Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Sunway Pyramid. Papar semua catatan

Raikan Tahun Baru Bersama PUBG Mobile! Hadiah 100,000 UC Kembali Ke Sunway Pyramid, Sunway Velocity Dan IOI Puchong Hujung Minggu Ini!

Disebalik sambutan istimewa para peminat di Sunway Pyramid baru-baru ini, PUBG Mobile bakal mengadakan peraduan 100,000 UC buat kali kedua sempena Tahun Baru 2022 di IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid sekali lagi pada 30 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 bermula 5 petang - 10 malam setiap hari.



Kali ini, pengunjung bagi ketiga-tiga pusat membeli belah itu bakal merebut peluang memenangi 100,000 UC apabila bermesra dengan watak-watak popular PUBG Man dan Spiderman. Dengan hanya bergambar bersama, memuat naik gambar itu ke laman sosial Instagram atau Facebook dengan menggunakan hashtag rasmi #WinnerWinnerHappyNewYear #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas #PUBGMXNewYear #PUBGMXSpiderman anda bakal berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG MOBILE!



Bagi pengunjung Sunway Pyramid pula, pencipta kandungan idola anda seperti MasterRamen, Intan Serah, Miss Rose, Bravo Gaming dan Pemburu turut membuat penampilan khususnya bagi meraikan Tahun Baru 2022 bersama para peminat PUBG Mobile.



Pada 25 Disember lepas, kehadiran nama-nama terkenal seperti Firdaus Hashim (MasterRamen), Fattah Zakaria (FattahZie Gaming) , Azrul Anwar (J Hunter) , Shera Ahmad (Raasuzuran) dan Jaja Zuber mendapat sambutan hangat daripada pengunjung Sunway Pyramid dengan adanya tarian ‘Flash Mob’ oleh watak-watak seperti PUBG Man dan Spiderman.



Manakala, ,makanan ringan Taokaenoi edisi terhad PUBG Mobile turut dihadiahkan kepada semua peminat yang bergambar bersama watak-watak PUBG MOBILE dan Spiderman. PUBG MOBILE juga menyediakan hadiah istimewa iaitu pencuci tangan sanitizer kepada semua peminat untuk memastikan semua hadirin sentiasa membasmi kuman dan membeli-belah dengan tenang.



Di samping it, tanggal 31 Disember 2021 turut memberi suntikan semangat kepada komuniti PUBG Mobile dengan pelancaran rasmi pendaftaran Kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim Ke-5 tidak lama lagi! Buat kali pertama, PMPL akan disaingi tiga negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.



Bermula 31 Disember - 9 Januari, hanya para pemain yang memiliki rank Ace dan keatas mampu berebut peluang dalam PMPL musim ini. Nantikan kejohanan ini dan #BeTheOne!



Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan acara tersebut, sila layari laman sosial PUBG MOBILE
Facebook: PUBG MOBILE Malaysia 
Instagram: @pubgmobilemyofficial









realme Membuka Kedai Terbaru Lebih Besar Juga Pusat Service Di Sunway Pyramid

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan sekalian. Siapa sini pengguna telefon realme? Korang tahu tak yang realme adalah jenama telefon pintar ketujuh di dunia dan diiktiraf sebagai salah satu jenama telefon pintar arus perdana menurut statistik penghantaran telefon pintar Global Counterpoint pada Q3 2019. Jenama ini sangat cepat berkembang bukan sahaja dari segi teknologi dan juga penerimaan penggunanya yang makin banyak seluruh dunia.


Penghormatan Hero Float Istimewa Untuk Petugas NKF Untuk Kempen Mengumpulkan Dana PPE

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan sekalian. INOVATOR Carpe Ri Sdn Bhd bekerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan  (NKF) dalam kempen membantu menyediakan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan depan NKF.

Sunny Queen Sunway Pyramid Menghidangkan Makanan Itali

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan jug rakan-rakan sekalian. Hari cuti tahun baru last esok kita ada sehari sebelum menjelangnya 2018. Mana yang korang dah pergi makan restoran Jepun, restorant Jamaica atau restoran Italiano. Yahuuu sempena dengan tahun baru ni Maha nak bawa korang ker restoran baru buka konsep makanan Itali di Sunway Pyramid.



Sapa yang pergi sambut tahun baru kat area Sunway nanti boleh singgah makan kat restoran Sunny Queen. Restoran ni betul-betul terletak di bahagian pintu masuk Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid tingkat LG1. Korang nampak pintu gerbang dan tulisan SQ kat tepi ni tu lah restorannya.



Restoran ni menyajikan makanan Itali yang memenuhi selera kita semua dan jangan bimbang semua sedap. Masa Maha pergi cuba hari tu restoran ni nampak sangat macam family type punya restoran ada teddy bear, ada ruang khas untuk wanita tapi ada juga yang nampak exclusive mempunyai reka bentuk kayu-kayu dan lampu yang romantik.

Spicy Squid Ink Mixed Seafood

Ok lah kita pergi kepada menu yang ada kat sini kalau Itali mesti wajib spaghetti. Terdapat banyak jenis dan rasa spaghetti kat sini tapi yang 3 ini ada unik sikit iaitu Spicy Squid Ink Mixed Seafood, Mentaiko Shrimp Spaghetti dan Mixed Seafood Pesto Spaghetti. Semua ini adalah spaghetti makanan laut yang sangat banyak korang mesti puas hati.

Mentaiko Shrimp Spaghetti

Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Satu lagi ni Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti dan ia agak pedas dan sesuai dengan selera kebanyakan orang Malaysia kot. Tapi terpulang pada korang nak cuba mana satu Maha bagi gambaran jer.

Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Selain tu juga popular dan menjadi kegemaran kat sini adalah Truffle Parmesan Cheese Rice. Nasi yang di masak bersama dengan cheese kalau makan memang boleh kenyang sehari. Satu lagi ada ayam kalau tak nak makan nasi boleh cuba Dancing Queen (Half Chicken). Maha suka ayam ni bahagian kulit agak rasa rempah tapi tak tahu rasa apa.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Dancing Queen (Half Chicken)

Kalau dah makan tak minum tak sah lak kan kat sini mereka menyediakan minuman segar fresh daripada buah-buahan. Tengok sendiri mereka korek dan perah jus buah tu masuk dalam buah tu memang sedap dan segar. Tembikai tu namanya I Am Watermelon, yang tembikai susu I Am Melon dan yang nanas tu pula I Am Pineapple.

I Am Watermelon

I Am Melon

I Am Pineapple

Sapa suka smoothie mereka juga hasilkan segar dan berjus yang paling Maha suka adalah Mango Smoothie dan Berry Smoothie. Memang lepas makan spaghetti tadi minum semua jus ini segar dan rasa relax jer. Suasan tenang walaupun kedai ni baru tapi agak boleh tahan ramai juga orang yang datang.

Mango Smoothie

Berry Smoothie

So korang tunggu apa lagi ada masa cuti hujung tahun atau hujung minggu ker atau shopping jalan-jalan kat Sunway Pyramid boleh singgah ker restoran Sunny Queen ini sambil cuba menu Italiano. Restoran buka setiap hari kerana dalam mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. So Maha dah pergi korang bila lagi selamat mencuba semua. Selamat tahun baru ok.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Egg Puff Yang Paling Laris Daripada Dairy Tooth Ice House

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerr hari ni kita pergi makan kat Dairy Tooth Ice House iaitu satu cafe dengan gaya Hong Kong sebenar. Cafe ini sekarang telah ada 3 cawangan di Malaysia tau. Kalau nak carai Egg Puff yang paling laris ada kat cafe ini.


Sebenarnya hari tu Maha dijemput untuk majlis memperkenalkan cawangan ketiga cafe ini iaitu di dalam Sunway Pyramid. Kalau korang datang shopping kat sini dah boleh beli Egg Puff ini sambil jalan-jalan shopping. Cafe ni terletak di level first floor atas sekali mall kawasan oren zone




Masa sampai hari tu ramai orang ada kat sana semua nak cuba sebab cafe baru dan kata ada pelbagai pilihan menu yang sedap-sedap. Salah satunya adalah paling sedap iaitu Silky Milk Tea. Dapat rasaa original dan kesedapan teh ais ni lain daripada kedai lain ok. Kalau ada kat situ boleh tengok bagaimana pekerja disitu membuat sendiri teh yang penuh kehebatan ini.

Silky Milk Tea



Kemudian korang kalau lalu sini singgah dan mesti kena beli Egg Puff mereka. Egg Puff ini datang dalam pelbagai variasi rasa iaitu original, chocolate, wasabi dan juga cheese. Ini semua memang membuat korang rasa santai sambil makan dan sambil beli belah kat mall ni.

DT Original Egg Puff

DT Chocolate Egg Puff

Yang Maha sempat cuba hari tu adalah yang original dan juga chocolate. Korang sambil order tu boleh tengok bagaimana mereka menghasilkan puff yang gebus lembut dan menarik. Ini kerana puff mereka bentuk bulat-bulat tak macam biasa selalu kita lihat kan.



Kalau nak cuba Waffles pun ada juga kat sini ada inti Peanut Butter yang Maha cuba ni lah. Juga ada French Toast yang korang boleh pilih dengan aiskrim, peanut butter, butter sugar, chocolate atau spicy meat floss. Satu lagi ni Polo Bun ni yang dalam nya ada butter bila makan cair kat dalam mulut ok hehehe.

Polo Bun

Waffle Peanut Butter

Maha suka datang sini sebab ia konsep lebih terbuka kepada pengguna untuk datang lihat dan rasa semua menu-menu mereka. Masa hari pelancaran tu mereka siap bagi Milk Tea percuma pada semua yang datang situ. Best lah rugi korang tak datang. Tak apa hari-hari mereka buka cafe ni kalau jauh area sini boleh pergi 2 lagi cawangan lain iaitu Berjaya Time Square dan juga Jaya One Petaling Jaya. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan layari : 






Makan-makan Raya Kempen Bersama U Mobile Di Caffe Bene Sunway Pyramid

Makan-makan Raya Kempen Bersama U Mobile Dan Ketchup Di Caffe Bene Sunway Pyramid - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih dalam mood raya ni dan masih ramai lagi yang buat open house tu jemput lah Maha ok. Seperti mana yang dibuat oleh U Mobile menjemput Maha dan juga beberapa rakan blogger dan sosial media influence untuk makan2 bersama.



Sempena dengan Makan-makan Raya Kempen ini U Mobile yang mempunyai applikasi sendiri untuk penggunanya menikmati hidangan makan2 yang enak2 dan promosi yang ada di beberapa restoran pilihan. Bagi pengguna U Mobile boleh muat turun applikasi MyUMobile App untuk redeem tawaran Makan-Makan Raya. Selain daripada promosi makan korang juga boleh menang hadiah percutian 3D2N di Penang. 

Gelato

Maha dan kawan2 baru ini dibawa makan ke sebuah cafe popular di Sunway Pyramid iaitu Caffe Bene. Berkonsepkan makan dan minuman dari Korea kat Caffe Bene ini ada pencuci mulut dan juga minuman Bingsu yang cukup popular. Maha ni juga pertama kali sampai kat cafe ini dan juga pertama kali rasa hampir semua hidangan yang popular mereka. 

Cappucino

Misugaru Latte 

Espresso Chocolate Chip Frappeno

Caramel Macchiato

Citron Tea

Apa yang menarik kat Caffe Bene ini mesti pada peminat kopi adalah minuman kopi bijian yang asli dengan cara penyediaan kopi begitu teliti dan berkualiti. Maha tak tahu sangat pasal kopi sorry bukan Coffee Lover hehehe. Tapi kat sini mereka memperkenalkan beberapa minuman yang popular mendapat permintaan ramai seperti Citron Tea, Espresso Chocolate Chip Frappeno, Caramel Macchiato, Misugaru Latte dan Cappucino.

Tiramisu Waffle (RM 15.90)

Rice Cake Waffle (RM 14.85)

Caramel Cinnamon Bread (RM 16.95)

 Garlic & Cheese Bread (RM 18.00)

Tu baru bahagian minuman korang boleh santai2 sambil minum kopi kat sini dan juga makan pencuci mulut yang ada. Antara pencuci mulut yang Maha juga suka iaitu Caramel Cinnamon Bread, Garlic & Cheese Bread, Rice Cake Waffle dan juga Gelato Waffle. Di antara semua ni Maha paling suka adalah Garlic & Cheese Bread memang nak makan lagi kalau datang lepak sini.

Cookies and Cream Bingsu

 Strawberry Bingsu

Green Tea Tower Bingsu

Choco Bene Bingsu

Ni saat yang paling teruja bila makan kat Caffe Bene ini iaitu minuman Bingsu. Kalau peminat ABC kat Malaysia ini Bingsu lebih kurang lah minuman ais yang mengandungi bahan2 seperti buah-buahan dan juga kekacang didalamnya. Ya Allah first time tengok memang besar saiznya tapi ia ada menu untuk seorang makan atau 2 orang makan. Di antara Bingsu yang ada kat sini menjadi pilihan ramai adalah Cookies and Cream Bingsu, Green Tea Tower Bingsu, Strawberry Bingsu dan Choco Bene Bingsu hehehe.





Kalau korang tanya Maha antara Bingsu ini yang mana Maha suka adalah Panda Bingsu dan juga Strawberry Bingsu. Memang sesuai untuk korang minum tengahari yang panas dan juga petang2 bersama kawan2. So korang nak makan2 tak kira bila2 masa datang lah ker Caffe Bene ini dan mereka ada banyak cawangan seluruh KL ini ok. Tunggu episod kedua iaitu lokasi Makan-makan Raya yang kedua Maha ok.