
Jadi Mahamahu begitu teruja sekali menyaksikan persembahan teater bangsawan seperti ini. Mahamahu bagi sikit sinopsis cerita sejarah teater ini buat reminder kepada anda semua takut ada yg dah lupa. Cerita berbunyi begini "Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga Embok, seorang gadis kampong di tanah Langkasuka. Impian cinta mereka digambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain, oleh kerana perjalanan kehidupan mereka penuh dengan pergolakan latar belakang diri".



Itu serba sedikit sejarah cerita di sebalik teater ini, tapi apa yg Mahamahu nak ceritakan di sini adalah keseronokan Mahamahu menonton teater bangsawan ini. Ia tidak sama dengan teater biasa kerana jalan cerita dan prop yg diguna pakai walaupun tidak selengkap mana tapi ia dapat melambangkan keadaan dan situasi dalam satu2 babak. Selain tu garapan musik dan irama lagu sepanjang persembahan menarik dan memberi rasa kita di buai dalam cerita sejarah ini.
Plot2 cerita diterangkan dengan teliti, namun masih ada ruang yg boleh di perbaiki dan ditambah baik di masa2 akan dtg. Mahamahu bukanlah org yg pakar dalam dunia teater ini tapi sebagai penonton Mahamahu dapat rasa beberapa perkara yg perlu penambah baikan. Seperti dalam slot perbulan antara Merong dan juga Pak Kesom yg begitu telalu meleret dengan dialog yg panjang tanpa aksi menarik. Malah kekuatan Merong sebagai seorang org dagangan tidak ditonjolkan kerana babak berlawan antara Merong tidak begitu nyata.
Tapi bagi Mahamahu teater ini masih menarik dan boleh di banggakan juga dan boleh di teruskan di masa akan dtang. Tahniah kepada barisan pelakon dari Opera Sri Bandaraya DBKL dan juga tahniah kepada pengarah iaitu saudara Putra Raja @ Raja Azrey yg telah menjayakan teater ini dengan cemerlang. Terima kasih Mahamahu kepada JKKN dan DBKL kerana memberi peluang untuk Mahamahu menonton teater yg menarik ini.
Maaf dari
Mahamahu kerana tidak dapat memberi anda pandangan yg menarik kerana itu sahaja sudut yg
Mahamahu dapt untuk menonton teater ini. Apa pun
JKKN dengan kerjasama beberapa kumpulan teater bangsawan akan meneruskan persembahan di masa2 akan datang dengan kisah2 yg lebih menarik dan mengujakan. Kalau anda nak tahu jadual tayangan teater seterusnya boleh layari laman web
JKKN di
www.jkkn.gov.my. Bulan
Oktober hingga
November 2014 akan ada
Festival Teater Malaysia yg membariskan 6 kumpulan pengiat teater untuk bertanding dengan karya masing2 mesti lagi hebatkan.
Jgn kita luputkan warisan teater Malaysia yg tidak kurang hebatnya malah ada persembahan teater betaraf antarabangsa juga boleh kita banggakan. Terima kasih kerpada
Destination Malaysia kerana menjemput
Mahamahu menonton teater ini.
Mahamahu suka teater kalau ada jemputan lagi Insha Allah tidak akan di lepaskan. Selamat menonton semua kawn2...
*Gambar dari www.dikbee.com