Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani. Papar semua catatan

Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 Dengan Tema Segalanya Wanita

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa masih ingat lagi semasa pergi Karnival MAHA 2016 dua tahun dulu. Kalau korang tak ingat atau lupa Maha ada ceritakan di blog kemeriahan sambutan acara dwi tahunan itu yang sangat meriah dan gilang gemilang.


Tahun ini ia kembali lagi dalam kalender negara sebagai event pertanian terbesar di Malaysia. MAHA 2018 tahun ini membawakan tema Segalanya Wanita, ini kerana bertepatan dengan tahun ini sebagai tahun memperkasakan wanita.


Jadi Maha sebagai orang yang memang suka pergi acara seperti ini sangat menantikannya. Tahun ini mereka menganggarkan lebih daripada 3.5 juta pengunjung selama 11 hari karnival ini akan berlangsung. Macam biasalah ia akan diadakan di lokasi yang strategik iaitu MAEPS Serdang dan bakal dipenuhi usahawan dengan sasaran 30% daripadanya datang dari golongan belia.


Baru-baru ini Maha sempat menghadiri Majlis Pra Pelancaran MAHA 2018 yang telah diadakan di Pavilion Sarawak MAEPS Serdang. Majlis ini dilancarakan oleh orang kuat disebalik karnival gilang-gemilang ini iaitu Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 



Dalam ucapan beliau juga turut menegaskan tentang kepentingan wanita dalam dunia pertanian ini yang segalanya mampu mereka lakukan. Betapa besarnya pengorbanan dan kesungguhan wanita dalam kehidupan keluarga sehingga hari ini kaum wanita mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan ini.




Mereka juga turut memperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Juga sama turut diraikan 11 penaja utama acara terbesar negara ini. 


Jadi tahun ini orang perempuan kena datang beramai-ramai ke MAHA 2018 yang akan berlangsung pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 hujung tahun ini. Ini bagi menunjukkan tanda sokong kepada memartabatkan perjuangan dan usaha wanita dalam mengembangkan ekonomi negara juga. MAHA tahun ini mensasarkan jualan lebih daripada 300 juta dari semua produk dan industri.


Bagi Maha sendiri tak rugi datang acara ini kerana bukan setakat dapat membeli tapi kita juga boleh dapat ilmu kerana kita dapat tahu teknologi dan sistem baru yang mereka guna dalam industri agriculture di negara kita. Pulak tu ada lebih daripada 1,500 gerai jualan yang akan dibukan dengan pelbagai aktiviti menarik.



Merancakkan lagi MAHA 2018 kementarian telah merancang karnival bergerak ditiga lokasi untuk acara jelajah Road To MAHA 2018. Di antara lokasi yang telah dan akan berlangsung adalah di Lundu Sarawak (24-25 Mac 2018), Teluk Intan Perak (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman Terengganu (5-7 April 2018). 


Berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka booth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:-
SEKRETARIAT MAHA 2018
Contact No. : 012-2787936
Email : maha.sales.team@gmail.com 








Kids Eco Dash Di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas Capai Matlamat Penuh Kemeriahan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas pada 28 Oktober 2017. Acara larian yang melibatkan kanak-kanak berlari “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang menarik, selamat dan menyediakan pengalaman “educational” kepada para peserta cilik.



Sepertimana acara larian kanak-kanak yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan. Ini bukan hanya untuk dapat memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan dapat bersuai kenal dengan ibubapa yang lain.  Sekaligus dapat membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa lain, pengagihan race-kit dan sebagainya.




Acara ini juga mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.


Dengan adanya acara seperti ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi  pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai kempen media sosial #SayangMalaysia.



Dalam konteks ini, ibu bapa adalah digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada pengikut masing-masing melalui media sosial mereka. Oh ya! Sebelum ini untuk siri pertama ia telah diadakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Acara utama bagi Kids Eco-Dash kali ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:-

1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km
2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km
3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam.



Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off. Bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini telah disertai oleh 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.


MOTAC berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.









Sate Tuna Bakal Beri Pulangan Lumayan Kepada Usahawan Berani

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalia. Tajuk pun dah menarik sapa sini pernah rasa Sate Tuna. Ini betul yer Maha sendiri dah rasa Sate Tuna ni kalau sapa pernah pergi MAHA 2016 lepas. Masa itu ia baru dipekenalkan kepada peminat sate di Malaysia.


Rupanya sate ini bukan daripada luar negara ia adalah hasil inovasi daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Menurut penyelidikan yang dilakukan Sate Tuna ini dihasilkan 100% daripada isi ikan Tuna Sirip Kuning atau Yellowfin Tuna yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi sebanyak 42% serta rendah kalori berbanding sate ayam dan sate daging.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (kanan)


Jangan tak percaya sebenarnya bekalan daging ikan tuna ini diperolehi daripada perairan tempatan iaitu Sabah. Baru-baru ini telah belangsung majlis pelancarkan Promosi Sate Tuna yang diadakan di Restoran Satay Station cawangan Ampang Waterfront. VIP yang hadir bersama adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan dan Zulkarnain Abdullah, Pengurus Besar Satay Station Sdn. Bhd.



Bagi merancakkan lagi promosi dan memperkenalkan sate ini kepada masyarakat Malaysia kerjasama syarikat usahawan Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2.


So lepas ni kita dah mula boleh nikmati Sate Tuna ni secara berterusan di semua cawangan yang berhampiran korang. Maha rasa nak cuba lagi sebab hari tu masa kat MAHA tahun lepas dapat makan sikit jer sebab cepat sangat habis. Rasa tak rasa ikan seperti makan rasa sate ayam tapi yang ni tiada lemak sepertimana sate lain.


Bagi mengembankan dan memajukan inovasi ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini. Nampak peluang keemasa kepada usahawan yang nak cari kelainan dan produk mereka. Sebab masih tak ramai lagi yang buka jadi mesti akan jadi tular nanti.


Sementara itu, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia dan dapat memberikan pulangan keuntungan kepada pengusaha/individu melebihi RM5,000 sebulan. Wow banyak tu jadi rebut peluang untuk menjadi usahawan produk baru ini. Jom kita rebut peluang ini.

Sebarang pertanyaan hubungi :
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
No. Tel : 03 – 8870 4234
No. Faks : 03 – 8881 0343
Email : ukk@dof.gov.my 
             pro@dof.gov.my






Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 Bakal Lebih Meriah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan September hingga Oktober tahun ini akan belangsungnya satu lagi aktiviti besar-besaran kerajaan dalam mengiktiraf pengusaha dalam industri pertanian, penternakan dan nelayan. Akan diadakan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 yang bertempah di MAEPS Serdang.


Sebelum ni kita selalu dengar MAHA jer kan tapi kali ini akan ada HPPNK 2017. Sasaran kerajaan setengah juta pengunjung yang bakal memeriahkan program selama 4 hari ini. Menurut kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan dalam program tersebut.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Akan ada anugerah kepada hasil inovasi pertanian, penternakan dan nelayan yang inovatif dan mampu menaikan daya saing hasil pertanian negara. Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”, menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui HPPNK, peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan.



Ni part Maha kena pergi iaitu sambutan hari tu juga akan diadakan MyFF iaitu Malaysia Food Festival dimana semua pengusahan dan vendo makanan dari seluruh negara akan diberi peluang untuk menyertai dan menghidangkan makanan masing-masing. Para pengunjung berpeluang menikmati sajian makanan yang disediakan di samping dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia.



MyFF ini berinspirasikan kepada elemen seperti :- 

  1. Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  2. Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  3. Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  4. Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  5. Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera. 
  6. Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.


Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram. So korang boleh set dalam kalender untuk event seperti berikut :-

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017
Tarikh : 29 September hingga 1 Oktober 2017
Masa : 10.00 pagi hingga 9.00 malam  
Lokasi : MAEPS Serdang