Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Khas buat pecinta haiwan peliharaan terutama kucing yang mencari keperluan seperti makanan, makanan basah, pasir kucing dan juga barang penjagaan kucing korang mesti kena singgah kat kedai Brown Petshops ini.
Cafe & Cat Garden Konsep Menampilkan Makanan Dan Taman Mainan Kucing Yang Comel - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ini Maha dapat jemputan untuk satu lagi majli pembukaan cafe yang lain dari lain. Ini kerena di Cafe & Cat Garden ini adalah konsep makanan cafe dan juga taman mainan untuk kucing2 yang comel2 berlaka.
Walaupun kat KL trend ini semakin mendapat tempat dihati peminat kucing di Malaysia tapi Maha ini adalah pertama kali dapat datang cafe yang ada dua konsep dalam satu tempat. Jadi teruja sangat masa datang majlis memperkenalkan cafe ini kepada semua peminat. Bukan sahaja peminat kucing tapi juga peminat makanan tempatan terutama makanan pantai timur seperti Maha ini.
Cafe & Cat Garden ini terletak di kawasan baru iaitu alamatnya :-
No.95G, Jalan PUJ 3/3,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor
Dekat jer dengan rumah Maha yer hehehe. First sampai teruja sebab Maha ni suka makan dan juga suka kucing ni hehehe. Dapat lak tengok kucing2 yang comel dan cute2 ada kat sini lagi teruja. Pemilik cafe ini iaitu En Zul dan En Azizi telah mengusahakan perusahaan berkaitan kucing seperti Pet Shop dan juga Hotel Kucing sekitar Bukit Jalil dan Kinrara sejak berbelas tahun yang lalu. Tapi sekarang baru ada kesempatan untuk membuka cafe berkonsepkan seperti ini.
Di dalam cafe ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu ruangan cafe disebelah dan juga ruangan kucing yang terkurung disebelah. Jadi kalau sapa2 datang nak makan kat sini boleh makan sambil tengok telatah kucing daripada luar sahaja. Kalau nak masuk dalam pun boleh tak ada masalah sebab ia terbuka tapi ada beberapa syarat yang ditetapkan untuk masuk dan keluar dari kawasan kucing tu.
Menurut pemilik cafe setakat ini ada lebih kurang 10 ekor kucing ditempatkan di sini dan kucing2 ini adalah milik meraka sendiri. Ada macam2 jenis dan baka kucing Maha suka sangat tengok. Terutama yang putih gebu tu memang comelnya geram nak peluk jer rasa. Kalau korang ada rasa macam mana yang Maha rasa tu memang wajib untuk datang sini. Kucing yang ditempatkan di sini dijaga rapi dan dibersihkan selalu untuk menjaga kesihatan kucing dan pengunjung di sini.
Itu bahagian kucing sekarang kita masuk bahagian cafe untuk makan lak. Kalau ikutkan kepada konsep cafe ini adalah makanan yang disediakan semuanya dari ngeri Pantai Timur dan juga makanan barat. Antara menu tradisi yang dikomersialkan di sini seperti Laksam, Ubi Kayu Rebus, Ketupat Sotong dan banyak lagi. Menu utama pula adalah seperti Nasi Kerabu, Nasi Gulai yang berasaskan sumber ayam dan daging serta Nasi Lemak kukus.
Bagi menu Barat sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Malaysia khususya. seperti Spaghetti, Lamb Chop, Chicken Chop dan banyak lagi. Yang paling utama adalah coffee yang diimport seperti Cafe Latte & Capuccino untuk pencinta tegar coffee. Tapi Maha kurang sikit kopi2 ini minum air kosong jer hehehe.
Apa pun bagi Maha konsep seperti ini sangat2 bagus dan juga ia menjadi kelainan kepada peminat makanan dan juga pencinta haiwan seperti kucing. Kalau rasa nak datang boleh sahaja waze lokasi ini dan ia akan mula dibukan bulan June ini. Untuk Ramadhan juga mereka ada menyediakan Buffet Ramadhan yang berpatutan harganya. So boleh lah plan2 untuk datang sini ok. Selamat membelai kucing kat sini hehehe.
Kucing Juga Perlukan Diet Makanan Seimbang Iaitu Pemakanan Bercampur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita asyik duk sibuk pasal pemasakan sihat untuk diri kita jer tapi tak kisah pula pada haiwan peliharan kita. Sapa yang ada kucing kat rumah? Mesti korang tahu rebus ikan dan gaul dengan nasi jer bagi kucing korang makan betul tak.
Sebenarnya kucing ini perlukan diet makana yang betul mengikut usia mereka. Jadi jangan pakai bagi jer memang kita nampak kucing kita sihat luaran tapi dalaman sebaliknya. Maha pun tak pandai tapi kita kena rajin research dan baca lah kan. Maha pun ada kucing juga banyak 3 ekor tapi yang sekor ini saja yang agak agresif bila ajak bergambar hehehehe. Nama kucing Maha ni Boby warna hitam dan berstoking. Usianya dah 2 tahun muka nampak garang tapi manja nak mampos.
Sebelum ni Maha bagi Boby makanan biasa lah ikan rebus dan juga nasi kosong. Tapi selepas tahu semua ini baru Maha mula ubah diet makanan kucing kesayangan ni. Korang teka berapa berat boby sekarang hehehe. Sebenarnya Boby ni susah nak makan wet food tambah2 yang bungkus ini tapi tak tahu kenapa bila Maha bagi Whiskas ini memang dia selera lain sikit.
Kalau korang nak tahu sepatutnya dalam diet makanan kucing kita perlu ada keseimbangan antara makanan kering dan basah ini. Jadi yang sepatutnya ada dalam hidangan kucing ini adalah 30% wet food + 70% dry food. Kenapa kena macam tu lak. Ini kerana makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing korang air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat.
Selalu orang kata kalau bagi makanan kering atau biskut ni boleh datangkan batu karang pada kucingkan. Tu betul kucing memerlukan 70% makanan basah kerana meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang.
Kucing juga perlu makan mengikut peringkat usia mereka dan juga berat mereka. Maha tengok fakta ini dapat serba sedikit membantu dalam menjaga pemakanan kucing Maha agar sihat luar dalam. Maha baru tahu sebenarnya kucing ini memerlukan 200-350 Kalori dalam sehari. 40% kalori ni datang dalam daging atau ikan yang dibekalkan kepada kucing korang. So ini serba sedikit membantu Maha dalam mendapat ilmu menjaga kucing ini.
Whiskas adalah pengambilan makanan yang mengandungi semua ini dan membantu kucing untuk sihat dan aktif. Ada produk makanan kering dan juga basah keluaran Whiskas. Jadi lepas ni kena beli kedua2nya dan campur dalam satu makan setiap hari. Kalau korang nak lebih info tentang semua ini boleh layari www.waltham.com sebab Maha pun dapat info ini kat sini juga. Lepas ni kita kena prihati terhadap diet seimbang untuk kucing kita ok. Rindu kat Boby lak hehehehe....
Salam sejehtera kepada semua pembaca blog Mahamahu, rumah di ceroboh malam tahun baru itulah yg Mahamahu hadapi pada malam tahun baru yg lepas. Citenya mcm ni, malam ambang tahun baru lepas Mahamahu kuar ngan kawn pergi celebrate kat Putrajaya. Sekadar nak pergi tgk bunga api maklumlah setahun sekali je kan. Kalau nak tgk video bunga api kat Putrajaya Mahamahu sempat rakam selama 10 minit persembahan bunga api menarik gila.
Lepas tu kami pun blik lah lepas habis persembahan bunga api, kami singgah mengeteh dulu kat mamak area Bukit Jalil ni. Nak basahkan tekak sikit dah penah countdown hehehehe padahal jauh tgk bunga api. Lepas makan tu kami pun terus blk rumah and sampai rumah jer kami sempat rehat kejap tiba2 saja kami di kejutkan.
Kejutkan oleh bunyi yg pelik sgt kat depan rumah ingat bunyi apa, maklumlah dah pukul 2 pagi memang takut lah dengar bungi yg garau2 jer. Kami pun tekat untuk buka pintu rumah ye lah dengar bunyi kesian sgt sebab bunyi merayu-rayu. Rupanya bila buka kami terkejut besar lah tgk2 sekor kucing warna coklat ada depan rumah. Kami ni pantang bila ada kucing comel2 ni kat depan rumah dengan keadaan lapar sekali.
Kami pun bagilah makan kepada kucing tu kesian tgknya dah lah comel geramnya. Kalau kawan2 tgk pun dalam gambar tu memang comel kan. Kucing betina ni warna coklat dan ada kacukan persian sikit bila tgk muka kucing ni. Ni adalah kali ke empat rumah Mahamahu di datangi oleh kucing2 comel tak tahu kenapa tapi memang selalu dtg semua yg comel2 and cute2 geram lak nak bela rasa.
Tapi tgk pada kucing tu ada rantai leher dan bulu yg cantik mesti ada pemiliknya. Maka Mahamahu pun tekat tak nak ambil tapi jaga untuk satu malam sebab kesian tgk terbiar. Keesokan hari Mahamahu pun buat iklan kat kawasan rumah tanya siapa ada hilang kucing berwarna coklat. Kurang sejam ada tuan datang tuntut, kata tuan ni kucing ni dah hilang 2 hari dari rumah dia sebab dia baru pindah kat area rumah Mahamahu dan kucing ni tak biasa kat kawasan tu sebab tu sesat kot. Kata tuan tu kucing ni namanya Tuki tapi Mahamahu panggi kucing tu Koko suka nama tu hehehe..
Apa pun seronok dpt semalam bemanja dengan kucing tu tidor pun lewat mlm duk layan kucing comel. Dah lama rumah Mahamahu tak ada kucing selepas 2 ekor kucing kesayangan di hantar pulang ke kg sebab tak daya nak jaga sibuk hari2 sian lak tgk kucing terkurung dalam rumah jer. Bila ada kucing sesat ni rasa mcm teringin lak nak bela kucing tapi bukan masa tunggu lah. Apa pun Mahamahu pecinta kucing anda bagaimana? hehehhehe....