Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Mission Foods Malaysia. Papar semua catatan

Sarah Benjamin Dan Mission Foods Bergabung Untuk Kempen #Zerowaste

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bukan rahsia lagi bahawa rakyat Malaysia suka makan, tetapi adakah korang tahu bahawa kita selalu membazir sekitar 15,000 tan makanan setiap hari. Mengikut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 20% daripada jumlah ini atau 3,000 tan adalah sisa makanan yang tidak dapat dihabiskan yang masih boleh dimakan. Jumlah ini cukup untuk memberi makan 5.3 juta orang untuk 3 kali makan setiap hari!


Sempena denga Hari Makanan Sedunia tahun ini iaitu pada pada 16 Oktober, Mission Foods dan Chef Celebrity Sarah Benjamin memulakan kempen 'Foldover Your Leftovers'. Kempen ini mengulangi pepatah lama 'Waste Not Want Not' dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dengan idea-idea bagus mengenai cara menjadikan makanan yang tidak habis kepada hidangan baru yang lebih enak. Ini bagi menggalakkan kurang pembaziran makanan dikalangan rakyat Malaysia.

Chef Celebrity Sarah Benjamin


Siapa penggemar Asia  Food Channel  akan kenal dengan Sarah seorang pengacara rancangan yang popular di sana. Sarah juga penulis blog makanan sejak dari tahun 2011 dan merupakan juara rancangan Food Hero. Sarah akan mengetuai kempen ini dengan berkongsi resipi makanan dan idea melalui media sosial, PSA dan juga buku resipi yang akan tersedia di kedai-kedai dengan pembelian produk dari Mission Foods.


Baru-baru ini Sarah telah berada di Malaysia sempena dengan kempen ini dan berkongsi resipi untuk menggunakan sisa makanan yang rakyat Malaysia gemari seperti Kari Ayam, Satay dan Nasi Ayam. Bertempat di La Juiceria Superfood Signature Bangsar, Sarah menyediakan 3 resipi iaitu Szechuan-Spiced Chicken Wrap, Curry Chicken Foldover dan Satay And Peanut Hummus Pita. Semuanya menggunakan produk daripada Mission Foods iaitu Mission Onion and Chives Supersoft Wrap, Mission Supersoft 6-Grain Wraps dan Mission Wholemeal Pita.

Satay And Peanut Hummus

Curry Chicken Foldover

Szechuan-Spiced Chicken Wrap

Pada majlis pelancaran kempen ini, Sarah menggunakan semula sisa kari ayam dan kentang ditumis dengan herba dan ditambah dengan keju Mozzarella dengan sayur-sayuran yang lazat seperti zucchini dan jagung. Bagi resipi Satay and Peanut Hummus Pita, Sarah mengadun sos kacang dengan kacang tin kalengan. Hummus digunakan untuk melengkapkan pita sebelum potongan-potongan satay ditambah dan dilengkapkan dengan topping salad dan timun juga dihiasi dengan bawang jeruk.



Melalui resipi ini Sarah mahu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjadi wira #Zerowaste. Maha sendiri sempat menikmati semua resipi yang disediakan memang lazat dan rasa seperti makanan baru. Jadi kita cuma perlu lebih kreatif dalam menggunakan sisi makanan yang tidak habis agar kita tidak bazirkan begitu selagi ia boleh dimakan.

Encik Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Makanan Mission Foods Malaysia; Sarah Benjamin Chef Selebriti
dan Encik Randall Tan, Pengurus Jenama Mission Foods South

Sarah juga telah menghasilkan 12 resipi menarik dari sisa-sisa yang boleh didapati dalam buku edisi terhad disemua kedai yang mengambil bahagian sahaja. Buku ini akan diberikan secara percuma kepada korang yang membeli dua produk Mission Foods bermula dari November ini. Melalui buku tu mungkin dapat membantu korang untuk menggunakan sisi makanan yang masih boleh dimakan agar tidak dibazirkan. Maha pun selalu guna semula makanan yang tidak habis seperti nasi untuk dijadikan Nasi Goreng pada keesokan harinya, korang juga boleh.

Dapatkan resipi penuh di sini www.facebook.com/missionfoodsmalaysia







Tahniah 20 Pemenang Peraduan Mission Foods Dan AEON #PowerYourLunchBox

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung minggu lepas Maha dapat jemputan untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah peraduan Mission Foods & AEON #PowerYourLunchBox yang bertempat di AEON Mall Shah Alam. Majlis ini ringkas tapi bermakna kepada 20 orang pemenang yang terpilih.


Maha pun tak tahu Mission Foods Malaysia dan AEON buat peraduan ini rupanya kat sosial media mereka. Sebenarnya peraduan ini telah berlangsung sejak 1 hingga 31 Mac 2018 yang lepas. Tengok hadiah yang mereka menangi tu pun memang cukup mewah iaitu baucer beli-belah AEON bernilai RM1000. Peraduan ini memerlukan pengguna produk Mission membeli 2 variasi produk mereka di pasaraya AEON. Kemudian perlu membuat resipi yang kreatif dengan citarasa Malaysia menggunakan produk Mission. 


Di antara resipi yang dihasilkan oleh para pemenang peraduan ini yang menarik perhatian adalah seperti Pita Ayam Percik, Scrambled Otak Otak Wrap, Quiche Kangkung Goreng Belacan, Salted Egg Chicken Wrap, Rendang Pizza dan juga Grilled Chicken Satay Wrap. Kalau Maha sempat masuk hari tu akan buat resipi Karipap Daging Wrap mesti boleh menang hehehe.

Mr Mark Tan, Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia

Menurut kata Mr Mark Tan Pengurus Jualan Runcit Mission Foods Malaysia sepatutnya hanya 10 orang pemenang sahaja yang akan dipilih. Tetap sebab penyertaan yang banyak dan juga resipi yang dihantar semuanya kreatif dan sangat menarik membuatkan pihak penganjur menggandakan jumlah pemenang kepada 20 orang, memang bertuahlah mereka semua.





Pada majlis tu tak semua peserta dapat hadir untuk menerima hadiah hanya 12 orang sahaja yang dapat hadir mungkin yang lain tu ada urusan lain atau jauh. Tapi tahniah Maha ucapkan kepada semua pemenang korang memang hebat. Maha senaraikan nama 20 orang yang telah menang dalam peraduan ini.





Senarai 20 orang pemenang


Michelle Lim | Nor Shuhada bt Mohamad Shafie | Syazwin Hayati Mohamed Ridzwan | Mohamad Safiy Zakwan bin Md Baseri | Zuhairah bt Abdul Hadi | Arun Kumar | Terence Tang Heng Thai | Stephanie Lok Len Peng | Zurina Omar | Tan Whei Sian | Gan Siew Eng | Zaihasra bt Abdul Kadir | Hasnawati bt Yahaya | Lim I Lin | Nasruddin bin Ab Rahman | Mufidah Abdul Hadi | Choi Lie Chean | Michelle Ng Cheah Ying | Anne Teo Hui Ping | Natalie Tan Gaik Buey.
 




Selain daripada memenangi hadiah baucer tersebut semua resipi yang terpilih ini akan juga diterbitkan dalam satu buku resipi khas yang akan dikeluarkan bulan Julai nanti. Bestnya mereka bertuah sangat dapat hadiah pulak tu resipi dapat masuk buku. Maha pun teringin nak juga nak buat buku resipi sendiri sapa nak terbitkan yer hehehe. 


Apa pun tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur dan juga kepada semua barisan pemenang yang bertuah itu. Nanti kalau korang nak sertai apa-apa peraduan atau juga promosi dari Mission Foods Malaysia korang boleh terus ke laman Facebook mereka ok. Selamat memasak semua.