Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Perfecto. Papar semua catatan

Sanggup Berebut Nak Tonton Batman VS Superman Kerana Perfecto Popcorn

Sanggup Berebut Nak Tonton Batman VS Superman Kerana Perfecto Popcorn - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa yang korang rasa akan menang antara Batman Vs Superman ni. Adakah Superman yang menggunakan kuasa laser di matanya atau juga Batman yang banyak gadget yang canggih2 dan modern. Korang leh tahu bila dan tonton movie ni di pawagam.




Sebenarnya Maha nak cite yang Maha dah tonton movie "Batman Vs Superman : Dawn of Justice" ni kat pawagam. Memang terbaiklah movie ni satu gabungan dua adiwira yang difitnah dan masing2 mempertahankan kekuatan masing. Tapi yang paling Maha suka adalah bila mereka bergabung tenaga untuk mengalahkan musuh paling kuat iaitu Doomsday. 


So tak baik gaduh2 ni kita kena bersatu dalam mengalahkan musuh. Tapi yang sedihnya last sekali bila hero kalah teruk dan tewas juga akhirnya. Sapa yang korang rasa tewas dan kalah tu nak tahu kena tonton sendiri movie ni kat TGV. Maha pergi hari tu kat LUXE TGV 1Utama siap makan Perfecto Popcorn perisa Ultimate Caramel ok. Tak lengkap tengok movie ni kalau tak ada popcorn ini disisi.


Keunikan popcorn ni dengan popcorn yang lain adalah ia bersalut sepenuhnya pada setiap bahagian popcornnya. Tak sama dengan popcorn lain dan korang dapat rasa perisa yang disaluti setiap biji popcorn tu dengan penuh dan lazat.
Lagi menarik ia datang dengan 3 perisa utama iaitu Ultimate Caramel, Chocolate in Love, dan The French Vanilla. Paling Maha suka adalah perisa chocolate sebab dapat terasa kepekatan coklatnya dalam setiap biji popcorn. Korang lak suka yang mana makan sambil tonton movie? 




Jadi lepas ni jangan jadikan suasana bersama insan tersayang menonton movie begitu sunyi dan tidak mengasyikkan. Dapakanlah Perfecto Popcorn kerana ia adalah makanan ringan yang memberikan pengalaman menonton filem sempurna buat korang. Popcorn ni boleh beli pada harga runcit RM 4.50 untuk kantung kecil (85g) dan RM 7.50 untuk beg yang besar (160g). Korang boleh bawa popcorn ni untuk masuk pawagam dan nikmati masa indah korang semua. 

Maklumat lanjut tentang Perfecto Popcorn :-







Makan Perfecto Dengan Gaya Anda Di Kafe Terpilih Dan Menang

Makan Perfecto Dengan Gaya Anda Di Kafe Terpilih Dan Menang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Anda suka makan kerepek kentang? Mahamahu suka makan tambah yg rangup dan boleh di nikmati dengan cara kita sendiri. Maksud Mahamahu makan kerepek kentang dengan garnishing yg tersendiri. Itu istimewanya kerepek kentang Perfecto yg baru telah berada di pasaran sekarang.


Promosi hebat sekarang anda boleh nikmati Perfecto dengan gaya dan citarasa sendiri di beberapa buah cafe terpilih. Mcm yg Mahamahu dan rakan2 lain dah buat ni. Kami sempat menikmati Perfecto di Flicker Cafe TTDI pada hari minggu yg lepas. Memang enjoy and menarik sekali pada majlis pelancaran promosi Perfecto di kafe tersebut.




Konsep mereka sepanjang 13 Disember 2014 hingga 9 Januari 2015 anda bepeluang untuk makan Perfecto dengan pilihan garnishing tersendiri. Pada harga RM3.50 sahaja anda boleh pilih mana2 bahan dan juga perisa Perfecto untuk di gaya sebagai makanan snack anda atau pun pembuka selera anda. Itu yg menariknya konsep cuba di tampilkan oleh produk Perfecto ni. 



Mahamahu sendiri pun rasa enjoy bila dpat nikmati snack enak di cafe2 terpilih ini. Perfecto mempunyai 3 perisa utama yg begitu menyerlah. Mahamahu paling suka adalah Perfecto Chilli & Spice Infusion. Yg ini memang memberi rasa pedas yg menyengat dan di tambah pula kerangupan kerepek Perfecto itu sendiri. Dua lagi perisa yg juga sedap dan membuat anda rasa nak nikmat kesemuanya iaitu Perfecto Natural Sea Salt dan Perfecto Sour Cream & Chives.  

Perfecto Chilli & Spice Infusion

Perfecto Natural Sea Salt

Perfecto Sour Cream & Chives

Perfecto yg ada kat cafe2 ini anda boleh nikmati dengan selera anda semasa makan di cafe2 tersebut. Mcm Mahamahu dan kawan2 ni buat, anda boleh gayakan Perfecto dengan makanan pembuka selera, makanan utama ataupun dengan pencuci mulut. Ia akan lagi membangkitkan selera anda kerana kerangupan kerepek Perfecto yg sedia ada. Mahamahu asyik duk cite cafe2 yg di sediakan jer tapi tak bagi tahu kat mana cafe tersebut. Jgn marah ok, kat sini Mahamahu senaraikan semua cafe yg mempunyai produk Perfecto untuk anda nikmati. 



Wood & Steel TTDI 
No. 52, Jalan Datuk Sulaiman, 
Taman Tun Dr. Ismail, 
60000 Kuala Lumpur

Fikcles TTDI
No 11, Jalan Wan Kadir 2, 
Taman Tun Dr. Ismail, 
60000 Kuala Lumpur,

Roast & Grind 
Lorong Universiti B,
46350 Petaling Jaya

42 East TTDI (Non Halal)
42, Lorong Rahim Kajai 14, 
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Dukes & Duchess (Non Halal)
No 52, Lorong Rahim Kajai 14, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur



Kalau anda masuk cafe ini anda cari kat satu sudut ada terletaknya produk Perfecto dengan beberapa bahan hiasan lain. Korang boleh tambah hiasan dan sos yg di sediakan seperti jagung, cendawan dan juga sos2 enak seperti mayonis, mustad, chili sos dan blackpaper sos Jadi pandai2 andalah nak pergi mana satu, semua ini ada sediakan Perfecto untuk anda makan dengan gaya makanan anda sendiri. 



Tapi lepas tarikh promosi ini mcm mana pula anda nak dapatkan produk Perfecto. Jgn risau kerana produk ini juga telah berada di pasaran. Boleh dapatkan di pasaraya dan kedai2 serbaguna berhampiran anda. Kalau tak pun anda berpeluang untuk menang sekaton Perfecto ini dengan menyertai contest di Instagram mereka. Cara mudah jer ikut langkah2 seperti di bawah.

1) Ambil gambar diri anda menikmati kerepek Perfecto di salah sebuah kafe yang dinyatakan di atas.
2) Muat naik gambar menarik di Instagra.
3) Sertakan hashtag #Perfectosnacks pada caption anda.



Setiap minggu 3 peminat bertuah akan di pilih untuk memenangi sekaton produk Perfecto. Jadi peluang anda untuk menang dan makan sepuas2nya ok. Mahamahu dan cuba anda bila lagi. Selamat menjamu selera daripada Mahamahu.

Laman social media Perfecto
Facebook : https://www.facebook.com/perfectosnacks
Instagram : http://instagram.com/perfectosnacks


Acara ini telah dianjurkan oleh HungryGoWhere Malaysia – Discover, Eat, Share today!”