Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Segera. Papar semua catatan

Cepat, Mudah Dan Lazat Pes dan Sos Segera Dari Ayamas Kitchen

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Zaman sekarang ni semua kena cepat nak masak nak cepat segera dan pasti sedap. Itu yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia betul tak. Maha sendiri pun kadang-kadang memang cari pes segera jer nak masak.


Tapi kali ni korang boleh rasa masakan berlauk dengan pes baru yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Terdapat 3 pes istimewa memastikan masakan korang lebih cepat dan sedap iaitu Sos Rendang, Pes Kurma dan Pes Masak Merah




Hari tu Maha dijemput untuk bersama menikmati dan melihat bagaimana pes dan sos ini memudahkan kerja memasak di dapur. Hanya kurang daripada 30minit untuk menjadikan makan malam atau makan tenghari keluarga lebih berselera. 




Lauk yang boleh digunakan dengan pes dan sos ini boleh sahaja daging ayam, daging lembu atau juga makanan laut. Cara yang mereka tunjuk sangat mudah hanya perlu panas kuali masukan pes atau sos tadi dan masukan sedikit air kalau nak lemak tambah santan atau stock ayam sahaja. Lepas tu masak sehingga mendidih dan masukan ayam atau daging tadi. 




Nak lagi meriah boleh tambah dalam lauk tu tomato, kentang atau juga bawang besar supaya lebih nampak meriah dan sedap. Satu pek 100gram ni boleh digunakan untuk daging ayam sebanyak 500gram. Kalau nak lagi pekat masukan dua bungkus pes atau sos ini lagi sedap.


Mana nak dapatkan semua pes ini boleh dapatkan sekarang di kedai-kedai Ayamas seluruh Malaysia pada harga RM2.80 sahaja  bagi pek 100gram. Bagi Maha ni sangat sesuai digunakan bukan sahaja masak kat rumah tapi kalau nak travel luar negara. Ia pasti dijamin Halal dan juga senang nak sedia boleh kat sana tak perlu susah-susah dan ambil masa lama nak masak.


Rindu masakan Malaysia ini lah masanya bawa pes dan sos Ayamas ini bersama anda keluar negara atau pos kepada mereka mudah jer. Maha puasa hati juga rasa memang sedap lepas ni mereka rancang nak keluarkan banyak lagi pes lain untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Malaysia yang perlbagai. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut kedai Ayamas layari :
Laman web : www.kedaiayamas.my








Resepi Menghasilkan Karipap-Karipap Cinta Di Dapur Mahamahu

Resepi Menghasilkan Karipap-Karipap Cinta Di Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha tak adalah pandai sangat nak buat pastri ni tapi kali ni nak buat karipap yang mudah tidak perlu uli tepung pun. Sangat2 mudah dan semua orang boleh buat tak perlu kemahiran yang tertentu. Kali ini kita belajar buat karipap segera dengan inti yang enak dan lazat.


Jadi kena sediakan bahan2 untuk membuat karipap segera ini.


3 keping roti putih
1 batang karot
2 helai daun bawang
50 gram Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie
1 biji telur


Mana nak dapatkan Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie Maha ada cerita sebelum ini dalam post yang lepas. Kalau kawan2 nak tahu kat mana nak dapat dan kat mana ada jual boleh baca entry tersebut ok. Itu sahaja bahan yang di perlukan untuk buat karipap segera ini tak banyak pun dan masa pun tak lama hanya 15 minit sahaja untuk buatnya.

Jom kita tengok langkah2 untuk membuat karipap segera ini pulak.

1) Potong karot panjang dan kecil juga potong daun bawang halus2 untuk inti karipap.


2) Ambil roti putih dan lenyekkan menggunakan penggelek sehingga nipis. Ini tujuan bila kita goreng nanti roti ini tidak menyerap minyak banyak. 


3) Tekapkan mengkuk kecil di atas roti yang di gelek tadi untuk menhasilkan roti bentuk bulat. Potong bahagian yang lebih tu untuk dapatkan bentuk bulat yang cantik.


4) Ambilkan karot yang telah di potong susun untuk inti, kemudian isikan pula Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie dan kemudian taburkan daun bawang.
5) Sebelum itu sapukan telur yang telah di pecahkan di keliling roti tadi untuk menjadi gam.
6) Lipat separuh roti untuk menutupi inti tadi dan di hujung setiap roti di kepit dengan kuat agar melekat.


7) Kemudian gunakan hujung garfu dan tekap pada hujung roti tadi untuk dapat bentuk lebih real seperti karipap.


8) Bila semua sudah tutup dan sapukan telur keseluruhan luar karipap tadi untuk mendapat warna lebih cantik bila di goreng.
9) Setelah selesai semua roti di buat menjadi karipap barulah di gorengkan dengan minyak panas. Tak perlu lama goreng sekejap jer sehingga nampak ke perang2an.


10) Selepas tu boleh di hidangkan untuk makan.

Karipap segera ini mudah bukan cuma kena sabar sikit jer nak buat dan kena perlu ketelitian baru cantik. Bila dah siap baru rasa lapak nak makan, boleh di jadikan makan sarapan pagi atau minum petang. Tapi bahan utama untuk karipap ini adalah intinya yang menggunakan Sambal Ikan Bilis Kering Riqzmie tu yang buatkan karipap ini lebih sedap.


Pada kawan2 yang nak mencuba resepi ini boleh sangat ia mudah dan cepat tak perlu banyak kerja. Memang Maha suka makan sebab lembut dan inti yang sedap. Jadi apa tunggu lah cuba ok bila dah cuba nanti share dengan Maha ok kalau korang nak guna inti lain pun boleh juga ikut kegemaran. Selamat mencuba semua......