Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Seni. Papar semua catatan

Jemputan Untuk Artis Berbakat: Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke-21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni.


Pelancaran Art In The City Iaitu Pameran Visual Seni Secara Paparan Luar Di Sekitar Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang yang meminati seni lukisan ini adalah peluang untuk menyaksikan hasil seni anak tempatan dipamerkan sekitar bangunan terpilih di Kuala Lumpur. Art In The City adalah kempen yang akan menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan akar umbi yang cinta kepada lukisan. 


Selalu orang kurang minat melawat galeri seni dan muzium tapi kali ini mereka bawakan seni itu kepada rakyat agar boleh dipertontonkan dengan cara membuat mural di bangunan yang terpilih. Ini akan mengubah landskap bandaraya Kuala Lumpur dengan penampilan karya seni dan menjanjikan sebuah pengalaman visual seni dari cara yang lain.



Selain dari itu juga kempen ini akam membawa persembahan kebudayaan secara percuma, program mentor serantau, forum seni visual, bengkel seni dan pameran seni visual. Ini semua akan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kesenian dan kebudayaan tempatan juga Kuala Lumpur akan dikenali sebagai hab budaya di Malaysia.




Baru-baru ini majlis pelancaran kempen Art In The City telah diadakan di Jenerator KL Citywalk. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Pesekutuan yang sudi merasmikan kempen tersebut. Kempen ini adalah usahasama diantara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan atau dikenali sebagai CENDANA.





Kempen ini melibatkan beberapa lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai dan kawasan yang bersebelahan dengan galeri seni dan muzium. Di antaranya badan swasta dan kerajaan yang terlibat dalam usaha murni ini adalah Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan dan KL Hop-On-Hop-Off. 

Kenali 13 Artis Dan Karya Seni Terpilih


Sebenarnya kempen ini telah bermula dari awal tahun ini lagi dimana artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia untuk di nilai oleh panel profesional. Setelah semua proses itu berakhir dan 14 karya seni terpilih daripada artis seperti Suzi Chua, Brindha Kumar, Smantha Cheah, Syamsul Addenno, Nor Aziela Binti Ahmad, Natasha Iman Binti Muhamad Razib, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, Muhammad Najib Bin Tumrin dan Jin Chung. 

Suzi Chua karya bertajuk Gentle Giant

Smantha Cheah karya bertajuk Be With Me, Brave Heart

Natasha Iman Binti Muhamad Razib karya bertajuk KUEH

Syamsul Addenno karya bertajuk Silent Unity

Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan empat karya seni daripada artis legenda seperti Dato' Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah. Antara nama dan lukisan karya yang terpilih adalah berilhamkan daripada pendulang biji timah yang akan dilukis di bangunan Wisma Maran. Lepas itu gambar kanak-kanak sekolah dan gambar pandangan kamera sekumpulan kanak-kanak sekolah ketawa yang akan dilukiskan di bangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala karya bertajuk Genting ini pula akan dilukis di bangunan Balai Seni Negara. 

Karya bertajuk 1 Malaysia

Karya bertajuk Pusaka

Karya bertajuk Culture Syok

Karya bertajuk Tapau 

Lagi ada karya sekor orang hutan yang bertajuk Gentle Giant akan dipamerkan di KL Citywalk. Lukis bertajuk Culture Syok akan di lukis di bangunan Bursa Malaysia Berhad. Juga karya dari Syamsul Addenno yang bertajuk Silent Unity akan dipamerkan dibangunan Permodalan Nasional Berhad. Manakala gambar bertajuk Be With Me Brave Heart, Tapau hasil karya Muhammad Najib, gambar bertajuk Pusaka, gambar tema 1 Malaysia, gambar tema Simpodium, gambar tajuk Stand Together dan KUEH semua ini pula akan dipamerkan di Digital Billboards. 


Diharapkan usaha murni ini akan mengiktiraf hasil seni anak tempatan dan mendapat perhatian daripada masyarakat luar sana bahawa kita mampu menghasilkan hasil seni yang bertaraf dunia. Juga ini akan menjadi Kuala Lumpur lebih indah dan lebih dikenali oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Korang dah boleh start tengok dan bergambar dengan semua karya ini di lokasi yang dinyatakan. 

Dapatkan maklumat lanjut tentang Art In The City layari :-
Laman Web : www.cendana.com.my
Tanda pagar rasmi : #CENDANAMalaysia 
                                 #ArtInTheCityKL




Seni Bulan - Artistik dan Fantastik

Salam semua pambaca dan rakan2 blog Mah@mahu, moga Syawal ni membawa kegembiraan bertemu insan tersayang. Bila sebut bulan Syawal mesti kita paling teruja bila pengumuman raya. Kalau nak umum raya kena tgk anak bulan. Mcm manalah mereka ni tgk anak bulan tu ada rupa anak ker atau kecik sikit dari bulan tu lah dia anak bulan. Apapun tu dah tugas mereka dan tanggungjawab mereka untuk memastikan kita ni menyambut syawal dengan gembira. Tapi peliknya satu insan ni begitu kreatif dan unik kerana menggunakan bulan untuk menghasilkan seni photography. Org seni dan org gambar ni tahu lah mcm mana nak nilai seni tapi bagi Mah@mahu memang cantik dan boleh di gunakan untuk photoshoot nanti hehehe.. Korang hayati lah gambar2 yg sempat Mah@mahu ambil dari satu lama seni photography ni.. memang terbaik lah...




 





 



*Kredit kepada pengambil gambar tapi tak tahu kat sapa. Kalau nak copy pastikan kredit pada penghasil karya.