Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Khalis Santan Sawit. Papar semua catatan

Mat Saleh Yang Tak Suka Durian Pasti Akan Suka Lepas Cuba Resepi Serawa Durian Dan Pulut Ini

Mat Saleh Yang Tak Suka Durian Pasti Akan Suka Lepas Cuba Resepi Serawa Durian Dan Pulut Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita pernah tonton banyak video yang di viralkan bahawa Mat Saleh mengatakan Durian adalah buah yang paling busuk baunya. Tapi lain pulaknya bagi orang Asia terutama Asia Tenggara yang memang menggilai buah Durian ini.


Jadi kerana video viral itulah Maha share satu resepi menggunakan raja buah ini dengan satan yang menjadikan resepi korang lebih sedap. Sebelum ni Maha ada cite pasal resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi menggunakan Khalis Santan Sawit ini. Kalau korang ingat lagi tentang santan sawit ini banyak sangat kelebihan. Maha senaraikan semula keistimewaan Khalis Santan Sawit ini untuk rujukan korang yang nak mencubanya.

  1. 50% lebih jimat penggunaan dari santan biasa
  2. Bebas kolestrol
  3. Rendah lemak
  4. Tidak perlu sejuk beku hanya simpan dalam peti sejuk biasa
  5. Lebih sedap
Yang penjimatan tu Maha sendiri dah cuba untuk resepi sebelum ini dan ia terbukti. Memang kita boleh kurangkan penggunaan daripada sukatan biasa, contohnya kalau sebelun ini kita masak lemak menggunakan 1 cawan santan biasa tapi dengan Khalis Santan Sawit ini hanya menggunakan separuh dari sukatan tersebut. Tapi hasil yang kita dapat sama dan juga kesedapan pun masih sama.


Jadi tak rugi mencuba santan sawit ini . Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk masak resepi Serawa Durian dan Pulut.

Bahan2 membuat resepi Serawa Durian :-
1 biji Durian
250ml Khalis Santan Sawit
1 ketul Gula Melaka
2 helai Daun Pandan
1 sudu Gula Putih
300mlm Air Kosong
Garam secukup rasa

 

Bahan2 memasak Pulut :-

500gram Beras Pulut
2 helai Daun Pandan
Air Kosong



Tu untuk bahan2 yang perlu disediakan sebelum masak. Sekarang Maha sediakan video ringkas untuk korang memasak resepi ini dengan mudah. Jom tonton video ini.


Finally siap resepi untuk membuat Serawa Durian dan Pulut. Mudah bukan dan senang gila nak sediakan resepi ini. So lepas ini kalau Mat Saleh nak cuba Durian ini kita syorkan resepi Serawa Durian ini mesti mereka akan suka. Lagi sedap kalau gunakan Khalis Santan Sawit ini yang tahan lama. Kalau korang baru beli simpan santan sawit ini dalam peti sejuk boleh tahan 5 bulan dan kalau dah buka dan gunakan separuh kita simpan dalam peti sejuk boleh tahan selama 1 bulan.


Mana nak dapatkan santan sawit ini? Korang boleh beli di pasaraya besar ini kerana dah banyak tempat ada jual. 

MYDIN | MY MYDIN  | TESCO | TESCO Extra  | GAINT | AEON Big | Pacific | Pasaraya Hero | UO Superstore | The Store | Jaya Grocer

Ada dua packet saiz iaitu 320ml dan 1000ml. Jadi korang boleh guna banyak masakan dengan santan ini. Semua hidangan boleh tak ada masalah pun rasa sedap juga. Sapa ada resepi yang menggunakan santan boleh share ngan Maha ok. Nanti Maha akan reviewkan. Selamat mencuba semua ok.

Dapatkan info lanjut di sini :-







Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama

Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Resepi yang Maha masak kali ni mesti ramai orang suka Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang pasti sedap. Sedap kenapa kerana kali ni Maha tak gunakan santan kelapa biasa tapi santan sawit.


Maha menggunakan Khalis Santan Sawit yang dihasilkan dari sawit terpilih yang mengandungi lemak yang sangat rendah dan bebas kolesterol. Ia juga diperkaya dengan Vitamin semulajadi A & E. Santan ini special yang menyebabkan Maha suka guna dalam masakan kerana ia hanya menggunakan separuh daripada sukatan santan biasa. Maksudnya kalau selalu kita masak lemak ini memerlukan 1  cawan santan biasa tapi dengan Khalis Santan Sawit ini hanya separuh dari jumlah tersebut sahaja.


Lagi santan ni Maha hanya perlu simpan dalam peti sejuk biasa sahaja tak perlu letak kat tempat sejuk beku. Banyak sebenarnya kelebihan santan sawit ini yang buat Maha mula beralih kepada produk yang dijamin sedap ini. Sebab tu resepi yang Maha share kali ini memang menggunakan santan sawit ini. Resepi ini juga sesuai untuk korang buat hidangan buka puasa atau hidangan sahur. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk resepi kali ini.

 


Bahan2 membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-
400gram Daging Salai
2 batang Serai
250ml Khalis Santan Sawit
2 keping Asam Keping
10 biji Cili Padi
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
1 ulas Bawang Putih
250ml Air Kosong

Garam secukup rasa
Sehelai Daun Kunyit



Tonton cara2 untuk memasak resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-


Dah siapkan mudah jer cara nak menyediakan hidangan popular dari Negeri Sembilan ini. Lagi sedap kalau menggunakan Khalis Santan Sawit ini. Kat pasaran dah boleh dapatkan stock santan ini dalam pack 320ml dan juga 1000ml. Mana nak dapat korang boleh pergi ker pasaraya2 besar seperti ni:-

MYDIN | MY MYDIN  | TESCO | TESCO Extra  | GAINT | AEON Big | Pacific | Pasaraya Hero | UO Superstore | The Store | Jaya Grocer

Maha suka guna santan ini sebab ianya tahan lama. Kalau beli dan tak buka lagi boleh simpan selama 5 bulan dalam peti sejuk. Kalau dah buka dan guna separuh tu kita masih boleh simpan lagi selama 1 bulan dalam peti sejuk. Jadi memang tahan lama dan menjimatkan. Selain dari masak masakan seperti ini santan ini juga boleh buat banyak lagi masakan seperti pencuci mulut. Nantikan next entry Maha untuk resepi Serawa Durian dan Pulut dengan menggunakan santan ini. So apa lagi selamat mencuba resepi ini dan juga mencuba Khalis Santan Sawit.

Dapatkan info lanjut di sini :-