Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pavilion. Papar semua catatan

Hidangan Nasi Dulang Bukhari Di Restoran Grandmama's Ramadan Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi lagi diingati. Kali ini siapa yang suka makan dalam dulang macam orang zaman dulu-dulu boleh lah menikmati hidangan Nasi Dulang Bukhari di Restoran Grandmama. Tahun ini istimewa makan dalam dulang yang pasti korang kenyang punya. Anggaran satu dulang tu pun banyak dan sangat puas hati makan.




Nasi Dulang with Oven Roasted Boneless Leg  of Lamb

Ini adalah nasi dulang pertama yang ada di sini kepada pecinta daging kambing. Mereka menggunakan bahagian peha kambing yang tanpa tulang hanya isi semata-mata. Di masak sehingga lembut dan empuk kalau korang tengok kat bahagian tengah daging tu masih berjus lagi bila dipotong dengan warna merah jambu tapi tak adalah tak masak. Daging tu sangat lembut sehinggakan korang boleh siat satu persatu tanpa masalah.



satu dulang ini ia datang bukan sahaja daging kambing ada juga hidangan sampingan lain seperti Nasi Bukhari di bawah daging dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Pada yang kurang pedas nasihat jangan terus tuang semua kuah ini korang kena makan tuang sikit-sikit pada daging baru rasa. Harga satu dulang ni hanya RM95.00 dan ia sesuai untuk makan 2 ke 3 orang tau.

Nasi Dulang with Roasted Tumeric Chicken

Ini adalah set dulang kedua yang korang boleh pilih sempena Ramadan ini di Restoran Grandmama. Dalam ini korang boleh nampak ada satu ekor ayam yang diperap denagn rempah dan dipanggang sempurna sehingga warna keemas-emasan. Macam lebih kurang ayam golek tapi rasa lain kerana mereka menggunakan rempah yang berbeza.



Ia juga didatangkan dengan juadah sampingan seperti di bawah ayam tu ada Nasi Bukhari dan juga ditepi disediakan dalam mangkuk kecil adalah Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Korang nak cicah ayam ni dengan sos ini atau tidak terpulang bagi Maha makan ayam dan nasi serta kerabu tomato tu dah cukup hehehe best. Harga untuk satu dulang ni pula RM65.00 sesuai untuk 2 ke 3 orang juga.

Nasi Dulang with Chef's Specially Marinated Beef Ribs

Ini pula set nasi dulang untuk daging lembu istimewa resipi daripada Chef Executive mereka sendiri. Korang boleh tengok daging lembu tu besar dalam lebih kurang berat 600gram. Di masak cukup lama bagi memastikan daging empuk dan cukup masak untuk dimakan hanya cubit-cubit sahaja isi daging tu dah tertanggal sangat lembut. Rasa pun sedap dengan rempah yang hebat tak boleh nak teka masak apa ni hehehe.



Ada juga hidangan sampingan macam dulang-dulang yang lain iaitu ada Nasi Bukhari di bawahnya dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Kalau daging ni bagi Maha sedap dicicah dengan air Samba Kicap kepedasan terasa dan juga melengkapi hidangan nasi dulang ini. Harga satu dulang ni pula RM115.00 kerana menggunakan daging berkualiti.

Nasi Dulang with Spiced Mixed Seafood

Ini nasi dulang khas kepada mereka yang suka makanan laut. Dalam satu dulang tu ada kepelbagaian makanan laut seperti Ikan, Udang dan juga Lala. Ikan tu korang tengok digoreng rangup sehinggakan tulangnya pun boleh makan tau. Tapi jangan lah makan nanti tercekik lak. Udang digoreng dengan tepung rangup serta Lala dimasak cili kat tepi tu. Perhhh ini hidangan kegemaran Maha memang suka lah.



Sama juga tidak ketinggalan ada hidangan sampingan seperti Nasi Bukhari di bawahnya dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Kalau ikan tu korang boleh cicah dengan air asam sangat sesuai memang kena bagi Maha lah. Tak tahu ikut korang nak makan dengan mana-mana semua sedap lah bak kata orang. Harga satu dulang ni hanya RM95.00 untuk makan 2 ke 3 orang sangat sesuai.






Kalau korang rasa Set Nasi Dulang ni masih tidak mencukupi untuk makan dan nak tambah lagi beberapa masakan lain pun boleh ada disediakan sempena dengan Ramadan kali ini. Memang Restoran Grandmama tahu yang korang tak akan puas makan dengan lauk dulang yang ada mesti nak add-on lain punya. Jadi korang boleh pilih daripada lauk Asam Pedas Ekor, Udang Msak Kam Heong, Tempoyak Ikan Patin, Gulai Ikan Tenggiri, Ayam Goreng Cili Berlada, Gulai Ayam dan Masak Lemak Nanas Cili Padi.






Dah jadi banyak dah tu penuh satu meja makan dengan lauk pauk puas lagi tak. Kalau korang yang datang dengan kumpulan yang ramai atau ahli keluarga besar yang juga boleh makan banyak boleh ambil yang kombo set. Ambil satu Set Nasi Dulang and tambah set Kombo A atau set Kombo B iaitu lauk pauk untuk dish sampingan. Lagi jimat kat situ. Kalau korang tambah satu-satu hidangan sampingan pun boleh. Ikut mana keselesaan korang yang nak makan. 



Semua set ini akan disediakan dengan buah kurma dan juga kuih muih untuk permbuka makan. Set Nasi Dulang ini promosi telah bermula 13 April 2021 hingga 12 June 2021. Bagi orang muslim boleh ambil set ini waktu berbuka atau makan malam. Bagi yang bukan beragama Islam boleh jer order set ini waktu makan tengah hari ada jer. Tapi promosi set ini hanya boleh didapati di Restoran Grandmama Pavilion KL dan juga Intermak Mall Outlet sahaja ok. 



Sekarang ini juga Grandmama's ada juga menyediakan juadah dalam bentuk sejuk beku untuk dibawa pulang atau order secara atas talian melalui Shopee atau Lazada. Ada banyak dalam pek yang mudah untuk disimpan dan hanya keluar untuk dipanaskan terus boleh dimakan. Sempena dengan Ramadan ini sangat sesuai untuk masak waktu sahur yang memang kita malas sangat nak masak. Jadi senang sekarang ini bawa pergi travel pun boleh. So tunggu apa lagi buat pembelian sekarang juga. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera. 

Hubungi untuk buat tempahan berbuka puasa: 
Grandmama's Pavilion KL : 03-2143 9333
Grandmama's The Intermark Mall : 03-2181 2839










Berbuka Puasa Dengan 'Santapan Bersama' Di Restoran Grandmama's Ramadan Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kalau Maha update tempat buka puasa mesti bufet style kan. Apa kata kali ini kita relax-relax je dan semua makanan tu datang pada kita. Tak perlu nak berbaris panjang menunggu untuk mengambil makanan. Kali hanya tunjuk dan pilih sahaja set yang ada dan duduk sambil main handphone menunggu makanan sampai.

Grandmama's Menyajikan Buka Puasa Yang Berbeza Iaitu Set Lobster Yang Sangat Besar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bosan juga asyik semua buka puasa makan yang hampir sama. Apa kata kali ni kita cuba pula satu yang memang jauh berbeza dari kebiasaan iaitu berbuka puasa makan Lobster. Maha nak bawa korang ker Restoran Grandmama's yang menyajikan juadah special ini.


Walaupun ia adalah lobster tapi cara masakan untuk menu berbuka diserlahkan dengan citarasa Malaysia. Sempena Ramadhan yang akan datang restoran ni ada 2 set lobster yang boleh makan bukan untuk seorang tapi beramai-ramai. Dimana Set A yang boleh dinikmati untuk 2 hingga 3 orang makan dan manakala Set B pula untuk 4 hingga 5 orang sekali makan.


Dalam set buka puasa ini lobster itu disediakan dalam dua pilihan masakan iaitu Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah . Memang dua-dua ini sedap belaka Maha dah cuba masakan ini kari mereka sangat pekat dan masak merah mereka ada rasa masam manis tau. Sesuai untuk makanan lobster ni bersama dengan hidangan sampingan lain. 

Lobster Curry Hot Pot

Lobster Masak Merah

Bukan makan lobster tu saja tau ada menu sampingan lain yang korang boleh pilih melengkapi set ini. Bagi Set A boleh pilih 3 Sedap Dishes dan bagi Set B tadi boleh pilih 5 Sedap Dishes. Menu dalam Sedap Dishes ini adalah masakan Ala-Carte bagi mereka yang selalu makan kat sini. Ada 22 jenis pilihan Sedap Dishes kalau Maha nak senaraikan memang tak habis tapi korang tengok antara yang Maha dah pilih kat ini. 

Asam Pedas Fish Fillet

Deep Fried Spice Chicken

Ayam Masak Merah

Burung Puyuh Homemade Chili Sauce

Deep Fried Chicken Drumstick

Beef Rendang

Foo Yong Fried Eggs

Paku Sambal Belacan

Stir Fried Kailan

Braised Beancurd With Minced Meat

Korang juga boleh add-ons lagi beberapa menu yang mereka sediakan limit untuk satu menu bagi satu set sahaja. Yang ini ada 4 menu Add-ons dimana kena tambah harga tapi ianya jauh lebih murah dari order secara Ala-Carte. Sebab tu banyak sangat menu Maha sendiri pun tak tahu nak pilih mana satu semua sedap-sedap.

Sea Bass With Sweet & Sour Sauce (RM52.00+)

Homemade Tomato Chili Prawns (RM36.00+)

Tak habis lagi setakat ni set untuk buka puasa ini juga ada pilihan dessert dan minuman yang special. Ini kena tambah harga lain lah kalau korang nak tapi harganya sangat murah sebab korang dah ambil set lobster tadi. Dessert yang ada ialah Lin Chee Kang dan juga minuman Coconut Ice Blended dan juga Bandung Sagu. Maha suka sangat kelapa ice blanded mereka memang original dapat rasa segar kelapanya.

Coconut Ice Blended (RM13.90+) dan Bandung Sagu (RM9.90+)

Lin Chee Kang (RM8.90+)

Kalau korang pilih menu buka puasa lobster ini akan datang sekali dengan hidangan wajib ini iaitu Kuih-muih, Kurma, Nasi Putih, Keropok Ikan dan Cili Belacan. Ini diberi secara percuma kalau korang order set ini lah. Jadi berapa semua menu yang korang ada sebab tu makan bukan untuk seorang tau kena bawa keluarga atau kawan-kawan join sekali baru boleh habis semuanya.

Kurma

Keropok Ikan dan Cili Belacan

Kuih-muih Tradisional


Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama's ini akan bermula dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapi ingat promosi ini hanya ada di dua cawangan restoran ini iaitu di Pavilion KL dan Intermark Mall sahaja ok. So tunggu apa lagi kalau nak cari buka puasa yang berbeza dengan tempat lain boleh cuba sini Maha rekmenkan pada korang. Selamat menjamu selera semua.

Harga :
Set A (2-3 orang) = RM238.00+
Set B (4-5 orang) = RM388.00+

Tempahan dan juga pertanyaan hubungi :-






Rumah Baru Dolly Dim Sum Kini Di Pavilion Boleh Datang Makan Cuti Tahun Baru Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha suka makan Dim Sum ini kalau kat pejabat tu ada kawan jual Dim Sum frozen memang akan beli bepaket-paket semata-mata nak masak kat rumah. Sekarang tak perlu susah lagi untuk beli dan masak kerana dan ada cawangan Dolly Dim Sum baru.



Kini telah dibuka di Pavilion Elite yang sebelum ni kita kenal sebagai tempat beli-belah yang popular. Lepas ni dah shopping boleh pergi makan Dim Sum kat sini. Konsep restoran kali ini lain daripada cawangan yang ada sebelum ini. Ia lebih kepada konsep dapur tradisional masyarakat cina dengan reka bentuk bekas memask dim sum.



Memang seronok datang sini sebab cantik dan kemas kawasan ini selesa. Restoran ini boleh memuatkan sehingga 80 orang satu-satu masa. Jadi boleh ajak satu keluarga dan kawan-kawan datang makan dim sum. 

Salmon Yee Sang


Sempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba ini Dolly Dim Sum juga menyediakan menu special untuk meraikan perayaan tahun baru. Dimulakan dengan Salmon Yee Sang menu wajib tahun baru untuk memberi banyak kekayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Bagi Maha Yee Sang ni dapat makan setahun sekali memang sangat sedap. 

Three Treasure Crab Parcel

Yam Croquette

Kemudian ada Three Treasure Crab Parcel dimana makanan dengan isi ketam yang dibungkus dan juga dimasak bersama dengan suace special. Ni makan banyak-banyak pun tak ada sebab sedap. Kemudian ada Yam Croquette dimana dalamnya ada daging, cendawan dan juga kekacang. Rasa garing diluar dan pelbagai rasa didalam.

Spicy Szechuan Dumpling

Stir-fried Broccoli with Scallop

Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce

Maha suka juga Spicy Szechuan Dumpling dimana ada rasa udang dan juga ayam bersama dengan sos masam pedas. Nak tambah keenakan dalam hidangan tahun baru ini mereka juga sediakan Stir-fried Broccoli with Scallop dimana brokoli dimasak dengan scallop dari USA. Kalau nak makanan ayam ada juga iaitu Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce yang dihidang bersama dengan buah mangga muda menarik.

Royal Golden Fried Rice

Rooster Green Bean Dumplings

Hidangan tahun baru ni ada nasi juga untuk pelengkap makanan nasi ni dipanggil Royal Golden Fried Rice. Tengok pun cantik dan mewah nasi goreng ni ada siap udang dan telur ikan lagi kat atasnya. Tapi ada dim sum special yang dihasilkan untuk tahun baru kali ini yang menyerupai ayam. Ni dia Rooster Green Bean Dumplings yang comel rupa ayam rasa pun sedap tau ada kacang hijau dalamnya.

Mango Delight

Chinese New Year Happiness Kuih

Tak lengkap hidangan kalau tak ada pencuci mulutkan mereka pun ada special dessert. Paling best adalah Mango Delight memang kegemaran Maha ni di atasnya ada buah limau bali dan juga sagu. Satu lagi kuih tradisional yang memang wajib kena cuba sebab macam kuih melayu. Kuih yang disalut dengan kelapa parut dan rasa manis serta masin sedaplah. 


Dolly Dim Sum ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Cuma hari Sabtu dan Ahad sahaja buka dari pukul 10.30 pagi hingga 10.00 malam. Sambut tahun baru dengan kemeriahan dan kegembiraan bersama keluarga luang masa yang ada ini untuk mengeratkan silatulrahim antara kita. Selamat Tahun Baru Cina buat semua pembaca blog Mahamahu ok.