Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Kelantan. Papar semua catatan

Hidang Keaslian Makanan Kelantan Di Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang pantai timur nak balik sana ambil masa lebih dari 5 jam perjalanan terutama di Kelantan. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan makanan Roti Tik Tak atau Nasi Kerabu yang asli memang telan air liur jer lah.


Tapi sekarang orang KL dan tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk cari semua makanan ini dah ada kat Kota Damansara. Restoran Nasi Pak Man beralamat di No 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara adalah tempat yang korang boleh tuju. Restoran ni kalau datang time lunch time memang penuh dengan peminat makanan pantai timur.

 

 

Ruang restoran ni agak sempit kalau penuh pengunjung jadi pasti korang datang awal ok. Dekorasi restoran ni simple jer tapi yang pasti restoran ni telah dikunjungi oleh program Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan juga Ho Chak! TV8.


Apa yang korang boleh makan kat sini mesti lah makanan tradisional pantai timur seperti Nasi Kerabu. Tengoklah Nasi Kerabunya banyak dengan bahan-bahan penyedap seperti Daging Bakar, Keropok Ikan, Sambal Cili, Ulam-ulaman dan kuah yang penuh kat atas tu teliur sangat.

Nasi Kerabu

Kemudian korang boleh ambil juga makanan seperti Nasi Pak Man dan juga Nasi Berlauk. Dua-dua ni nampak macam sama tapi lain kerana satu tu ada ayam goreng dan satu lagi ada kari ayam. Tapi yang pasti kedua-dua hidangan ini sangat sedap sesuai untuk makan tenghari korang.

Nasi Pak Man

Nasi Berlauk

Satu lagi nasi yang popular adalah Nasi Dagang kat sini mereka menggunakan Ikan Tongkol untuk kuahnya. Mana nak dapat semua yang betul rasa asli macam ni. Tak apa lepas ni boleh lah korang datang dengan family makan tengahari atau makan malam ok juga.

Nasi Dagang

Tapi kalau nak datang makan pagi pun ada kat sini sebab mereka beroperasi hari Selasa sampai Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam. Kalau sarapan pagi kat sini istimewa kerana ada Roti Tik Tak dan juga Roti Goldees. Kat tempat lain tak ada tau sini jer tau. Maha suka sangat roti Tik Tak sebab firstime tengok kat dalam rancangan Majalah3 hari tu terus teringin sangat akhirnya dapat juga.

Roti Tik Tak

Roti Goldees

Cara nak makan roti Tik Tak ni Maha tengok kat tv tu dia kata kena campurkan semua telur separuh masak dan juga kaya yang ada atas roti tu. Lepas tu makan lah ikut cara korang tapi rotinya sangat garing. Manis-manis dan masin semua dapat rasa dalam roti tu pastu minum dengan Kopi O atau Milo Panas terbaik.



Makan pagi dah makan tenghari dah untuk makan petang pula korang boleh layan kat sini menu istimewa mereka iaitu Laksam. Kuah lemak yang enak dan juga ada sambal pedas mengacamkan selera minum bersama dengan Kopi Ais atau Nescafe Ais terbaik lah.

Laksam

Maha cite ni bukan suka-suka tau tapi memang Maha dah makan kat sini puas rasa nak pergi lagi. Recommendation untuk korang yang mencari makanan tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Kawasan ni parking agak terhad jadi kena pandai-pandai cari ok. Apa pun selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dapatkan di :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






Nasi Ulam Cikgu Begitu Popular Sehingga Luar Kota Bharu Kelantan

Nasi Ulam Cikgu Begitu Popular Sehingga Luar Kota Bharu Kelantan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau sebut Nasi Ulam Cikgu kat Kota Bharu memang semua orang kenal dan pasti memang di rekmenkan untuk korang cuba. Tak lengkap percutian anda di Kota Bharu kalau tak singgah makan di Nasi Ulam Cikgu kerana ia menyediakan hidangna tradisional Kelantan pastinya ada Budu.


Terletak di dalam Komplek Kampung Kraftangan berdepan dengan Istana Batu dan juga berhampiran Dataran Kota Sultan Ismail Petra. Memang senang nak cari kalau korang dah sampai tengah2 Kota Bharu sebab restoran ini di kelilingi tempat2 bersejarah yang memang menjadi tumpuan orang ramai. Apa pun ia di buka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 4..45 petang dan kalau datang hari minggu memang penuh orang kena booking dulu.



Memang hari tu Maha datang Kota Bharu sertai Perdana Trail yang di bawa khas oleh Hotel Perdana Kota Bharu dan juga Destination Malaysia. Jadi bila dalam Perdana Trail itu juga ada pakej makan di Nasi Ulam Cikgu jadi kami tak perlu risau semua tersedia hehehehe. Maha pertama kali tau datang makan kat sini jadi teruja sangat kerana ramai orang duk sebut2 tentang restoran ini.



Pastilah kat sini menyediakan hidangan tradisional negeri Kelantan dan memang cukup popular sepertu Budu. Kalau nak senang korang boleh ambil pakej makan untuk 5-6 orang kerana ia tersedia seperti lauk-pauk macam ni.


Menu
2 ekor keli goreng
2 ketul ayam goreng berempah(1/2 ekor)
2 ketul patin asam pedas
1 sayur lemak putih
2 ikan bakar tawar
Ulam-ulaman
Set budu dan sambal
Nasi putih
Air bandung/sirap selaseh

Harga untuk satu set ini hanya RM52.00 sahaja jadi tak perlu risau untuk bebaris panjang mengambil makanan yang di sediakan. Kalau yang suka makan lebih dalam hidangan menu buffet kat sini ada juga semua lauk pauk tu tapi kena berbarislah hehehe. Maha tengok sendiri pun orang yang datang memang cukup ramai dari serata Malaysia malan ada juga luar negara.



Paling best lauk kat sini adalah Ikan Keli Goreng yang di sediakan memang cukup besar dan gorengan yang garing. Kalau orang tak suka makan ikan keli bila cuba kat sini mesti suka kerana tiada bau hanyir ikan memang terbaik. Selain itu juga Ayam Goreng yang ada juga rangup dan menyelerakan untuk makan walaupun banyak hehehehe.


Tapi paling penting kena makan kat sini kena cuba Budu yang di sediakan. Kalau tak pasti tak rasa originalnya nanti hehehe. Pasti bila Maha datang Kota Bharu lagi nanti akan singgah makan kat sini bersama kawan2 dan keluarga. Pemilik restoran ini pun orangnya peramah dan mesra jadi sebab tu ramai orang suka kot makan kat sini selain dari lauknya yang sedap.


Apa pun sapa yang pernah datang Nasi Ulam Cikgu kat Komplek Kampung Kraftangan ini mesti tak akan lupa pengalaman manis di sini. Kalau hari minggu korang datang makan sini akan di sajikan dengan persembahan muzik tradisional gong dan juga gendang. Ada juga belah petang tu persembahan silat tradisional yang memang menghiburkan. Jadi jangan lupa singgah sini untuk penuhi percutian korang di Kota Bharu. Selamat bercuti.









Hari Ketiga Kepuasan Sepanjang Perdana Trail Oleh Hotel Perdana Kota Bharu

Hari Ketiga Kepuasan Sepanjang Perdana Trail Oleh Hotel Perdana Kota Bharu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah sampai hari ketiga Maha dan juga rakan2 lain menikmati kepuasan berada di Hotel Perdana Kota Bharu dan juga menjelajah seluruh sejarah Kelantan dalam Perdana Trail. Jutaan terima kasih Maha ucapkan kepada Hotel Perdana Kota Bharu dan juga Destination Malaysia kerana merialisasikan semua ini.


Hari ketiga ini kami seperti biasa bersarapan di Cerana Cafe di tepi kolam renang sambil makan sarapan pagi yang popular di negeri Kelantan. Hari ini suasana agak sedikit suram ye lah hari terakhir kami untuk berada di negeri yang memang meriah dengan makanan ini. Hari ni juga kami akan persembahkan kepuasan dan keseronokan kami sepanjang menyertai Perdana Trail ini. 


Kami semua di berikan task untuk menyatakan perasaan, keseronokan, dan juga segala yang kami rasai. Paling best dan paling menarik adalah cerita tentang Hotel Perdana sendiri. Dari segi susun atur, ciri2 yang ada dalam hotel tersebut dan juga segalanya. Semua orang gembira dapat merasai bermalam di Hotel Perdana Kota Bharu. Kalau korang dalam Kota Bharu jangan takut2 nak tinggal di sini kerana segala keseronokan ada di sini.



Selepas sahaja habis pembentangan kami tadi perut pun dah jadi lapar dan tak sabar2 nak makan di satu lagi restoran istimewa yang ada di dalam Hotel Perdana. Kali ini kami di hidangankan dengan makan Ala Thailand dan China yang di sediakan dalam Jade Restaurant. Mengujakan kami untuk makan di sini dan menikmati hari2 terakhir di Hotel Perdana.


Makan di sini memang memberi rasa kepuasan setiap sudu yang di makan daripada lauk-pauk, ikan, sayur-sayuran dan macam2 lagi. Paling Maha suka adalah ikan yang di beri nama Fried Sea Bass Siamese Style. Iaitu ikan yang di goreng rangup di masak dalam kuah kicap manis memang masakan china sangat. Manakal hidangan makanan laut lain seperti Fried Prawn Curry Leave dan juga Fried Squid with Ginger Onion. Dua2 ini juga memberi kepuasan dalam hidangan di sini. 

Fried Sea Bass Siamese Style

Fried Prawn Curry Leave

Fried Squid with Ginger Onion

Selain itu makanan chines tak lepas daripada sayur2 dan di sini kami di hidangkan dengan Siew Pak Choy With Garlic. Sayur ini masih rangup dan sedap walaupun telah di masak. Kemudian ada juga hidangan daging ayam buat yang tak makan makanan laut. Hidangan di beri nama Boneless Chicken Ban Suan Style adalah ayam goreng rangup bersama sayur seperti kerabu sayur. 

Siew Pak Choy With Garlic

Boneless Chicken Ban Suan Style

Paling best dan menarik dalam hidangan ini adalah mestinya Tom Yam Soup. Kalau restoran Thailand mesti kena ada Tom Yam. Dan sini Tom Yam cukup rasanya dan lauk pauk di dalamnya. Puaslah kami makan tengah hari di sini. Kalau sapa yang menginap di Hotel Perdana boleh ambil pakej untuk makan tengahari dan juga makan malam di Jade Restaurant

Tom Yam Soup


Lepas saja perut kenyang kami semua bersedia untuk bersiar-siar sekejap dan memberli barang2 cenderamata buat kawan2 di KL. Mestikan kalau dah datang Kota Bharu tak sah kalau tak beli sedikit buah tangan kepada keluarga atau kawan2. Jadi kami di bawa ke Pasar Siti Khadijah. Memang excited lah semua nak beli makan2 yang special terutama serunding nak bawa balik KL.


Kat pasar ini juga macam2 ada dan semua menarik2 belaka rambang mata sangat bila kita tengok. Ada barang makanan basah dan makanan kering, ada juga pakaian dan juga barang2 dapur untuk kita beli. Barang2 dapur kat sini ada yang tembaga dan klasik tau unik pasar ni. Kalau anda datang majoriti mereka yang berniaga di sini adalah golongan wanita. Jadi kalau anda pandai tawar menawar memang akan dapat harga yang menarik dan hebat.




Selepas kami pergi beli belah tiba masa untuk kami tinggalkan Kota Bharu. Sayu sangat rasa hati ini kerana keseronokan kami sepanjang berada di Hotel Perdana dan juga Kota Bharu memang tidak dapat di gambarkan dengan kata2. Apa yang Maha dapat tuliskan dalam blog ini hanya sebahagian gambaran keseronokan dan kegembiraan sepanjang mengikuti trip ini. Sekali lagi jutaan terima kasih Maha buat Hotel Perdana Kota Bharu dan juga Destination Malaysia yang telah memberi pengalaman tidak berharga ini.


Kalau korang nak nikmati semua ini korang sendiri kena rasai segala keseronokan dan keterujaan kami dalam trip ini. Daripada hotel penginapan dan juga aktiviti Perdana Trail kami lalui semua memberi pengalaman manis dalam hidup. Insha Allah Maha akan datang lagi ke Kota Bharu kerana segala ada di sini daripada makanan hingga kepada tempat2 bersejarah di sini. Selamt maju jaya Kota Bharu dan selamat bercuti buat mereka yang nak bercuti dalam Malaysia. Kerana Malaysia ada segala-galanya. 

HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Tempahan hubungi : 09 745 8888








Sarapan Pagi Sedap Di Kedai Kopi Din Tokyo Kota Bharu Kelantan Bukan Di Jepun Ok

Sarapan Pagi Sedap Di Kedai Kopi Din Tokyo Di Kota Bharu Kelantan Bukan Di Jepun Ok - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Antara pencari tertinggi di Google adalah mesti tempat makan menarik di mana lokasi yang akan korang kunjungi. Jadi bila sampai sana senang nak cari dan mesti nak makan kat tempat makan yang best tersebut. Sebab tu Kedai Kopi Din Tokyo adalah antara tempat makan paling best di Kota Bharu.


Bagi Maha yang pernah ke kedai ini semasa menyertai Perdana Trail yang sebelum ini Maha pernah tulis yang di bawa khas oleh Hotel Perdana. Kedai ini memang cukup meriah, bukan meriah kerana rekaan kedainya tapi juga kerana teletah pemilik kedai ini iaitu Pak Din sendiri. Menurut kata Pak Din nama kedai ini di beri sempena dengan nama Hotel Tokyo yang pernah ada berhampiran lokasi kedai ini. Jadi kini kedai ini cukup popular untuk sarapan pagi bagi warga Kota Bharu.



Sempoi jer Pak Din ini, beliau yang sendiri menyediakan minuman dan juga makanan special di sini untuk pelanggannya. Menu paling best yang Maha cuba di sini adalah Teh Tarik Halia sampai dua cawan ok kerana memang sedap rasa halis dan manisnya juga tidak keterlaluan. Tapi paling best tengok aksi Pak Din yang membuat Teh Tarik ini sambil bergelek dangdut hehehe.

Aksi Pak Din sedang membuat Teh Tarik Halia

Selain itu juga yang mendapat perhatian menu di sini adalah air Teh Halia Telur Puyuh yang menjadi resepi Pak Din sendiri. Katanya minuman ini memberi kekuatan badan untuk seharian bekerja kerana orang2 Kota Bharu ini kerja kuat dan perlukan banyak tenaga. Untuk minuman ini tak boleh ambil lebih kerana akan memberi kesan yang melampau pula. 


Bagi orang sini suka pula sarapan dengan telur separuh masak atau di panggil Telur Taliban. Kaedah masakan telur ini pula adalah mengikut cara Pak Din yang di pelajari dulu semasa beliau muda. Telur yang di sediakan cukup tepat masaknya dan tidak terlalu lebih dan tak kurang. Di tambah sedap lagi kalau di makan bersama bahan rempah ratus yang di sediakan sendiri oleh Pak Din iaitu Lada Hitam, Kicap Manis dan Lada Putih



Selain daripada sarapan pagi kat kedai ini juga ada menjual makanan yang menjadi menu utama orang Kelantan iaitu seperti Nasib Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, dan Nasi Tumpang juga ada dan sudah siap dibungkus. Jadi kalau orang Kota Bharu duk cite2 pasal Kedai Kopi Din Tokyo ini memang benar ia wujud dan menjadi lokasi menarik bila anda kunjungi Kota Baharu.








Hari Pertama Penjelajahan Di Hotel Perdana Mercu Tanda Baru Kota Bharu

Hari Pertama Penjelajahan Di Hotel Perdana Mercu Tanda Baru Kota Bharu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Alhamdulillah selamat sudah perjalanan Maha ke negeri Cik Siti Wan Kembang. 3 hari Maha kat sana di bawa khas oleh Hotel Perdana dan juga Destination Malaysia. Terima kasih banyak2 kerana sudi merealisasikan impian untuk menjelajah ke Kota Bharu. Tujuan utama kami di sini adalah untuk menikmati pakej "Perdana Trail" yang di sediakan oleh hotel ini.


Ok lah Maha mulakan penceritaan hari pertama perjalanan dari KL sehingga ke Kota Bharu. Penerbangan memakan masa sejam dengan cuaca yang baik dan terang menyambut kedatangan kami. Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra memang hati rasa teruja sangat untuk mengenali negeri Kelantan. Kami di sambut meriah oleh kakitangan Hotel Perdana dan di bawa terus blik ke hotel. Tak juah pun hotel dengan airport hanya 15 minit sahaja perjalanan. 


Sampai2 sahaja di hotel kami di hidangkan dengan sarapan pagi yang menjadi hidangan tradisional negeri Kelantan iaitu Nasi Dagang. Cenrana Restoran adalah antara restoran yang ada dalam Hotel Perdana dengan menyediakan sarapan pagi berasaskan kuih-muih tradisional dan juga nasi popular di Kelantan iaitu Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk. Paling best kat sini kalau makan mesti nak tambah lagi kerana rasa kesedapannya dan juga makan di tepi kolam renang memang best.

 

Sambil2 makan dapat berkenalan dengan kakitangan Hotel Perdana yang memang ramah dan mesra dengan senyuman. Beborak sambil makan mesti akan tak terasa masa cepat berlalu. Setelah sarapan pagi kami di bawa untuk menjelajah hotel ini lebih detail dengan semua jenis bilik dan ada serta latar belakang hotel ini. Jom Maha cite sikit tentang hotel ini banyak perkara menarik sebenarnya ramai orang tak tahu ok. 


Hotel Perdana adalah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberi Five Star oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan menerima pensijilan Halal daripada JAKIM. Hotel ini mempunyai dua wing yang mempunyai 272 buah bilik dan suite tetamu yang lengkap. Identiti sebenar hotel ini adalah hiasan dan susun atur dalamnya yang unik dan tiada di tempat lain. Mula anda masuk di pintu masuk pun anda nampak konsep "mirror effect" yang sangat unik. Anda boleh bergambar dalam bingkai gambar yang di susun sebaris sama shaja seperti biasan cermin.


Selain itu juga sepanjang anda melalui tingkat2 di dalam hotel ini anda akan dapat lihat pelbagai hiasan gambar pada dinding hotel. Ada lukisan tangan dan juga gambar photographer yang memaparkan identiti negeri Kelantan. Anda tidak akan jemu sepanjang laluan hotel ini kerana gambar2 pada dinding ini semua menarik dan cantik. Kebanyakan lukisan di sini di hasilkan oleh pelukis tempatan. Ada sesetengah lukisan ini kelihatan 3D memang cantik dan real. 

 

 


Kami di bawa melawat beberapa buah bilik yang di tawarkan di hotel ini boleh anda pilih bila datang ke Kota Bharu. Di bahagian Executive Wing terdapat beberapa jenis bilik utama iaitu Perdana Executive, Perdana Suite, Presidential Suite dan The Royal Suite. Memang terpegun bila dapat tgk susun atur dalam bilik dan juga reka bentuk bilik yang special. Terutama bila masuk bilik Presidential Suite dan The Royal Suite tak dapat bayangkan korang tengok lah sendiri gambar yang Maha sempat ambil ni.








Kemudian kami ke tingkat paling tinggi untuk wing ini iaitu tingkat 11 yang menempatkan satu restoran di panggil eLeven. Itu adalah antara yang uniknya hotel2 milik PNB kerana setiap roof top mesti ada restoran di atasnya. Restoran ini ada ruang veranda yang terbuka luas dan boleh menyaksikan pemandangan selurun Kota Bharu dari atas. Memamang menarik dan sungguh kagum rasa bila berada di situ. 




Selepas habis menjelajah keseluruhan hotel kami di beri peluang untuk masuk bilik masing2 dan berehat sebelum acara petang bersama dengan kakitangan hotel. Sebelah petang pula kami berkumpul untuk mendengar sedikit taklimat daripada Pengurus Besar hotel En Muhammad Taha Zainal. Kami berkumpul di restoran eLeven di mana di situ juga ada demontrasi memasak oleh chef utama mereka. Kami di ajar masak Kuah Laksam yang rupa2nya mudah dan sangat2 senang untuk di buat. Kemudian kami belajar pula untuk membuat pencuci mulut istimewa negeri Kelantan iaitu Jala Emas. Rupanya Jala Emas bukan perlu masak dalam kuali atau oven hanya dalam air gula sahaja. Mudahnya nak buat dan rasa pun sangat2 sedap.



Kuah Laksam


Jala Emas

Kami makan di situ sehingga kenyang kerana hotel ini memang kaya dengan makanan jangan risau. Lepas tu bila habis acara petang tu tiba masa untuk Free and Easy. Itu adalah saat2 sangat di tunggu2 kerana kami nak terjun ker kolam renang. Hotel ini ada menyediakan kolam renang yang besar dan luas untuk di nikmati di waktu petang. Memang kami habiskan masa petang itu di kolang renang. 



Mandi punya mandi tak ingat hari dah malam dan kami pun berehat dan bersiap untuk aktiviti belah malam pula. Malam ini lagi best dan lagi menarik kerana kami di hidangkan dengan makanan special di hotel ini. Nantikan entry special khas untuk food review makan malam di sini. Ok lah cukup satu hari aktiviti kami di Hotel Perdana jumpa lagi di entry seterunya ok. Selamat bercuti.

HOTEL PERDANA KOTA BHARU