Lelaki Kalau Ada Masalah Kulit Muka Boleh Ambil Crystal Skin
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan yang diingati dan dirindui selalu. Rindu masa bersama dengan kawan-kawan berlibur macam dulu kala. Masa tu lah nak hilang tekanan dan juga dapat habis masa merehatkan minda. Walaupun dalam masa sama tetap kena 'Body Shaming' dengan mereka tapi aggap itu hanya gurauan. Hidup kalau tak ada gurauan tak seronok dan meriah. Tapi kadang-kadang berpada-pada jugalah, yang dah kenal lama tu ok kalau baru sahaja sehari kenal dah nak body shaming sentap juga.

