Tiba-tiba Mengidam Dan Buat Sendiri Resipi Sate PKP
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ni kita masih lagi dalam mood PKP dan juga 'lockdown' diri sendiri daripada keluar tanpa urusan penting. Sekarang pun ramai yang kena WFH jadi apa aktiviti korang buat sepanjang PKP ni. Ada yang menunjuk kehebatan dalam pelbagai perkara seperti ada yang mula bercucuk tanam dan tak kurang juga yang mengasah bakat memasak.

