Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Milo. Papar semua catatan

MILO Semarakkan Semangat Malaysia Boleh Dengan Laungan ‘Dulu, Kini, Selamanya Demi Malaysia’

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, MILO, minuman malt coklat berkhasiat kegemaran rakyat Malaysia menyampaikan mesej penuh inspirasi ‘Dulu, Kini, Selamanya Demi Malaysia’ yang meraikan kesatuan hati dan kekentalan jiwa rakyat Malaysia. Cogan kata ini mencerminkan kehadiran MILO dalam kehidupan rakyat lebih daripada 70 tahun, terus menyemarakkan semangat ‘Malaysia Boleh’ dan membekalkan rakyat tenaga serta daya tahan yang diperlukan untuk terus maju. Komitmen berterusan ini terletak di hati MILO, yang sentiasa memberi khasiat dan memupuk generasi demi generasi dengan secawan MILO yang berkhasiat, dari dulu sehingga kini dan menuju masa depan, sentiasa berlandaskan semangat cintakan Malaysia.


Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan 'Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO UHT ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan  “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT”, yang akan dilangsungkan di seluruh negara. 



Peraduan yang akan bermula dari 4 April 2022 hingga 29 Mei 2022 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000. Antara hadiah yang menanti bakal pemenangnya termasuklah Peti Sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.



Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Langkah 1: 
Beli mana-mana produk MILO UHT yang terlibat (MILO UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Langkah 2:  
Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: 
Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan melalui WhatsApp ke talian 018 388 2455.

Selain kebaikan susu sebagai sumber protein dan kalsium, koko memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga, MILO UHT juga membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Ia menjadikan minuman ini sebagai pelengkap yang ideal kepada pengambilan makanan seimbang untuk seisi keluarga. 



“Disediakan dalam bentuk sedia-untuk-diminum, MILO UHT memudahkan orang ramai untuk memperoleh tenaga di mana jua mereka berada. Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, ia begitu sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa oleh para pengguna Muslim kami, terutamanya mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad. 



Katanya lagi, “Dalam tempoh setahun ini, rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai musibah, terutamanya cabaran yang dibawakan oleh pandemik. Apabila banjir melanda pula, ramai yang terjejas teruk dan kehilangan harta benda yang tidak terkira. Berbekalkan semangat Ramadan, peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu mereka yang terjejas bangkit semula.”

Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, sila layari www.milo.com.my.







Gandakan Ong Tahun Baru Cina Ini Dengan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui. Tak lama sahaja lagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni akan menyambut salah satu perayaan besar iaitu Tahun Baru Cina. Sambil menyambut perayaan dan bercuti tu korang juga boleh menang hadiah-hadiah menarik. Korang beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!


Produk Nestle Milo Energy Cube Yang Tular Dilaman Social Adalah Produk...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam sebulan dua ini menjadi tular pulak tentang produk Milo yang berbentuk cube. Sebelum ni kita kat Malaysia hanya kenal Milo serbuk dan minuman dalam kotak jer. Tapi kini dah makan ramai orang menjual Milo Energy Cube lak.


Maha pun salah seorang yang telah beli sebab tularnya produk ni makin hangat lak. Nak rasa punya pasal beli juga lah secara online walaupun harga agak mahal tapi boleh lah beli satu pack. Tengok bentuk empat segi tu ingat besar tapi sebenarnya indah khabar dari rupa wakakaka. Ia hanyalah sebesar jari Maha jer tak besar mana pun.


Cube ini dicipta untuk memudahkan orang awam mendapat khasiat daripada Milo tu secara terus makan tanpa perlu bancuh. Cube ini memang dah sedap dan manis pun dan tipu kalau orang ada post pasal cube ni buleh cair buat air. Maha dah cuba memang tak boleh walupun masukan air panas. Ia hanya untuk dikunyah dalam mulut terus wakakaka.


Hari tu ada timbul isu pasal kesahihan halal produk ini dan Maha dah dapatkan daripada pihak JAKIM sendiri yang mengesahkan produk ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) iaitu salah satu badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di Amerika Syarikat.


Logo Halal yang mereka guna pun tiada isu ianya tidak bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan di Negara Nigeria. Bila tengok rupanya produk ni di bawa dari Nigeria patut lah harga mahal Maha beli hari tu untuk satu pek 100 biji RM56.00 termasuk pos. Tapi tak apalah nak rasa punya pasal beli juga dan habis pun wakakaka.


Kenapa Nestle Malaysia tidak keluarkan juga Milo dalam bentuk cube ini murah sikit nak beli hehehe. Apa pun Nestle Malaysia akan menganjurkan acara sarapan terbesar untuk tahun 2017 ni. Ada 7 lokasi yang bakal berlangsung antaranya adalah Pulau Pinang pada 19 Mac yang lepas, Kota Kinabalu 26 Mac, Kuching 2 April, Johor 8 April, Kuantan 16 April, Kota Baharu 6 Mei dan kemuncak Putrajaya pada 14 Mei nanti. Jom kita meriahkannya.