Pakej Perkahwinan Norma Baharu Di Dewan Perdana FELDA
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Walaupun masih dalam perintah kawalan pergerakan yang dikenalkan kita tetap kena patuh SOP yang ketat dan juga beberapa acara tidak boleh dilangsungkan untuk 2 minggu yang akan datang ini. Tapi tak salah kalau korang buat perancangan untuk acara yang besar dan bermakna ini sekarang kerana Insha Allah kita akan dapat putuskan rantaian pandemik ini.

