Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pusat Karaoke Di Petaling Jaya. Papar semua catatan

Kali Ini Kita Makan-Makan Dan Berkaraoke Di Hotel Armada Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerrr kali ini nak sambung balik pengalaman menginap di Hotel Armada Petaling Jaya untuk post yang kedua. Sebelum ini banyak cerita pasal bilik tidur dan juga kemudahan bilik acara kali ini cerita pasal makan dan juga tempat berhibur yang ada di hotel ini.


Orang kata kalau dah duduk hotel tu kita nak manjakan diri nak semua makanan sedap-sedap dan juga buat perkara yang tidak fikirkan kerja serta kesibukan kota. Tapi memang benar sepanjang Maha selalu makan kat hotel ini makanan mereka dari bufet kepada makanan bertema juga tidak pernah mengecewakan.


Kat hotel ni Utara Coffee House adalah satu-satu lokasi untuk bufet makan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Kalau selalu mereka akan sediakan lebih daripada 50 jenis makanan dalam bufet tu jadi memang rambang mata nak pilih. Coffee house ini buka seawal jam 6.30 pagi untuk sarapan dan juga sehingga lewat malam 11.00 malam bagi makan malam.


Kalau korang datang beramai-ramai atau ada function kat hotel ini, coffee house ini mampu memuatkan sehingga 180 orang dalam satu masa. Menyediakan makanan tradisional Melayu, Cina dan India. Juga terdapat makanan barat yang memberikan perlbagai variasi kat sini. 





Kalau menginap hujung minggu macam Maha hari tu Jumaat dan Sabtu malam mereka sediakan makanan BBQ khas dengan satu harga yang sama untuk bufet makan malam. Korang leh tengok makan seperti kambing panggang, makanan laut panggang ada udang, ikan, sotong dan banyak lagi. Paling orang suka adalah daging panggan dan kambing panggang lah memang selalu habis cepat.




Harga untuk bufet hujung minggu bersama BBQ adalah RM80+ untuk dewasa manakala kanak-kanak RM40+ dan warga emas pula RM48+ sahaja. Variati makanan cukup banyak pilihan dan memang kenyang korang untuk malam minggu, dah kenyang makan malam kita pergi berhibur pula. Bagi yang nak cuba makanan Jepun mereka ada satu restoran khas iaitu Shokudo, yang ni Maha tak sempat pergi lagi sebab hari minggu dan cuti umum tak buka.


Satu-satu keistimewa kat hotel ini yang tak ada tempat lain adalah mereka ada apa yang dipanggil The Merchant LIVE. Kalau korang lalu laluan ada gelung lampu yang cantik dan berwarna-warni ini korang akan menghala ke gerbang hiburan tanpa had. Merchant LIVE dilengkapi dengan tiga suite peribadi dengan hiburan karaoke di setiap suite. Selain karaoke, suite terbesar iaitu Gold Suite juga mempunyai meja pool British dan mesin Darts Elektronik.



Maha sempat berkaraoke malam tu walupun tak ramai orang memang puas nyanyi lagu sorang-sorang. Lagu terbaru seperti Aiman Tino dan juga Sufian Suhaimi ada tau jangan risau. Korang memang boleh berhibur sampai lewat malam kat sini sehingga penat dan balik bilik tido sahaja.



Sambil bernyanyi dan berhibur ini korang lapar lagi kena order Nasi Lemak bungkus mereka memang sangat sedap sambal dan juga nasi yang sangat berlemak terbaik. Masa keluar daripada gerbang warna-warni tadi selepas karaoke ada satu ruangan yang dipanggil 'The Balcony'. Ia adalah ruang tempat duduk luar dengan pemandangan yang mengagumkan yang menghadap Lebuhraya Persekutuan yang sibuk dan kaki langit Petaling Jaya.



Ok rasa dah cukup kot Maha cite pasal hotel Armada Petaling Jaya ini semua kemudahan yang ada sehingga ker makanan memang berbaloi. Bagi Mahalah siapa yang datang atas urusan kerja atau bercuti bersama keluarga hotel ini pilihan yang tepat dan sesuai. Lepas ni akan datang lagi makan kat hotel ni bufet mereka sangat awesome. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh layari:-
Laman web : https://ireward.superghs.com/armada
Facebook : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ
Instagram : https://www.instagram.com/hotelarmadapj






The Merchant Live Pusat Hiburan Terbaru Di Armada Hotel Petaling Jaya

The Merchant Live Pusat Hiburan Terbaru Di Armada Hotel Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang suka karaoke tak? Mahamahu suka juga karok ni, tapi dah lama tak berkesempatan nak karok sibuk. Tapi kalau ada org ajak mesti pergi tgk pada masa. Tapi kali ni ada lagi satu pusat hiburan di buka untuk anda dengan level tersendiri.


The Merchant Live di Armada Hotel Petaling Jaya, kalau sebut pusat hiburan di hotel mesti korang akan ingat mahal dan exclusive kan. Ia memang lah exclusive kerana di bin di hotel tapi ia tidak lah begitu mahal untuk anda berhibur bersama kawn2. Pusat hiburan ini telah di buka di Level 1 Armada Hotel PJ. Kalau korang dtg hotel ni untuk makan jgn lupa singgah untuk karok sekali ok.



The Merchant Live ini mengandungi dua bahagian utama iaitu satu bahagian pusat hiburan dan satu lagi bahagian untuk karok. Mahamahu mestilah masuk untuk karok sebab tempat ini baru dan teknologi terkini. Mula bila sampai depan pusat ini boleh tgk pintu masuk yg di penuhi dengan LEDs berwarna warni. Di buat seperti gelung gua yg exclusive ia melambangkan kecanggihan pusat hiburan ini.

 

Kat bahagian karok ini ada 3 jenis bilik untuk anda pilih mengikut warna iaitu Red, Gold dan Silver. Bilik paling iaitu Red mampu untuk memuatkan seramai 20 org dalam satu2 masa. Bilik Gold pula mampu untuk memuatkan 30 org dan bilik paling besar Silver pula memuatkan 30 org juga. Wow memang cukup besar bilik ni, yg Mahamahu masuk ini adalah bilik paling kecil sekali.


Dalam bilik karok ini mengandungi skrin paparan karok yg menggunakan teknologi skrin sentuh. Mengandungi dua skrin yg memaparkan lagu karok dan satu lagi musik video. Teknologi canggih ini di lengkapi seround speaker dan wireless mikrofon. Mahamahu sampai sana memang terpegun bila masuk bilik ini ada semua termasuklah snack dan minuman.


Kalau bilik Red ini di sediakan dengan set Phoenix Darts Mechine untuk anda berehat sambil mendengar kawn2 anda bernyanyi. Dalam bilik besar pula ada British Pool Table yg boleh anda main untuk masa rehat kerana masa yg di sediakan pakej untuk anda bekaraoke adalah 4 jam untuk satu sesi. Wow lama tu dan boleh nyanyi lagu yg pelbagai. Tapi sayang kerana tempat ni masih baru buka lagu2 juga masih tidak banyak dan akan di tambah dari masa ke semasa. Buat masa ni masih kurang lagu2 tempatan tapi lagu international adalah. 


Kalau anda nak karaoke sambil makan kat dalm semua bilik2 ini juga di sediakan set makanan untuk anda pilih pada harga berpatutan. Ada pakej harga termasuk makanan dan ada pakej yg tiada makanan hanya untuk nyanyi sahaja. Tapi anda tetap boleh order untuk makanan yg di sediakan oleh chef2 mereka. Jadi kat sini bukan sahaja boleh berhibur dan menyanyi test vokal anda tapi untuk anda merehatkan stress sambil benyanyi. Mahamahu tahu org Malaysia ni suka menyanyi jadi jgn lepas peluang ini ok. 


Pusat karaoke ini di buka dari pukul 9.00 mlm. Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej2 yg ada dalam The Merchant Live atau tempahan bilik karaoke anda boleh hubungi tel 03-7954 6888 atau email marketing@armada.com.my.