Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Malaysia. Papar semua catatan

Dulu Peniaga Makanan Kecil Kini Mampu Jana Ribuan Ringgit Dengan #YOUCANDUIT

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha pernah baca satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengusaha makanan di laman Facebook miliknya. Bagaimana beliau membina perniagaan daripada seorang peniaga kecil gerai tepi jalan sehingga kepada pengusaha online berjaya.

Kisah bermula pada tahun 2015 masa tu Kak Mah (bukan nama sebenar) mengusahakan gerai makanan tepi jalan Taman Sentosa. Menjual makanan seperti Nasi Lemak, Meehun Goreng dan juga kuih muih tradisional. Peniagaan dibawah sekaki payung yang mampu memuatkan sebuah meja dialas dengan plastik.

Gambar sekadar hiasan

Selama ini peniagaan Kak Mah sangat memberansangkan dengan pelangan setia yang selalu datang membeli makanan di gerai beliau. Sehingga suatu hari beliau didatangi oleh pegawai penguat kuasa yang mula membuat pemeriksaan terhadap status peniagaannya yang tidak berdaftar. Hari itu sangat malang buat Kak Mah dan kini peniagaannya hanya tinggal nama sahaja.

Namun Kak Mah bangkit semula dengan mula mendaftar perniagaannya di SSM dengan mendapat lesen pendaftaran yang sah dan mula membuat peniagaan makanan. Tetapi tidak sehebat dahulu ramai pelanggan tidak ketahui tentang peniagaannya yang beroperasi semula itu. Namun Kak Mah tidak kecewa malah terus berniaga sehingga satu hari beliau terbaca tentang #YOUCANDUIT di akhbar.

Apa yang Kak Mah tahu tentang kempen #YOUCANDUIT ini membuatkan beliau mula mendaftar dalam program eUsahawan dan menjadi sebahagian daripada 102 ribu orang peserta yang telah mendaftar semenjak 2017. Disitu beliau belajar bagaimana nak memasarkan produk dengan secara dalam talian atau online menggunakan teknologi.

Hari demi hari Kak Mah belajar banyak ilmu jualan menggunakan online dengan membuka akaun Facebook, Instagram serta jualan melalui digital ini. Sejak dari itu peniagaan Kak Mah mula dikenali ramai orang yang bukan sahaja pelanggan setia beliau malah ramai juga pelanggan baru yang datang membeli di gerainya sehingga luar daripada kawasan.

Kak Mah juga kini telah membuat jualan atas talian kepada pelanggan beliau yang mahu mendapatkan makanan. Semuanya adalah hasil daripada ilmu yang diperolehi melalui kempen #YOUCANDUIT. Dulu hanya dapat sekitar dalam puluh ringgit sahaja sebula kini beliau mampu menjana pendapat sehingga ribuan ringgit dalam masa yang singkat. 

Siapa sangka perubahan dan pengetahuan melalui ilmu digital ini sangat membantu usahawan bukan sahaja seperti Kak Mah malah ramai lagi peniaga diluar sana yang mahu mengembangkan peniagaan melalui peluang eUsahawan.


Kak Mah adalah antara 25,792 yang menjana pendapatan tambahan melalui program eUsahawan pada tahun 2017. Beliau juga antara senarai usahawan dengan jumlah jualan 175.3 juta yang terkumpulan pada tahun 2017 setelah mengikuti program dari MDEC ini. Hebatkan hanya dengan mengambil sedikit langkah untuk maju kini hidup Kak Mah telah berubah dan mampu menyaingi pendapatan orang yang bekerja makan gaji.

Program eRezeki


#YOUCANDUIT juga ada program selain usahawan iaitu eRezeki yang membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital melalui kaedah crowdsourcing. eRezeki ini adalah peluang untuk membuat pekerjaan secara dalam talian mengunakan internet yang kita guna hari-hari.

Di antara pekerjaan yang ditawarkan melalui eRezeki ini adalah :-

1)    Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

2)    Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

3)    Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

Semua golongan mampu untuk menambah pendapatan melalui eRezeki seperti anda yang penerima BR1M, golongan OKU, pesara, ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa dan ramai lagi. Juga anda yang bekerja tetap tapi mahu membuat 2 kerja bagi mendapat pendapatan tambahan juga boleh menyertainya.


Setakat 2017 seramai 98,580 orang telah dilatih dibawah program eRezeki ini dan 62,709 orang telah dapat menjana pendapatan tambahan yang memberangsangkan. Terbaru eRezeki memperkenalkan program Tour Buddy dimana anda akan dilatih menyediakan perkhidmatan pelancongan persendirian di platform antarabangsa melalui ruangan digital. Mungkin korang berminat dalam bidang pelancongan dan bertemu dengan pelancong dari luar negara boleh masuk program ini.

Kalau rasa sekarang ini susah nak dapat pekerjaan atau nak cari duit, masanya untuk korang mendaftar dengan MDEC di laman www.youcanduit.mdec.my. Korang juga boleh dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan atau eRezeki di laman Facebook @YouCanDuitMY. 

Sokongan Selebriti Tanahair Terhadap #YouCanDuit


Selebriti seperti Caprice yang suka buat video dengan slang mat salehnya juga beberapa artis lain seperti Fizo Omar, Azrul Raja Lawak dan Syuk turut menyokong program ini. 



Mungkin mereka boleh membantu korang membuat keputusan. 

Pendaftaran dan pertanyaan layari :-
Hashtag : #YouCanDuit







Copyright Salah Satu Khidmat MyIPO Kepada Penggeluar Hasil Sastera, Muzik Dan Filem

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ini Maha ada tulis pasal MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang menjaga banyak akta untuk paten, tanda dagangan, hak cipta dan banyak lagi. Salah satu khidmat yang penting disediakan oleh MyIPO iaitu menjaga Hak Cipta atau Copyright.


Mari kita lihat lebih dalam lagi apa yang di maksudkan dengan Hak Cipta ini. Maksud Hak Cipta dalam MyIPO adalah hak eksklusif untuk mengawal kerja-kerja kreatif yang dicipta oleh penulis, pemilik hak cipta dan pelaku untuk tempoh tertentu yang ditadbir di bawah Akta Hak Cipta 1987. Maka semua ini terpakai dibawah Akta Hak Cipta.

Siapa pula yang layak untuk mendaftar dibawa aktar ini? Mereka yang layak untuk menggunakan khidmat melindungi Hak Cipta ini iaitu mereka yang berada dalam karya sastera, kerja-kerja muzik, kerja seni, kerja perfileman, rakaman bunyi, siaran (broadcast) dan kerja derivatif. Jadi kalau anda ada mencipta satu lagu atau muzik boleh daftar dibawah akta ini untuk lindungi karya seni anda.

Tempoh Hak Cipta


Semua karya yang telah di daftar di bawa akta ini akan dilindungi mengikut waktu yang ditetapkan dan terbahagi kepada 3 bahagian utama. Namun kebanyakan ia menjaga untuk tempoh yang sangat lama dan kita pun belum tentu ada waktu tesebut tapi hasil karya masih dilindungi.


1) Karya Sastera, Muzik dan Artistik
Umumnya, kategori karya hak cipta ini mencerminkan kepada manusia yang akan wujud selama kehidupan penulis ditambah 50 tahun setelah kematiannya. Jadi hasil kaya akan dilindungi selagi orang tersebut masih hidup dan ditambah 50 tahun lagi setelah ia pergi.

2) Filem, Rakaman Bunyi dan Pelakon
Kategori karya hak cipta ini akan wujud selama 50 tahun dari kerja diterbitkan, diperbetulkan dalam penetapan untuk filem dan rakaman bunyi. Bagi pelaku, kerja hak cipta akan wujud daripada persembahan yang dilakukan atau penetapan dalam rakaman bunyi.

3) Siaran (Broadcast)
Bagi hak cipta dalam siaran, perlindungan itu berlaku dalam cara penghantaran sama ada melalui wayar atau cara tanpa wayar, tempoh selama 50 tahun akan dihitung dari yang mana siaran pertama kali dibuat.

Hak Pemilik Selepas Hasil Didaftarkan Hak Cipta


1) Hak Hukum
Pengarang, pemilik hak cipta dan pelaku diberi hak eksklusif untuk dikendalikan di bawah undang-undang hak cipta. Hak-hak undang-undang yang diberikan kepada mereka termasuk hak untuk menguatkuasakan karya berhak cipta mereka dalam kes-kes pelanggaran sama ada oleh tindakan sivil atau jenayah. Dari segi pendakwaan jenayah, dilakukan oleh Divisi Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (MTDCC) atau Polri Diraja Malaysia.

2) Hak Ekonomi
Hak ekonomi yang diberikan kepada pemegang hak termasuklah hak-hak pengeluaran semula, hak komunikasi kepada orang awam, hak untuk melaksanakan, memperlihatkan atau bermain kepada orang awam, hak-hak pengedaran dan hak sewa komersial. Hak ini boleh dilaksanakan dalam tempoh perlindungan yang dikawal di bawah Akta Hakcipta 1987. Hak-hak ekonomi membolehkan pemilik hak mendapatkan ganjaran kewangan daripada penggunaan karya-karyanya oleh pengguna atau tujuan komersil. Bentuk hak ekonomi boleh dilakukan melalui penyerahan, pelesenan dan pelepasan wasiat.

3) Hak Moral
i- Hak Persahabatan
Hak ini membenarkan pengarang menuntut hak keaslian penciptaannya.

ii- Hak Integriti
Hak ini memberi kuasa kepada pengarang untuk menghalang mana-mana pengguna daripada penyimpangan, penolakan atau pengubahsuaian lain karya-karyanya di mana hasil pengubahsuaian akan mengubah kerja asal dengan nyata dan menjejaskan kehormatan atau reputasi penulis.


Pelanggaran Hak Cipta


Siapa pun yang menggunakan apa-apa karya hak cipta tanpa persetujuan atau kebenaran daripada pengarang, pemilik dan pelaku, ia mungkin merupakan pelanggaran di bawah Akta Hak Cipta 1987. Antara perbuatan pelanggaran yang diambil kira termasuk:

  1. Mengeluarkan semula dalam apa-apa bentuk, melakukan, menunjukkan atau memainkan atau mengedarkan kepada umum.
  2. Mengimport apa-apa artikel ke Malaysia untuk tujuan perdagangan atau keuntungan kewangan.
  3. Membuat jualan atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  4. Menjual, menyewa atau melalui perdagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau menyewa apa-apa salinan yang melanggar.
  5. Mengedarkan salinan yang melanggar.
  6. Memiliki, selain dari penggunaan pribadinya dan domestiknya, apa-apa salinan yang melanggar.
  7. Mempamerkan orang awam apa-apa salinan yang melanggar dengan cara perdagangan.
  8. Membuat atau mempunyai dalam milikannya apa-apa maksud yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan yang melanggar.
Jadi anda rasa Hak Cipta ini penting kepada hasil karya yang sekarang ni banyak digital dah boleh ditiru, diterbitkan atau disalahgunakan. Contoh kita boleh lihat sekarang ini kes buat facebook live dari panggung kepada laman facebook mereka. Siapa yang menanggung  kerugian yang besar dan siapa yang dapat untung atas angin. Jadi ini semua dapat melindungi harta walaupun dalam alam maya.


Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut selain daripada penerangan yang Maha sediakan ini atau kurang faham boleh terus ke laman web mereka atau laman sosial media yang disediakan. Moga ia dapat sedikit sebanyak membantu korang dalam memahami hak cipta. 






Kurang Pengetahuan Tentang Perbadanan Harta Intelek Malaysia MyIPO Banyak Produk Tiruan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ada lagi peniaga yang masih menggunakan nama Shell Out untuk menu mereka dan juga peniagaan untuk makanan laut yang tuang atas meja tu. Tahu ker anda bahawa Shell Out telah diberikan sijil pendaftaran cap dagangan secara rasmi untuk jenama SHELL OUT.


Maksudnya lepas ni kalau mana-mana pengusaha atau pihak lain yang nak menggunakan nama itu boleh dikenakan tindakan oleh pengusaha yang sah sekiranya didapati bersalah. Sebab itulah sangat penting yer bagaimana trademark atau bahasa kamusnya tanda dagang di patenkan. Masih banyak lagi pengusaha yang tidak sedar akan kepentingan untuk mendaftar harta intelek mereka daripada digunakan oleh pihak lain.
 

Kenali Sejarah Pebubuhan MyIPO

 
Mari Maha kongsikan sikit sejarah bagaimana pelindung harta intelek ini telah di tubuhkan di Malaysia. Sebelum tahun 1983 ia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Ianya kemudian telah ditukar namanya menjadi Pejabat Cap Dagangan dan Paten serta diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Industri.

Pada 27 Oktober 1990 kementerian telah disusun semula dan pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan menukar namanya kepada Bahagian Harta Intelek.

Bahagian ini telah dikorporatkan pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM), dengan penguatkuasaan akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Perbadanan mengambil langkah pertama penjenamaan semula apabila singkatan PHIM menjadi MyIPO pada 3 Mac 2005 di Hari Harta Intelek Negara yang pertama.


MyIPO adalah sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek i.e. paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan reka bentuk susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Jadi korang dah tahukan apa pentingnya pendaftaran harta intelek ini dan mana badan yang bertanggungjawab. Mereka juga menguruskan beberapa akta yang berkaitan untuk peniaga dan pengguna di Malaysia seperti :

  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000
  7. Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

 

Tanggunjawab Kita Sebagai Pemilik

 

Apa pentingnya perlindungan ini kepada kita mesti ramai tanya betul tak terutamanya peniaga. Selain daripada untuk di elak daripada disalah gunakan oleh pihak lain mengambil keuntungan atas jenama atau produk yang kita laksanakan ia juga bagi mengekalkan kreativiti dan intelektual rakyat Malaysia. Kalau tak dilindungi makin banyak pihak tidak bertanggung jawab memanupulasi hasil orang lain dan makin maju orang lain betul tak.

Kesedaran ini masih pada tahap rendah lagi tapi ada mereka yang dah tahu akan kepentingan pendaftaran harta intelek ini. Maha pun lepas ni kena daftar jenama MAHAMAHU mana tahu kalau tiba-tiba ada orang guna nama ini untuk kepentingan sendiri. Kita makan angin jer orang lain kaut keuntungan beganda-ganda.


Di Malaysia ini mereka masih tidak mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendafatar harta intelek mereka tapi di sesetengah negara ia telah dikuat kuasakan seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Sebenarnya nak mendaftar harta intelek ini tidak kira kecil atau besar sesebuah syarikat itu, pendaftaran harta intelek adalah penting kerana ia merupakan milik atau hak eksklusif bagi membolehkan pihak terbabit mendapatkan bayaran royalti jika digunakan pihak lain.

Sekarang ni korang dah tahu kat mana nak daftar harta intelek ini dan badan yang bertanggunjawab menguruskan sekiranya ia berlaku tuntutan atau penyalah gunaan jenama kita. Tapi nak info lanjut lagi korang boleh pergi ke lawan web rasmi mereka dan hubungi mereka seperti dibawah. Jangan lupa tanggungjawab kita untuk mendaftar pula ok.

Pertanyaan dan maklumat lanjut layari :





Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 Bakal Lebih Meriah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan September hingga Oktober tahun ini akan belangsungnya satu lagi aktiviti besar-besaran kerajaan dalam mengiktiraf pengusaha dalam industri pertanian, penternakan dan nelayan. Akan diadakan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 yang bertempah di MAEPS Serdang.


Sebelum ni kita selalu dengar MAHA jer kan tapi kali ini akan ada HPPNK 2017. Sasaran kerajaan setengah juta pengunjung yang bakal memeriahkan program selama 4 hari ini. Menurut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan dalam program tersebut.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Akan ada anugerah kepada hasil inovasi pertanian, penternakan dan nelayan yang inovatif dan mampu menaikan daya saing hasil pertanian negara. Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan.



Ni part Maha kena pergi iaitu sambutan hari tu juga akan diadakan MyFF iaitu Malaysia Food Festival dimana semua pengusahan dan vendo makanan dari seluruh negara akan diberi peluang untuk menyertai dan menghidangkan makanan masing-masing. Para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia.



MyFF ini berinspirasikan kepada elemen seperti :- 

  1. Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  2. Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  3. Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  4. Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  5. Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera. 
  6. Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram. So korang boleh set dalam kalender untuk event seperti berikut :-

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017
Tarikh : 29 September hingga 1 Oktober 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam  
Lokasi : MAEPS Serdang








GST Kesannya Kepada Harga Makanan Di Restoran

GST Kesannya Kepada Harga Makanan Di Restoran - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tengah panas sekarang ini isu GST di perceritakan dalam akhbar, media elektronik dan tidak kurang juga dalam laman social semua mencertikan pasal GST. Cukai Barangan & Perkhidmatan bakal berkuat-kuasa 1 April 2015 ini beberapa hari saja. Melibatkan semua rakyat Malaysia kerana ada beberapa harga barang naik, ada yang kekal pada harga asal dan tidak kurang yang turun harga.


Maha bukanlah orang yang pandai untuk bercerita tentang GST ini tapi sekadar kongsi pengalaman semasa membuat review tentang tempat makan menarik. Selepas sahaja pengumuman GST di lakukan oleh kerajaan maka banyak pihak terutama pengusaha restoran telah mengambil langkah drastik. Ada yang buat promosi dengan harga yang baru dan tidak kurang juga yang langsung tidak membenarkan kami ambil harga makanan kerana ia akan berubah selepas GST.

Jadi ada sesetengah pengusahan restoran ini telah tahu akan harga yang akan naik dan tidak benarkan kami untuk memaparkan harga makanan mereka sebab bimbang akan mengelirukan pengunjung setelah di kenakan GST nanti. Sebab itu banyak review Maha tak ada tulis harga cuma nama makanan sahaja dan juga ingredient yang di guna pakai. Ini kerana bimbang akan memberi kekeliruan kepada pengunjung restoran tersebut.


Maha tak salahkan pengusaha restoran tersebut ia pasti terjadi setelah GST betul2 akan di guna pakai selepas 1 April 2015. Tapi kalau anda perasan ada Service Charge yang di kenakan oleh pengusaha restoran sebanyak 10% di dalam resit anda. Sebenarnya Maha baru tahu itu adalah service charge yang di kenakan oleh pengusaha restoran untuk bayar kepada pekerja mereka dan ia bukan cukai yang di bayar kepada kerajaan. Jadi kata mereka pengguna berhak untuk tidak membayar service charge tersebut sekiranya layanan tidak memuaskan dan service di restoran itu adalah buruk.

Ingat kita ada kuasa untuk membuat pembelian dan juga memastikan apa yang di bayar adalah setimpal dengan apa yang kita dapat. Jangan terpedaya dengan pengusaha yang hanya nak kaut keuntungan tetapi tidak bagi service dan barangan yang terbaik kepada anda. Jadi jangan jadi alasan GST untuk mencekik pengguna dan anda sebagai pengguna ada hak untuk buat aduan kemana-mana restoran yang bagi cas melebihi sepatutnya sedangkan mereka tidak mendaftar untuk layak mengenakan GST kepada pengguna. Jadi pengguna bijak dan guna kuasa kita sebagai pengguna.