Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Larian. Papar semua catatan
Acara ‘Go Aktif Dengan Daia’ Bersama Duta Jenama Lisa Surihani
Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, menganjurkan larian mesranya yang pertama dengan tema “Go Aktif dengan Daia”. Acara ini diatur khusus bagi membolehkan ahli keluarga berkumpul bersama-sama dalam suasana riang, gembira dan penuh kemesraan. Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut menyertai acara itu menekankan kepentingan gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan. Beliau turut menunjukkan bagaimana pemakai hijab dan keluarga boleh kekal segar sepanjang hari walaupun sentiasa bergerak aktif, dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi bagi mengawal bau peluh.
Berjaya menarik penyertaan lebih 3,300 peserta, acara ‘Go Aktif dengan Daia’ menyajikan hari yang penuh dengan aktiviti menarik yang menggalakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-sama. Tumpuan utama acara tersebut ialah Daia Hijab All Day Freshness, penyelesaian berinovasi yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pemakai hijab dan keluarga mereka. Menerusi produk berinovasi ini, Daia menawarkan pilihan yang mudah dan praktikal kepada pengguna di mana mereka hanya memerlukan satu penyelesaian sahaja untuk mencuci hijab serta pakaian seisi keluarga. Formulasi kawalan bau peluhnya yang terkini berupaya menghapuskan bau peluh semasa cucian dan meneutralkan bau semasa pemakaian, memberikan kesegaran sepanjang hari. Ia menangani keperluan unik pemakai hijab dan keluarga mereka, membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan.
“Kami teruja dengan sambutan yang menggalakkan untuk acara ‘Go Aktif dengan Daia’ ini,” kata Pengarah Urusan Gentle Supreme Sdn Bhd, Mr Effendi. “Sememangnya, acara ini sangat menggembirakan apabila melihat begitu banyak keluarga hadir bersama-sama bagi meraikan gaya hidup aktif sambil menikmati detik-detik gembira dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami di Daia, memahami betapa pentingnya untuk kita berbau harum dan kekal segar, terutamanya untuk pemakai hijab semasa bergerak aktif. Menerusi produk berinovasi ini, kami komited untuk memberikan penyelesaian yang mudah dan berkesan bagi mengawal bau peluh, mempromosikan gaya hidup aktif sambil memastikan pemakai hijab dan keluarga mereka kekal selesa dan yakin sentiasa,” tambah beliau.
Acara ‘Go Aktif dengan Daia’ telah berlangsung dengan jayanya, menerima maklum balas yang positif daripada semua hadirin dan peserta. Duta Jenama rangkaian produk Daia, Lisa Surihani yang turut berkongsi keterujaan beliau terhadap acara tersebut menyatakan betapa beliau amat menghargai nilai gaya hidup aktif dan ikatan kekeluargaan yang dititikberatkan oleh Daia. Acara itu menandakan satu lagi pencapaian Daia dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian kepada pencucian pakaian dan penjagaan rumah yang berkualiti tinggi di samping mencipta pengalaman bermakna yang dapat memberikan inspirasi kepada keluarga dan individu untuk kekal aktif.
Daia Hijab All Day Freshness ialah detergen pencuci pakaian yang termaju, yang diformulasikan dengan Teknologi Smart Ion™ dan Kawalan Bau Peluh memberikan prestasi standard tertinggi kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh semasa cucian serta meneutralkan bau ketika dipakai. Ia menjadikan hijab dan pakaian anda bersih dan kekal segar sepanjang hari, walaupun semasa anda bergerak aktif.
Produk ini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair, yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan di dalam rumah. Ini menjadikan ia produk yang serba guna dan pilihan yang praktikal untuk pengguna yang inginkan hijab dan pakaian keluarga mereka kekal segar dan selesa sepanjang hari.
Mengumpul Dana Bagi Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Dalam Peraduan “Get Fit For Charity”
Seramai lebih 8,000 pelari dari seluruh Malaysia telah berkumpul untuk menzahirkan sokongan mereka kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh District Race Malaysia anjuran AIA Vitality, bagi menggerakkan perjalanan gaya hidup sihat demi mencapai suatu hasrat murni yang sama.
Kentang U.S. Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan TM Tower Run 2019
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada TM atas penganjuran acara besar-besaran untuk mereka yang memang suka menguji kekuatan fizikal dan mental. Yayasan TM Tower Run 2019 telah belangsung dengan meriahnya pada 10 November 2019 bertempat di Menara TM Bangsar. Selalu kita tengok orang marathon biasa jerkan berlari atas jalan tapi kali ini peserta perlu memanjat 1,296 anak tangga.

Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa usaha kita dalam memastikan memelihara alam sekitar selain daripada kitar semula. Sebenarnya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan karbon (CO2) dalam udara. Cara nak mengurangkan asap ni kita kena banyak menggunakan pengangkutan awam.
| Ucapan daripada Dato' Hj. Mohd Zain Hj. Hassan CEO Alam Flora Sdn Bhd |
Marina Island Pangkor Resort & Hotel Pulau Pelancongan Persisir Pantai
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha ni jarang nak berjalan ke jauh-jauh travel naik kereta sendiri tapi kali ni rasa macam teruja pula untuk pergi ker satu bandar persisir pantai dalam daerah Manjung Perak iaitu Lumut. Pergi pun bukan saja-saja tau sebenarnya ia adalah perjalanan Maha untuk menyertai buat pertama kalinya Lumut Eco Run 2019.

Kids Eco Dash Di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas Capai Matlamat Penuh Kemeriahan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas pada 28 Oktober 2017. Acara larian yang melibatkan kanak-kanak berlari “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang menarik, selamat dan menyediakan pengalaman “educational” kepada para peserta cilik.


Sepertimana acara larian kanak-kanak yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan. Ini bukan hanya untuk dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan dapat bersuai kenal dengan ibubapa yang lain. Sekaligus dapat membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa lain, pengagihan race-kit dan sebagainya.



Acara ini juga mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.

Dengan adanya acara seperti ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai kempen media sosial #SayangMalaysia.


Dalam konteks ini, ibu bapa adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada pengikut masing-masing melalui media sosial mereka. Oh ya! Sebelum ini untuk siri pertama ia telah diadakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.
Acara utama bagi Kids Eco-Dash kali ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:-
1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km
1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km
Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.


Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off. Bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini telah disertai oleh 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.

MOTAC berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Ramainya
Siapa Dia
Catatan Popular
-
Entry kali khas aku buat semua blogger sempena dengan tahun baru yg akan tiba tak lama lagi. Maka aku nak buat satu servay yg bertujuan ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekali. Walaupun dalam ekonomi yang...
-
Sempena dengan perubahan domain baru ini maka Mah@mahu hendak menganjurkan satu bukan contest atau GA tapi bloglist. Sebab Mah@mahu telah m...
-
Tak terlambat lagi rasa kita nak tunjukkan semangat syg dan cintakan kita kepada negara sendiri. Bersamaan dengan bulan kemerdekaan dan kiba...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan tentang produk FLAVORIS...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sambung lagi Food Trail di SkyAvenue Mall Gen...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni bukan Maha nak buat aduan tapi nak l...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau bercuti atau berjalan-jalan di puncak G...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa masih tak kenal lagi Haqqi ni. Mai sini ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengar pepatah orang puteh ada ...





