Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label SS2. Papar semua catatan

Resipi Original Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah cuba Nasi Lemak Kukus, atau Nasi Lemak Bakar, tapi korang pernah tahu bahawa ada Nasi Lemak Buluh. Dengar pun dah menarik dan pelik selalu orang masak lemang jer dalam buluh tapi kali ini Nasi Lemak pulak di masak dalam buluh. Kat mana tu jom kita terjah jalan-jalan makan-makan.


Bulan Julai Pesta Makan Durian Yang Mengiler

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah Maha lama mengidam nak makan durian paling mahal kat Malaysia ni malah tak terlebih kalau Maha cakap Durian Musang King adalah yang paling mahal di dunia. Gilerr tak statment tu memang pun kerana negara luar seperti China sanggup import Durian terbaik daripada Malaysia.

Masa Untuk Comotkan Tangan Dengan Hidangan Makanan Laut Best Giler Di Crab Factory

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebut makanan laut memang tak nafi ramai orang suka dan boleh makan berkilo-kilo. Tak kisahlah ketam ker, lala-lala ker, udang, sotong dan macam-macam lagi betul tak. Maha sendiri tak boleh nak elakkan diri bila diofer untuk makan seafood ni.



Kali ni nak bawa korang merasai bagaimana makan seafood tabur atas meja yang cukup popular sekarang ni di satu kedai yang sangat popular juga. Crab Factory kat SS2 Petaling Jaya memang lokasi tempat makan yang banyak. Situ selalu popular dengan Duriankan kali ni kita pergi makan seafood lak.

Crab Factory ini telah lama ada kat sini dan ia menjadi tumpuan orang untuk makan hidangan seafood tabur atas meja ni. Special kat sini mereka menyediakan set yang mengikut kuantiti berapa orang nak makan. Menu kat sini popular ada set Crab Lover Syok untuk 2 hingga 3 orang makan, kemudian Crab Lover Party boleh makan untuk 4 hingga 5 orang dan paling heaven adalah Crab Lover Giler yang boleh makan untuk 7 ke 9 orang.


Waktu Maha datang tu kami dihidangkan dengan set Crab Lover Giler yang memang-memang gila banyak sangat seafood. Istimewa untuk set ini sahaja boleh pilih 2 sos berasingan dalam satu set iaitu dipanggil set Geng Giler #1 dan set Geng Giler #2 .


Crab Lover Giler - Geng Giler #1 dengan Sos Signature Southern Bang add Topping Cheesey

Ok Maha cite apa seafood yang ada dalam dua set ini iaitu yang #1 ada 2 Meat Crab XL, King Whit Prawn, Squid Mussels, Hamaguri Clams, Corn dan Broccoli. Manakala set #2 pula ada 2 Meat Crab XL, Mini Lobster, Freshwater Prawn, Jumbo Sweet Prawn dan Corn. Set tambahan lain korang dapat juga adalah Fried Chicken Wing, Fried Mantao, Fried Squid Tentacles dan Shallot Rice.


Crab Lover Giler - Geng Giler #2 dengan Sos Salted Egg

Banyak gila kot dalam set ni memang puas makan Maha makan dengan kawan-kawan semua kekenyangan. Sos yang mereka beri pula untuk set #1 adalah Signature Southern Bang yang pedas ada Cheesy Topping atasnya dan set #2 pula Salted Egg yang memang tak pedas langsung.


Kerana kepedasan yang ada pada hidangan tu makan cheese yang dituang kat atas set ini dapat memberikan kita rasa yang lebih seimbang dan kelemakan sewaktu makan. Memang best tak terkata masa kami makan tu puas hati dengan seafood semua penuh dengan isi terutama ketam kalau ketuk dengan tukul tu pecah jer kulit penuh dengan isi tak rugi makan.

Shell On dengan Sos Garlic Butter

Korang juga boleh pilih hidangan Ala Carte yang kita ikut timbang. Hari tu kami tambah set Shell On bersama dengan kuah Garlic Butter jadi untuk tak pedas. Satu lagi set Ala Carte kami ambil Freshwater Prawn dengan sos Jamba Jamba dan Cheesey Topping atasnya. Yang ini memang sangat pedas gila tak sesuai untuk kanak-kanak orang dewasa pun ada yang tak tahan pedasnya.


Freshwater Prawn dengan Sos Jamba Jamba add Topping Cheesey

Memang gila bola korang datang makan sini dan pilihan pun sangat banyak macam-macam seafood ada nak tambah pun boleh. Macam sayur dalam seafood ni korang boleh pilih nak mana antara ada Brocolli, Corn, Button Mushroom, King Mushroom, Enoki Mushroom, Potatoes dan Chicken Sausages.

Fried Squid Tentacles

Fried Chicken Wing

Fried Mantao dan Shallot Rice
Tapi awas buat yang ada Gout atau penyakit alahan kepada seafood jangan sekali-kali berani cuba semua risiko atas tanggungan sendiri ok sebab makanan sini semua segar-segar. Dapat rasa kemanisan makanan laut tu walaupun dimasak dengan sos yang pelbagai rasa. Lepas tu minuman kat sini tak banyak pilhan yang ada cuma Ribena Soda, Orange Mojito, Honey Lemon, Ice Lemon Tea dan soft drink.




Maha nak bagi tips bagaimana nak makan seafood ni bagi habis tanpa buat korang kenyang awal. Pastikan korang makan seafood tanpa makan dengan nasi yang disediakan. Kalau pedas pun jangan sekali-kali selang dengan minum air nanti korang cepat kenyang. Bukan apa rugilah tak habis lak seafood tu betul tak.



So macam mana Maha punya recommendation Crab Factory SS2 ni rasa nak cuba tak. Memang berbaloi dengan harga dan juga jumlah makanan yang mereka hidangakan. Sekali sekala nak cuba apa salahnya belanja family lebih sikit. Tapi ingat makan kat sini tak ada sudu atau garfu yang ada alat pemecah ketam sahaja bersama apron plastic untuk elak dari baju kotor yang lain semua guna tangan baru feel kan. Selamat mencuba semua.

Promosi dan pertanyaan layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




Durian Musang King SS2 Petaling Jaya Walaupun Mahal Tetap Ada Standardnya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni dah start masuk awal musim Durian kerana dah boleh tengok gerai-gerai jual Durian mula banyak ditepi jalan. Tapi tak semua Durian yang dijual tu adalah betul-betul Musang King atau tak kisahlah jenis apa tapi sedap ker.


Tapi kemarin big boss Denaihati Network iaitu tuan Haji Amir ajak Maha pergi makan durian kat lokasi yang cukup popular di KL ni. Mana lagi kat area SS2 Petaling Jaya lah. Maha terus terang tak pernah sampai sana selalu dengar jer orang kat Durian kat sini best dan berkualiti.


Malam kemarin tu Maha yang memang suka Durian ni pergilah turun memenuhi permintaan tuan haji yang dah banyak kali ajak. Nak makan Durian Musang King kot tak akan Maha lepas kan peluang keemasan ni. Kat KL ni tak kisah tengah malam pun orang pergi cari Durian juga macam kat sini.


Masa mula-mula sampai SS2 ni ingat tempat makan Durian ini kecil jer tapi ia luar jangkaan Maha. Bagaikan satu pesta makanan Durian memang cukup besar dan banyak pilihan Durian. Jadi teruja terus ambil gambar orang-orang kat sana bukan sahaja orang Malaysia tau ada mat salleh juga makan Durian kat sini ok.


Yang bestnya kat sini semakin malam semakin ramai orang datang walaupun buah Durian makin kurang tapi tak putus orang datang. Tapi hari yang Maha datang tu harga Durian Musang King cecah RM68 sekilo. Mahal gila tapi adakah berbaloi dengan harga tu untuk kepuasan makan Durian.


Betul lah kata orang kalau dah memang pecinta Durian harga tak jadi masalah janji puas. Memang malam tu puas Maha makan Durian berulas-ulas. Tak tahu berapa biji Maha berjaya habiskan sebab buah Durian tu ada jer atas meja. Korang tengok lah warna Durian Musang King ni sangat cantik dan juga bau sangat pekat.


Rasa buah Durian Musang King bukan lah manis tau bila kita makan sebenarnya ia ada rasa pahit tu yang buatkan ia sedap dan berlemak. Walaupun makan banyak tak muak tapi cepat kenyang kerana hari tu Maha tak makan malam pun hanya makan buah Durian jer sudah cukup kenyang sampai pulang rumah terus tidur jer.



Kat sana makan Durian bersulamkan dengan Air Kelapa Muda atau sapa yang nak jus buah pun ada. Lagi best sebenarnya dapat makan Durian bersama dengan Cendol. Special Raja Cendol ni yang Maha order harganya RM28 satu mangkuk. Perrrhh memang kalau orang kaki Durian ini adalah syurga mereka.


Tak kisahlah harga mahal sikit pun janji apa yang dapat memang puas. Seperti kata tuan Haji Amir lah beliau dah pergi banyak tempat makan Durian tapi tak boleh lawan yang ada di SS2 PJ ni katanya. Sebab tu beliau selalu berulang makan kat sini dan lagi syoknya beliau tak pernah lupa kawan-kawan kat Facebook. Pada korang nak join makan-makan Durian ni rajin-rajin lah jengah Facebook tuan Haji Amir ok.


Maha nak ucapkan terima kasih sekali lagi pada tuan haji kerana jemput Maha makan Durian kat sini kalau nak pergi sendiri tak tahu bila agaknya. Dapat juga merasa Durian Musang King yang selalu orang kata terbaik tu. Terima kasih juga kat otai-otai lain yang ada pada malam tu seperti Shakiddo, Abang Hensem, Melastik Bintang dan yang lain tu maaf baru kenal. Terima kasih sangat-sangat tuan haji dan pada korang yang ada tempat makan Durian lagi best dari sini boleh rekmenkan nanti mana tahu boleh terjah sana pulakkan.