Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pasaraya Segi Fresh. Papar semua catatan

Tiga Resipi Masakan Fusion Yang Mudah Dan Segar Dari Segi Fresh

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama Maha tak update resipi masakan dalam blog ni kan hehehe selalu update pasal pergi makan jer kat tempat makan yang memang masak sedap-sedap. Kali ni nak cuba pulak buat beberapa resipi masakan tempatan yang fusion. Mudah jer lah tak adalah yang susah sangat hehehe korang pun ramai boleh buatkan.


Ulang Lagi Beli-Belah Di Segi Fresh Sebab Barang Dapur Dah Habis

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Yes, dah masuk hujung bulan ni macam ni lah tugas sebagai seorang anak bujang trang tang tang ni. Pergi mana lagi kalau bukan beli barang keperluan dapur sebab dah habis. Kalau tidak tak berasap lah dapur kat rumah tu. Walaupun duduk bujang tapi Maha selalu masak kat rumah ok senang dan boleh masak apa yang kita suka wakakakaka.

Macam biasalah kat mana lagi tempat yang Maha nak tuju kalau bukan kat Segi Fresh ini. Sini lah selalunya setiap bulan Maha akan habiskan peruntukkan untuk perbelanjaan bulanan membeli barang dapur. Terutamanya barang basah dan juga barang segar macam ikan, daging ayam, udang, sotong, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.


Maha suka pergi sini sebab apa kalau korang datang awal dalam pukul 8.00 pagi barang semua masih banyak dan juga segar-segar belaka. Pulak tu kalau nak bandingkan tempat lain barang basah dan segar mereka ini jauh berpatutan daripada tempat lain. Kali ni Maha beli barang dapur termasuk juga barang untuk masak istimewa kali ini iaitu Masak Lemak Udang Harimau.

Tengok lah harga Udang Harimau yang sebesar dua jari Maha ni memang puas hati. Pulak tu udangnya segar dan masih mantap isinya maksudnya keras lah. Pulak tu korang tengok bahagian sayur paling penting Cili Padi mereka semua motel-montel dan segar hijau kemerahan. Baru rasa ada mood nak beli barang daput. Tengok lak kat halia ni besar-besar dan juga molek-molek jer hehehe puas hati kalau shopping kat sini.


Selalunya Maha kalau beli barang dapur ini akan beli sekali bekalan buah-buahan sebab memang Maha suka makan buah. Kat sini pun ada macam-macam koleksi buah yang segar dan terbaik macam Buah Anggur, Buah Mata Kucing, Nanas, Tembikai, Pisang dan banyak lagi lah. Rasa tak puas hati kalau beli tu tak penuh satu troli memang rasa ada jer yang kurang nanti hehehehe.



Satu lagi yang bestnya Maha beli kat Segi Fresh ini kerana ia ada ruangan parking yang banyak jadi kalau datang bawa kereta tak susah-susah nak tunggu lama parking. Sekarang ni tak silap Maha dah ada lebih kurang 42 pasaraya di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan. Yer lah walaupun dalam ekonomi tak stabil dan juga dengan masalah pendamik Covid-19 ni Segi Fresh masih teguh membekalkan barang segar dan harga lebih murah kepada pengguna.




Kat Segi Fresh ni masih mengamalkan SOP yang ketat dimana kalau nak masuk kena pakai penutup mulut dan hidung dan juga buat pemeriksaan suhu serta pendaftaran secara online atau tulis nama. Lepas tu bila nak beli dan juga bayar ada penjarakan fizikal serta semua pekerja mereka pun pakai penutup mulut dan hidung. So rasa selamat lah untuk membeli kat sini.

Memang setiap bulan Maha akan beli belah kat Segi Fresh ni kerana segalanya ada. Bahagian barang runcit pun ada macam beras, sabun, makanan ringan dan macam-macam lagi lah. Bawah satu bumbung ada segalany. Maha nak balik ni nak sediakan resipi masakan yang Maha sebut tadi nanti korang tunggu video masakan yang Maha sediakan nanti ok. Selamat membeli-belah semua.

Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari:








Masa Untuk Beli-Belah Barang Masak Yang Segar Dan Murah di Segi Fresh Market

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak tahu ini yang keberapa kali sebenarnya Maha beli-belah kat Segi Fresh Market sebab memang setiap bulan bila bekalan dapur habis sini lah lokasi yang selalu Maha pergi. Bagi Maha segala keperluan ada daripada barang basah, barang segar, mahupun yang perlu untuk dapur ada di sini.

Resipi Bulan Puasa Roti John Sardin Cheese Menggunakan Produk Dari Pasaraya Segi Fresh

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan puasa ni memang kalau buat apa sahaja masakkan tetap nampak sedap dan menyelerakan. Kali ini Maha nak sediakan satu resipi yang selalunya begitu popular kat Bazar Ramadan mana-mana pergi mesti ada. Resipi Roti John Sardin Cheese ramai orang suka tapi tak ramai yang nak buat mudah jer.

Beli-belah Di Pasaraya Segi Fresh Dapat Harga Borong Dan Barangan Segar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni selalu juga pergi beli-belah barang dapur untuk memasak sebab almaklumlah duduk bujang kena masak sendiri. Jadi banyak tempat yang Maha dan pergi dan tak semuanya menawarkan harga sangat berpatutan dan juga barang yang masih segar.