Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label TNTCO. Papar semua catatan

Eksklusif Domino's X TNTCO Lancar Koleksi Pakaian “Ultra pocket”

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dkasihi sekalian jua walau dimana korang berada. Selamat berpuasa Maha nak ucapkan kepada semua. Pakar penghantaran pizza, Domino's Pizza Malaysia bekerjasama dengan jenama pakaian streetwear Malaysia yang terkenal, TNTCO, mencipta rangkaian pakaian Ultrapocket edisi terhad yang unik. Apa yang dilancarkan oleh kedua-dua jenama itu adalah gabungan sempurna kreativiti Domino’s dan kepakaran TNTCO dalam pakaian streetwear. Ini benar-benar menghidupkan visi penjimatan Domino’s sambil meneroka pelbagai aspek evolusi pakaian streetwear.