Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Nescafe Kopitiam. Papar semua catatan

NESCAFÉ Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan Sebagai Edisi Kopitiam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ Kopi-C dan NESCAFÉ Kopi Cham. NESCAFÉ" Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.