Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Program TV. Papar semua catatan

Rancangan Realiti 'Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2' Lebih Hebat, Lebih Tegas Dan Lebih Aksi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini mengikuti rancangan realiti TV Resipi Berani MAGGI Musim Pertama dulu. Korang memang wanita yang cukup beranilah. Tahun ini program ini tampil pula untuk Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2. Dengar cerita musim kedua ini lebih hebat, lebih tegas dan peserta lebih aksi. 



Kali ini daripada 2000 orang peserta yang sertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI hanya 12 orang sahaja yang bertuah dan telah terpilih untuk sertai rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 kali ini. Musim kedua menjanjikan lebih banyak kejutan menarik dan akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak.



Antara cabaran utama yang perlu dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan mencipta semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial. 

Barisan Mentor Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris


Apa makna sebuah rancangan realiti tanpa mentor merangkap juri yang hebat kepada semua peserta kali ini. Barisan mentor dan juri adalah terdiri daripada Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris. Juga musim kedua ini masih mengekalkan pengacara yang sama makin cantik, makin ayu siapa lagi kalau bukan Nana Mahazan. 



Mereka ini akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan juga empat orang juri jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Mengekalkan Nana Mahazan Sebagai Pengacara Musim Kedua


Majlis Pra-tonton Dan Memperkenalkan Rancangan Ini


Majlis pelancaran dan perkenalan program ini kepada KOL terlah diadakah pada 6 Julai lalu bertempat di Maggi Masak-masak Kitchen Mutiara Damansara. Pada majlis itu juga diperkenalkan 12 barisan perserta yang telah layak untuk masuk dalam rancangan musim kedua ini. Barisan peserta terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah.



Meraka datang dari serata Malaysia seperti Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu). 



Matlamat utama rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Diharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Ini terbukti apabila dapat menyaksikan perubahan ketara pada pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain.



Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.



Resipi Berani MAGGI ini adalah kemuncak kepada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak.

Ms Yashashri Vatve, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd.


Ulasan Tonton Episod Pertama


Maha sendiri dah tonton semalam untuk episod pertama Resipi Berani MAGGI musim kedua ini kat TV3. 12 perserta diberi tugasan pertama mereka iaitu untuk sediakan hidangan dengan tema 'Saya Cukup Berani'. Dimana semua peserta perlu menyediakan makana terbaik mereka dan perlu hidangankan makanan depan mentor untuk dinilai. Saat ini memang nampak sangat semua peserta berdebar kerana pertama kali perlu mengadap mentor yang makan tegas dan juga lebih teliti dalam pemilahan masakan.



Mentor juga nampak kali ini bagi soalan maut juga sehingga ada peserta yang nampak kaku dan gementar depan mentor. Macam-macam masakan hebat yang dihidangankan kepada mentor seperti Laksa Johor, Rendang Campur Kak Amoi, Nasi Kerabu, Kelupis, Ayam Masak Kicap, Asam Pedas Melaka dan juga Ketupat Sotong. Paling mendebarkan adalah dalam episod pertama yang ditayangkan semalam mereka umumkan hanya enam nama sahaja yang layak untuk pergi ke episod kedua. Nak tahu nama tu korang boleh tonton siaran ulangan atau juga pergi ker youtube Maggi Malaysia.



Kalau anda adalah wanita yang cukup berani dan mahu menjadi seperti mereka jangan lupa untuk saksikan rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 yang akan disiarkan pada pukul 4.30petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu bermula 8 Julai hari ini. Kalau terlepas masih boleh tonton siaran ulangan pada jam 11.30pagi setiap hari Sabtu. Korang juga boleh tonton episod yang lalu setiap minggu menerusi saluran YouTube MAGGI Malaysia https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos dari 5.00petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai. 

Info lanjut kat laman https://www.maggi.my






SUKE TV Terus Memacu Industri Perniagaan Tempatan Melalui Pemeteraian Kerjasama Dengan MRANTI Nexus

Rangkaian siaran tempatan SUKE TV terus mengorak langkah untuk memperkasakan bidang perniagaan tempatan dengan pencetusan memorandum perjanjian bersama MRANTI Nexus dalam sebuah majlis hari ini. MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).



Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato' AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama ini akan menyaksikan kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerjasama menyokong usahawan tempatan untuk mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa menyokong kualiti produk buatan Malaysia dan kebolehan usahawan tempatan, SUKE TV mengambil initsiatif mencipta sebuah platform agar peniaga tempatan dapat mempelopori inovasi dan memperkasakan ekonomi. Inisiatif ini akan meningkatkan kesedaran jenama tempatan dan membantu mengekalkan pelanggan melalui kepelbagaian yang ditawarkan oleh rangkaian ini.



Idea unik SUKE TV untuk membawa pengalaman membeli-belah terus ke rumah pelanggan melalui saluran hiburan televisyen diyakini akan menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia. Melalui visi dan usaha SUKE TV ini, peniaga tempatan kini memiliki akses yang lebih mudah, senang dan berpatutan untuk pengiklanan dan pemasaran produk-produk mereka di televisyen mahupun digital.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV, Dato' AC Mizal menzahirkan rasa gembira mengenai kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan ini juga merupakan suatu permulaan untuk pertumbuhan ekonomi yang eksponen, terutamanya untuk perniagaan tempatan.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato' AC Mizal


“Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini”, tambahnya.

MRANTI Nexus menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, perekaan dan pembangunan produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Muhamad Husni Md Zain, Ketua MRANTI Nexus, menzahirkan keyakinan beliau terhadap peluang kerjasama MRANTI Nexus dengan sebuah organisasi yang inovatif seperti SUKE TV untuk penambahbaikan sektor perniagaan tempatan.

Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain


“MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. Kami percaya lebih ramai inovator dan usahawan tempatan akan mendapat manfaat daripada platform SUKE TV untuk menjangkau pasaran yang lebih luas melalui kerjasama ini,” kata beliau.

SUKE TV, yang akan dilancarkan secara rasmi tahun ini, telahpun berjaya merangkul anugerah pertamanya melalui penamaan Dato' AC Mizal antara 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.








Menjadi Panel Jemputan Untuk Program Assalamualaikum TV AlHijrah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sudah berada dalam dunia blog ni sejak dari tahun 2010 lagi sehingga ker sekarang kerana korang juga pembaca blog Maha dan juga mereka yang masih tetap percaya kepada blogger tua ini hehehe. 

Aplikasi Manhajj Membantu Dan Memudahkan Bakal Jemaah Umrah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masih teringat lagi masa Maha dapat seruan untuk ketanah suci mengerjakan Umrah tahun 2016. Masa tu memang agak kelam-kabut kerana semua Maha kena uruskan sendiri dari segi pendaftaran dan pengurusan kursus umrah. Almaklumlah itu adalah pertama kali nak pergi mengerjakan umrah jadi tak ada pengalaman semua kena banyak bertanya orang.


Tapi sekarang ni orang yang nak mengerjakan umrah sangat bertuah kerana dah ada satu aplikasi yang dibangunkan khas untuk membantu memudahkan semua urusan bagi mereka yang nak mengerjakan umrah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Manhajj Brothers Sdn. Bhd. (Manhajj Mutawwif) adalah satu yang sangat mudah segala info dan urusan hanya dihujung jari.

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah


Aplikasi diberi nama Manhajj ini sudah boleh dimuat turun secara percuma dalam Google Play Store. Aplikasi ini berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran, kursus dan semakkan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif.



Di antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. Juga boleh muat turun gambar-gambar melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan awal jemaah umrah. Dalam aplikasi ini juga bakal jemaah boleh dapatkan kursus secara dalam talian dan juga dapat buat pendaftaran umrah dengan mudah dan cepat semua dalam satu aplikasi. 



Paling utama dalam aplikasi ini adalah bakal jemaah boleh buat pilihan untuk memilih Mutawwif yang mereka mahukan dan mengenali bakal Mutawwif yang akan membimbingkan mereka di Tanah Suci nanti. Dalam aplikasi ini juga ada satu fungsi sangat bagus iaitu dipanggil ‘Panic Button’. Di mana ia membatu sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah atau Madinah dan jemaah dapat berhubung terus dengan Mutawwif. Sebab kes paling tinggi berlaku di sana adalah kes jemaah sesat dan tidak tahu kemana nak tuju. Dengan adanya aplikasi ini ia dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan rasa bimbang jemaah di Tanah Suci.


Maha tahu pasal aplikasi Manhajj semasa menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Manhajj dan Program Televisyen Manhajj Mutawwif Musim Kedua di IDCC Shah Alam, Menara Korporat pada 28 Oktober 2018. Majlis turut dihadiri dengan barisan VVIP yang memberi sokongan kepada aplikasi Manhajj ini. Majlis dirasmikan oleh Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan  MOTAC. 

Ustaz Abd. Halim Bin Ikhsan CEO Manhajj Brothers Sdn. Bhd.

Datuk Rashidi Bin Hasbullah Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan MOTAC


Juga turut memeriahkan majlis adalah dengan kehadiran beberapa barisan artis popular yang juga turut menjayakan racangan Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis tahun lepas. Rancangan Manhajj Mutawwif ini juga adalah satu rancangan yang berunsur dakwah untuk terus komited mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 

Program Manhajj Mutawwif Musim Kedua


Program realiti ini kini telah masuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. Musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Kalau korang pernah tonton rancangan ini musim pertama ia menampilkan konsep lawak dalam pengajaran untuk bakal jemaah umrah agar lebih memahami situasi yang real selalu dihadapi oleh jemaah baru atau yang juga telah banyak kali mengerjakan umrah.



Rancangan ini akan mula ujibakat November ini dan juga akan mula tayangan awal tahun depan. Kalau rasa diri anda ada ciri dan juga bakat untuk menjadi mutawwif yang bertauliah dan menjadikan ia sebagai satu kerjaya tetap kini masa untuk anda sertai ujibakat. Ia terbukti apabila Juara Manhajj Mutawwif musim pertama ia saudara Ahmad Syafik Samat berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.




Nantikan tayangan rancangan ini bermula tak silap 25 Januari 2019 di Astro. Satu usaha yang bagus untuk mengiktiraf mutawwif melalui program tv dan juga melalui aplikasi yang terbaru. Nanti korang muat turun ok dan juga boleh guna aplikasi ini dengan ada fungsi waktu solat dan juga arah kiblat. Maha suka sangat mudah dan dapat banyak juga ilmu dalam aplikasi ini moga ia sangat membantu.

Info lanjut layari :
Laman web : http://manhajj.com









Jelajah Juadah Halal China Di Cuisine On The Silk Road Saluran Astro Naura

MIG Metrowealth buat julung kalinya berkerjasama dengan produksi penerbitan yang bertapak di Beijing China iaitu Shen Lan Time International Film untuk menerbitkan sebuah program yang dikenali sebagai 'Cuisine On The Silk Road' atau dalam bahasa Melayunya 'Hidangan Laluan Sutera'. Program ini merupakan sebuah rancangan khas makanan halal yang dialih bahasa sepenuhnya kedalam bahasa Melayu.


Proses rakaman dilakukan oleh pihak MIG sepenuhnya dengan menggunakan kelengkapan proses penerbitan gilem seperti studio, bilik mixing, penyuntingan, colour grading dan artis. Bertepatan dengan konsep 'One Stop Centre' yang diamalkan oleh MIG dalam penerbitan filem, begitu juga dengan proses penerbitan rancangan khas ini.

Mejar (K) David Teo MIG Metrowealth 

Yang Berhormat Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

H.E. Bai Tian, Kedutaan Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia

Seramai 7 orang krew produksi dari pihak Shen Lan Time diterbangkan dari Beijing untuk sama-sama menjayakan proses rakaman alih bahasa ini. Sepanjang proses rakaman berlangsung, aspek komunikasi yang tidak sama sedikit menjejaskan proses rakaman namun ianya menjadi satu masalah kerana pihak MIG menyediakan jurubahasa di studio.




Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pelancaran program 'Cuisine On The Silk Road' yang diadakan di GSC Signature The Garden. Acara dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Majlis turut dihadiri oleh barisan kehormat iaitu H.E. Bai Tian, Kedutaan Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, Datuk Khairul Anuar Salleh, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro dan Dato Haji Mohd Chan dari Mohd Chan Food Sdn Bhd.





Rancangan Hidangan Laluan Sutera ini akan ditayangkan setiap hari Rabu bermula 24 Oktober 2018 jam 11.00 malam di saluran Astro Nuara. Program ini akan ditayangkan sebanyak 5 episod memaparkan kebudayaan, tradisi serta ramuan makanan Halal yang ada di China. Setiap episod penonton akan disajikan dengan kepelbagaiaan serta keunikan makanan Halal yang dihasilkan dengan cara pembuatan yang tersendiri. Malah cara hidup masyarakat setempat serta lambakkan makanan jalanan yang Halal turut dipaparkan melalui program ini.


Semua mengatahui MIG Metrowealth merupakan sebuah syarikat penerbitan filem yang memulakan penglibatan secara langsung dalam penerbitan filem dan drama tempatan sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Metrowealth menjadi sebuah syarikat penerbitan yang prolifik yang mana teleh menerbitkan lebih daripada 150 buah filem di Malaysia. Syarikat ini juga telah melebarkan sayap peniagaannya melalui beberapa buah negara Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filiphina, India Vietnam dan Brunei.







Di Balik Tabir Rakaman Program Memasak Bersama Selebriti Chef Nik Michael

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Susah nak dapat pengalaman memasak terutama bersama dengan seorang selebriti chef. Alhamdulillah Maha baru-baru ini dapat jemputan untuk shooting sebuah program memasak yang akan ditayangkan di RTM. Tapi tarikh tayangan tak tahu bila cuma yang tahu akan ditayangkan raya tahun depan, kena tunggu setahun lagi lah nampaknya.


Apa pun pengalaman memasak dalam program tv macam ni sangat bermakna buat Maha. Almaklumlah Maha ni bukan blog resipi lebih kepada review tempat makan. Cuma kalau memasak ni hanya untuk makan sendiri jer kat rumah boleh lah. Itu pun banyak belajar dari emak tercinta dan sikit-sikit dari Youtube hehehe.


Bila dapat jemputan menjadi salah seorang yang akan masak bersama dengan celebriti chef yang cukup terkenal iaitu Chef Nik Michael Imran ini sangat bermakna. Rupanya chef ni seorang yang memang tak kedekut ilmu dalam dunia masakan. Chef Nik ni bukan sahaja expert dalam masakan barat tapi juga masakan pastri. 


Shooting hari tu rasa begitu kejap sangat berlalu walaupun penat dari pagi sampai tenghari, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Chef ada sediakan satu juadah pastri dan Maha pula kena masak juadah special untuk hidangan hari raya. Maha tunjuk gambar jer tapi nak tahu resipi penuh korang kena tonton rancangan ini tahun depan tau.



Kat sini Maha nak ucapkan jutaan terima kasih kepada YG Films Malaysia dan crew kerana memberi peluang yang sangat berharga dan bermakna ini untuk diri yang tiada apa istimewa ini. Juga terima kasih kepada pemilik rumah Kak Niza dan Kak Zue yang sudi pinjamkan rumah untuk shooting. Rumah sangat besar dan cantik yer.


Tak sabar rasa nak tengok hasil rakaman yang dijalankan hari tu. Moga korang jangan kritik sebab Maha tak berapa pandai bermain dengan kamera. Kalau ada sapa lagi nak jemput untuk shooting memasak ke boleh lah panggil kita cuba hehehe. Terima kasih semua yang terus memberi semangat kepada Maha dalam dunia blog ini.