Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ni Maha nak kongsi kepada korang percutian dalam negara iaitu sebuah negeri yang paling utara semenanjung Malaysia. Mana lagi kalau bukan negeri Perlis. Negeri ini adalah negeri terakhir dalam Malaysia yang Maha dapat pergi jalan-jalan bercuti dan bermalam di sana. Kalau tidak negeri lain semua dah pergi tapi negeri paling kecil ni tak pernah sampai lagi.
Mangga Harum Manis Buah Setahun Sekali Yang Di Nanti-nanti - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang adalah bulannya yang menjadi fenomena di kalangan peminat buah ini. Hujung April hingga Jun adalah bulan yang paling banyak menghasilkan buah ini dan Perlis adalah negeri asal buah ini. Itulah dia buah yang menjadi kegilaan ramai peminat buah-buahan tempatan Mangga Harum Manis.
Kalau kat KL ini boleh cecah harga RM30-RM37 untuk satu kilo buah ini. Kalau dekat negeri Perlis kata mereka harga buah ini dalam lingkungan RM20-RM25 untuk satu kilo sahaja. Jauh berbezakan inilah pengaruh buah Mangga Harum Manis ini pada peminat-peminatnya sehingga ada yang sanggup untuk terbang ker negeri Perlis bagi menikmati buah ini. Buah yang besar dengan isi yang tebal dan bau yang harum menjadi ia kegilaan ramai orang.
Pastinya Maha adalah orang yang memang gila dengan buah mangga tak kira apa jenis janji manis dan sedap pasti akan suka. Ini pula buah mangga Harum Manis ni memang menanti2 untuk di nikmati. Kat KL susah sangat nak dapat tapi bila ada kawan yang jual dan sedia nak pos ker KL memang rasa gembira sangat dan terus tempah. Maha beli untuk 3 kilo sahaja bila sampai KL baru2 ini memang rasa puas hati dapat makan dan nikmati buah ini walaupun kena tunggu lama untuk sampai hehehe.
Selain di makan mentah begitu sahaja
Mangga Harum Manis ini juga cukup popular di negeri
Thailand di jadikan makanan pencuci mulut. Mesti ramai tahukan
Pulut Mangga yang memang pupolar di restoran2
Thailand. Sebenarnya menggunakan mangga ini baru dapat rasa kesedapan dan keenakan makanan pencuci mulut ini. Maha sendiri pun suka makan Pulut Mangga
kalau pergi ker restoran
Thailand ini hehehe.

Biasanya orang ramai melihat keistimewaan harumanis kerana aroma dan keenakannya namun sebenarnya buah itu begitu kaya dengan vitamin antioksidan seperti vitamin C dan E. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai serat yang membantu sistem pencernaan dan larut dalam air dan baik untuk mengawal paras kolestrol selain mencairkan kahak. Jadi tak sia2 untuk menikmati buah ini walaupun kena tunggu 1 setahun lagi. Apa pun Maha dan nikmati Harum Manis yang di order terus dari Kangar terima kasih Kak Ariza Ahmad kerana sudi pos. Pada sapa nak order boleh cari akak ni kat facebook beliau hehehe masih di buka lagi order katanya.