Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Nasi Lemak. Papar semua catatan

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini yang suka makan Nasi Lemak macam Maha sila tinggal komen. Memang Nasi Lemak menjadi makanan kesukaan hampir semua rakyat Malaysia dan juga diiktiraf UNESCO sebagai juadah warisan tradisi negari kita. 


foodpanda Malaysia Kongsi Kegemaran Nasi Lemak Terbaik Dari Sekitar Lembah Klang

Malaysia menawarkan pelbagai sajian tempatan menarik yang diraikan dan digemari oleh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, satu pilihan yang pastinya menyerlah, semestinya makanan ruji Malaysia, Nasi Lemak! Sebagai sebuah syarikat teknologi yang sangat memanfaatkan data, foodpanda Malaysia telah mengumpulkan beberapa kegemaran masyarakat tempatan untuk dinikmati para hadirin sempena majlis bersama media yang diadakan di Ibu Pejabat foodpanda di Bangsar South hari ini.

Pengarah Komersial Kanan, foodpanda Malaysia, Jay Ar. Juan


Majlis bersama media  ini adalah satu daripada usaha yang dianjurkan oleh foodpanda Malaysia bukan sahaja menyediakan platform kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan juga HomeChef untuk mencapai kejayaan, malah turut memberikan mereka lebih banyak pendedahan jenama yang berpotensi untuk meningkatkan lagi jualan mereka. Ini selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menyokong peniaga-peniaga kecil dan memacu ekonomi tempatan.

Mengulas lanjut mengenai sesi bersama media ini, Pengarah Komersial Kanan, foodpanda Malaysia, Jay Ar. Juan, berkata, “Selain menyampaikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia di serata tempat, kami juga bersemangat membantu vendor-vendor kecil mengatasi halangan dan mencipta kejayaan sendiri yang memberikan inspirasi. Harapan kami untuk tempoh jangka masa panjang adalah lebih ramai rakyat Malaysia menyokong peniaga tempatan dan terus memperkasakan mereka melalui aplikasi kami. Usaha foodpanda sebelum ini telah pun terbukti  terutamanya ketika pelancaran HomeChefs khusus untuk peniaga-peniaga kecil serta faedah istimewa seperti skim insurans dan banyak lagi. Dengan semua perkhidmatan kami, kami ingin melayan anda – para pelanggan, para vendor, rakan-rakan kongsi penghantaran. Seluruh  rakyat Malaysia.”

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini, kami telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan beberapa perniagaan tempatan hebat yang menawarkan sajian klasik Malaysia dalam pelbagai variasi berbeza. Bagi kebanyakan orang, Nasi Lemak dianggap makanan ruji sekeluarga dan bagi saya secara peribadinya ia merupakan salah satu sajian tempatan kegemaran saya. Berdasarkan data yang kami ada, kami dapati sajian kegemaran ini terus menjadi salah satu pesanan tertinggi untuk kebanyakan pengguna foodpanda dan kami mahu anda mencuba kesemuanya dan beritahu kami yang mana satu kegemaran anda,” tambah Jay Ar.



Apa yang menarik mengenai penghasilan Nasi Lemak ialah ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti kelapa serta perisa yang dicampurkan ke dalam nasi, maka terhasilkan inovasi Nasi Lemak. Walaupun pada asalnya sajian ini diperkenalkan sebagai sarapan lagi tetapi pada zaman moden hari ini, rakyat Malaysia di serata tempat telah terbiasa menikmatinya pada bila-bila masa, sama ada menikmatinya pada waktu pagi atau dijadikan sebagai makan malam. Disenaraikan lima vendor yang menyajikan Nasi Lemak yang sedap serta terkenal dan menghantar beratus pesanan kepada para pelanggan yang ingin menikmati nasi lemak.

Pilihan pertama pastinya Nasi Ayam Mafia. Terletak di Sepang, ia sememangnya terkenal dengan Nasi Lemak yang pedas dan berlemak. Rasanya yang cukup berbeza tidak dapat disangkal lagi apabila mereka menggunakan bahan-bahan segar yang diimport dari Thailand. Jangan lepaskan peluang ini untuk menggandingkan ayam goreng mereka yang rangup dan berjus.



Seterusnya, kami ada Nasi Lemak Saleha, kisah kejayaan perniagaan yang benar-benar memberi inspirasi. Bermula dengan gerai di tepi jalan, Mat Isa Abdul Rahman dan Saleha Abdullah merupakan orang ‘kuat’ dan dan kini memiliki dua buah restoran dan sebuah kilang yang memproses bahan mentah dan ‘dapur’ untuk memasak sambal istimewa mereka. Nasi Lemak daun pisang ini sangat diminati sehingga diiktiraf sebagai restoran paling aktif dan terkenal di Kampung Pandan dan berkembang maju selepas tersenarai di foodpanda.



Satu lagi kejayaan yang boleh dibanggakan ialah Nasi Lemak Kukus SS19. Pastinya semua orang berpuas hati dapat menikmati Nasi Lemak wangi yang baru dikukus. Di Nasi Lemak Kukus SS19, inilah pengalaman yang boleh anda jangkakan dan membuatkan anda ingin lebih banyak. Kedai ini juga cukup dikenali dalam kalangan orang dewasa yang bekerja dan para pelajar universiti di Subang Jaya. Nasi Lemak mereka cukup terkenal dengan pelbagai pilihan lauk pauk untuk digandingkan bersama seperti sambal sotong, rendang ayam dan ayam goreng berempah.



Selain itu, kami juga mempunyai pesaing Nasi Lemak klasik, Amira Cafe. Telah mula beroperasi sepanjang tahun 80-an dan juga 90-an, Nasi Lemak ini menjadi sajian utama sepanjang masa. Santan yang diperah dan diparut secara berasingan adalah contoh-contoh yang membezakan Nasi Lemak ini dengan pesaingnya. Bahan-bahan yang diimport dari India adalah petunjuk berapa banyak usaha, kasih sayang serta perancangan baik telah diarahkan terhadap penghasilan sajian sensasi ini.



Akhir sekali, kita ada Pak Li Kopitiam. Tahap kebersihan, keringkasan resepi dan juga kemesraan pemiliknya merupakan deskripsi yang tepat bagi kopitiam legenda ini yang telah berada 30 tahun dalam pembikinan. Menjadi keutamaan kopitiam ini menghidangkan sajian tradisional rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. Nasi lemak ayam goreng berempah merupakan pilihan para pelanggan setianya. Sambalnya cukup terkenal dengan rasa unik yang tidak boleh didapati di mana-mana. Gandingan bersama ayam goreng pastinya membuatkan anda menjerit PADU WEY!

Ketika negara beralih secara beransur-ansur ke fasa endemik, foodpanda terus memberi pengiktirafan bagi menzahirkan sokongan kepada vendor-vendor tempatan dan HomeChef untuk menawarkan sokongan yang amat mereka perlukan dan pada masa yang sama menghormati hidangan tradisional sepanjang zaman seperti Nasi Lemak yang memainkan peranan penting dan melambangkan identiti Malaysia.







Menu Sempurna Serba Baharu Daripada Jackson’s Fried Chicken

Jika ada satu perkara yang rakyat Malaysia benar-benar suka, sudah semestinya makanan! Juga tidak salah jika dikatakan, makanan yang paling digemari ramai ialah ayam goreng rangup yang penuh berperisa. Dengan harapan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan meraikan rasa cinta terhadap kepelbagaian makanan tempatan, foodpanda kini menawarkan menu yang cukup sempurna dan serba baharu yang menyajikan ayam goreng yang cukup lazat.


1 Ogos Hari Nasi Lemak MB Beli Satu Percuma Satu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tuptup dah nak habis bulan Julai dan kita pun dah sampai setengah tahun untuk 2021 ni kejap sahaja masa berlalu. Maha sendiri yang kerja dari rumah pun begitu cepat sangat masa berlalu dah nak masuk bulan Ogos dah. Apa yang korang nanti-nanti kan pada bulan Ogos ni masih ingat lagi tak. 


Resipi Original Nasi Lemak Bamboo SS2 Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak lupa kepada semua rakan-rakan sekalian. Korang mesti pernah cuba Nasi Lemak Kukus, atau Nasi Lemak Bakar, tapi korang pernah tahu bahawa ada Nasi Lemak Buluh. Dengar pun dah menarik dan pelik selalu orang masak lemang jer dalam buluh tapi kali ini Nasi Lemak pulak di masak dalam buluh. Kat mana tu jom kita terjah jalan-jalan makan-makan.


MFC - Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia. Kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa ia mampu menjadi satu elemen yang menyatukan semua di bawah satu bumbung. Itu lah Maha dapat terjemahkan dalam restoran Malaysian Food Culture - MFC. 

Feebay.Co Konsep Grab And Go Tapi Masih Ada Menu Tradisional Melayu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalunya makanan yang terdapat kat kafe mesti makanan yang simple dan mudah untuk dinikmati hanya perlu pergi kaunter bayar dan makan. Itulah cara hidup warga kota terutamanya kat Kuala Lumpur ini. Tapi ada ker kalau kafe macam ni menyediakan juadah makanan tradisi Melayu seperti nasi dan lauk pauk.

Bila-bila Masa Boleh Nikmati Pak Omar Champion Nasi Lemak Di Publika

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita Nasi Lemak ini adalah juadah untuk sarapan pagi dan memang menjadi pilihan seluruh rakyat Malaysia menyukaianya. Tapi sekarang itu telah berubah kerana kesedapan dan juga kepelbagaiaan Nasi Lemak itu sendiri menjadikan ia sebagai makanan ruji rakyat Malaysia. Hampir setiap masa kita akan makan Nasi Lemak sampai tengah malam pun kita masih mencari makanan paling sedap ini.


Maha tahu satu lokasi kalau korang nak nikmati Nasi Lemak terbaik di bandar KL dari pagi sampai malam. Korang boleh ker Publika Solari Dutamas kerana kat situ ada satu restoran Nasi Lemak warisan yang telah dipelajari oleh pemiliknya dari Kampung Baru Kuala Lumpur. Restoran yang Maha maksudkan adalah Pak Omar Champion Nasi Lemak. Baru jer buka tak silap Maha tapi memang sangat menarik.



Kat sini memang keutamaan mereka adalah Nasi Lemak dan semua dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi menjadikan ia begitu berlemak dan sedap. Maha cerita ni sebab Maha sendiri dah pergi makan kat sini hari tu masa mereka buat majlis pembukaan. Korang boleh ke Blok G2 level A1 tepi jalan jer restoran ini. 

Nasi Lemak Rendang Daging

Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah

Nasi Lemak Sambal Sotong

Di sini ada pelbagai jenis Nasi Lemak dan selalu popular makan dengan sambal ikan bilis, tapi kat sini korang boleh nikmati dengan sambal sotong, rendang daging dan rendang kambing, juga ada ayam goreng berempah. Nasi Lemak kat sini dimasak kukus sebab itu ia mengekalkan kesedapan nasi tersebut dan ditambah pula lauk pauk yang ada. Kalau yang saiz besar ni atau Jambo Nasi Lemak boleh makan untuk 3 ke 4 orang sekali memang banyak. 

Jambo Nasi Lemak

Kat dalam Nasi Lemak tu korang boleh nampak bahan sampingan lain iaitu seperti kangkung, ikan bilis goreng dan juga kacang, telur rebus dan timun membuatkan ia digelar sesetengah orang sebagai makanan sihat kerana ada semua zat utama dalam makanan. 

Karipap 


Style makan kat sini kita akan order kat kaunter Nasi Lemak apa yang korang dan lauk apa yang nak, nanti mereka akan sediakan dan pastu kita duduk untuk nikmati makanan tu. Selain daripada Nasi Lemak kat sini juga popular dengan Mee Siam dan Karipap gergasi. Sebab karipap tu sangat besar seketul tu boleh kenyang makan seorang hehehe. Inti dalam tu kentang bersama dengan telur rebus macam biasa tengok karipap ni kat mana yer hehehe.

Petai Sambal

Bendi Sambal
Acar 

Ikan Masin

Mee Siam mereka pun korang boleh tambah dengan pelbagai jenis sambal dan lauk pauk yang korang mahukan. Sangat layan memang sedap sebab tu orang datang makan sini setiap masa tak kira waktu. Lauk lain yang ada korang boleh pilih dan tambah seperti Petai Sambal, Bendi Sambal, Acar dan Ikan Masin. 


Jadi sapa yang ada plan nak makan Nasi Lemak dari pagi sampai malam boleh datang sini sebab restoran ini sentiasa buka dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Tempat juga tak adalah besar sangat dan sesuai untuk makan sambil santai-santai minum kopi atau teh kat sini dan makan Nasi Lemak. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera. 

Promosi dan pertanyaan lain layari :








Macam-macam National Costume Miss Universe Malaysia Bakal Sepedas Sambal Nasi Lemak

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita pernah dengar pasal Kek Nasi Lemak dan juga Burger Nasi Lemak yang tular baru-baru ini. Tak mustahil makanan paling popular di Malaysia ini akan menjadi lebih daripada itu.


Mana tidaknya Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James 22 tahun bakal memperagakan National Costume bertemakan Nasi Lemak. National costume ini telah direka oleh designer Brian Khoo. Bakal diperagakan dalam rancangan Miss Universe 2017 yang akan berlangsung di Las Vegas Amerika Syarikat. 

Kalau korang tengok pada rekaan baju tu lengkap semua ada termasuk belakang terletaknya daun pisang, kemudian ada telur mata kerbau, sambal ikan bilis, ikan bilis goreng dan timun. Namun tertanya juga mana nasi nya yang menjadi keutamaan kepada menu Nasi Lemak ini hurrmmm jangan fikir negatif ok.


Tapi inilah yang cuba ditampilkan memberi keunikan kepada national costume negara agar menjadi pilihan juri. Tahun lepas Miss Universe Malaysia memperagakan pakaian Menara Bekembar Petronas dan mendapat perhatian serta tersenarai antara 5 national costume pilihan orang ramai.

Adakah bila bawa tema nasi lemak ni ada negara akan claim ia adalah makanan daripada negara mereka. Almaklumlah Malaysia ni selalu dituduh sebagai negara yang suka 'mencuri' budaya dan makanan negara jiran. Apa pun pasti ia menjadi sesuatu yang menarik dan tak mustahil negara lain akan bawa makanan tradisional mereka untuk diperagakan kita nantikan pertandingan Miss Universe 2017 yang bakal diadakan tak lama lagi.


*Gambar dari Instagram Miss Universe Malaysia






Hari-hari Sarapan @ Mesra Serendah RM5 Sangat Mudah Lagi Menjimatkan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa macam korang hari ni ada ceria tak. Korang dah sarapan ker pagi ni isi perut sebelum mula bekerja atau yang kena pergi kuliah. Sebab sarapan adalah sumber tenaga untuk satu harian korang untuk membuat aktiviti. Kalau korang skip sarapan pasti korang akan makan tenghari berkali ganda percaya lah.



Sebab tu hari-hari Maha kalau bangun pagi lepas siap-siap semua sekali pastu start engine kereta dan akan singgah ke stesen PETRONAS. Walaupun tengok minyak masih penuh tapi sebenarnya nak cari sarapan atau Morning@Mesra mereka. Selain daripada menjual produk makanan ringan mereka juga ada sediakan sarapan pagi.


Kalau korang nak tahu kena tengok sendiri antara pilihan Morning@Mesra yang ada di sana. Contohnya macam Maha selalu singgah stesen PETRONAS area Technology Park Malaysia sebab dekat ngan rumah dan kat situ boleh dapat menu sarapan seperti Nasi Lemak, Mee Goreng, Kuih Lapis dan Karipap yang cukup popular. 



Ambil satu Nasi Lemak, kuih dan satu minuman dalam tin hanya dengan harga RM5 sahaja. Minuman tu bukan minuman biasa tau boleh pilih antara Milo atau Nescafe yang 240ml tu. Jadi lengkap sarapan pagi korang tak perlu nak fikir banyak grab dan terus pergi.




Lagipun pilihan makanan sarapan yang disediakan di setiap stesen tidak sama tau ia mengikut keistimewaan yang terdapat di kawasan tersebut. Jadi mungkin tempat lain korang boleh dapat sarapan pagi seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Pulut Kuning, Roti Jala, Kuih Bakar dan macam-macam lagi.




Sedap ker sarapan kat Mesra ni? Bagi Maha yang dah pergi berhari-hari sarapan kat Mesra ni memang sangat puas hati sebab semua pembekal makanan di sini adalah pengusaha tempatan yang diyakini kualiti dan kesedapan makanan tersebut. Mereka bukan buat dikilang tau ia adalah dibekalkan oleh pengusaha tempatan bagi membantu ekonomi pengusaha-pengusaha kecil ini sebab setiap pek ada sticker pengusaha tersebut.




Baru-baru ini pulak stesen PETRONAS yang Maha selalu pergi tu mereka agaihkan pek Morning@Mesra secara percuma kepada pelanggan yang datang mengisi minyak atau membeli di stesen mereka. Habis 200 pek yang diedarkan kepada semua pelanggan dan ternyata ia sangat mendapat respond yang bagus.






So lepas ni tak perlu lah nak fikir-fikir lagi nak cari mana sarapan pagi yang banyak pilihan hanya singgah jer kat kedai Mesra PETRONAS berhampiran anda. Ala hanya singgah parking kejap masuk grab bayar dan boleh pergi kerja atau kemana yang anda suka untuk bersarapan.


Selain dapat makan sarapan korang juga boleh dapat baucer diskaun beli belah di Lazada dengan membeli 5 kombo sarapan pagi. Korang perlu dapatkan kad setem di stesen yang korang beli sarapan dan kumpul sampai 5 akan dapat baucer tu nanti. Tawaran sehingga 15 November 2017 sahaja tau cepat sapa cepat dia dapat. Selamat bersarapan semua.

Maklumat lanjut layari www.mymesra.com.my





Mencari Makan Tengah malam Di Nasi Lemak Pandan Mieeza Pandan Indah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang KL ni memang suka makan malam-malam sanggup mencari makanan sejauh mana letaknya janji sedap betul tak. Maha sendiri pun kadang-kadang drive untuk cuba makanan yang orang viralkan sedap tu. 



Macam Nasi Lemak Pandan Mieeza ni kalau orang area Pandan Indah atau Ampang dah tahu tentang kesedapan Nasi Lemak ni. Maha pula baru berkesempatan nak mencuba nasi lemak ni sebab tu lah jauh dari rumah jadi nak kena tunggu masa yang sesuai.


Bila berkesempatan hari tu singgah kat gerai nasi lemak ni memang teruja sangat nak cuba.
Diusahakan keluarga blogger terkenal saudara Kamil Salleh atau pemilik blog Sensasi2020. Gerai ni ada betul-betul kat depan pintu Mid Point Shopping Centre Pandan Indah.



Nak cari senang jer gerai ni ada banner tulis Nasi Lemak Pandan Mieeza. Gerai nasi lemak ini buka dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Jadi sesuai sangat untuk orang-orang KL ni cari makan malam-malam. 


Special nasi lemak ni berbanding dengan nasi lemak lain adalah nasinya yang berwarna hijau. Menurut kata pemiliknya nasi ni dimasak dengan perahan air daun pandan jadi sebab tu special sangat. Kemudian kesedapan lain letak pada sambal yang begitu seimbang ada rasa pedas dan juga manis-manis maklumlah orang Ganu.






Lepas tu pula kalau korang datang nak beli nasi lemak sini paling banyak pilihan lauk pauk yang menarik. Ada Sambal Udang, Sambal Kerang, Rendang Ayam, Ayam Goreng, Telur Mata, Daging Goreng dan Ayam Masak Merah. Pastu lagi special ada Ikan Keli Masak Cili dan paling Maha suka adalah Sambal Sotong sebab mereka tak gunakan sotong keras yang besar tu tapi sotong yang bulat-bulat.


Harga sangat berpatutan mengikut lauk pauk yang korang nak ambil. Selain nasi lemak mereka juga ada nasi putih boleh makan bersama lauk pauk tu. Maha beli sampai dua bungkus hari tu hehehe sedap tengok sedap sangat. Korang yang rasa malam-malam nak cari nasi lemak datang lah kat sini mesti tak menyesal punya. Selamat mencuba semua ok.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5