Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Kampong Baharu. Papar semua catatan

10,000 Carian Asam Pedas Termasuk Kedai Makan Orde Heritage Recipes Kampong Baru

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow mesti ramai terkejut akan statistik yang Maha berikan tu. Itu adalah jumlah carian berkaitan Asam Pedas di blog Maha sahaja. Carian merangkumi pencarian restoran atau pun resipi yang berkaitan. Jadi bergitu popular juga Asam Pedas ni dengan orang Malaysia. Sebab tu Maha nak pergi lagi satu kedai makan yang popular dengan Asam Pedas ni kat area Kampong Baru.


Orde Heritage Recipes yang terletak di Jalan Haji Hashim Kampung Baru sebelum ini dikenali sebagai Asam Pedas Kampong-Kampong. Tempat ni kalau korang datang ia seperti Food Court kerana satu deret panjang kedai makan pelbagai pilihan. Tapi yang ni kata orang sangat menarik perhatian kerana rasa makanan mereka.


Jadi Maha sampai sana pun tak tunggu panjang terus order Asam Pedas Ikan Jenahak. Tengok tu satu mangkuk penuh besar sangat kepala ikan ni memang terbaik. Kalau dah lapar seorang sahaja makan pun cukup satu mangkuk ni. Tengok kuahnya pekat pastu rasa pedas dan juga asamnya cukup. Yang best sebenar asam pedas ini adalah rasa ikan yang segar sebab kat sini mereka direct ambil dari pasar katanya.

Asam Pedas Ikan Jenahak

Asam Pedas Ayam

Selain daripada Asam Pedas Ikan Jenahak, asam pedas lain pun ada kat sini korang boleh pilih lah daripada Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Daging Tetel, Asam Pedas Ekor, Asam Pedas Rusuk dan Asam Pedas Ayam. Semua set Asam Pedas ini akan datang dengan Nasi Putih, Telur Dadar dan juga Sambal Belacan.

Daging Goreng Kunyit

Lepas tu tokei kedai ni rekmenkan pula Maha dengan masakan panas seperti goreng kunyit. Katanya yang popular kat kedai ini adalah Daging Goreng Kunyit. Makan bersama dengan nasi putih sudah memadai. Memang ramai orang suka dan menjadi pilihan orang ramai. Maha juga hari tu sempat cuba Udang Goreng Kunyit yang terbaik dengan udang besar-besar dan tak kedekut.

Udang Goreng Kunyit

Turut juga poplar menjadi pilihan ramai kat kedai makan ini adalah Masak Lemak Daging Salai. Tengok lah warna dan juga rasa lemaknya cukup dalam set ini best lah. Pulak tu minum sekali dengan Air Sirap Bandung tu terbaik lah lengkap satu hari korang mencari makan betul tak.

Masak Lemak Daging Salai

Selain daripada korang boleh makan kat sini kedai makan mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran makanan terus kedepan pintu anda. Mereka ada menyediakan beberapa set makan seperti Set Asam Pedas, Set Nasi Daging Goreng Kunyit dan Set Masak Lemak Daging Salai. Area KL ni jer lah kalau order yang jauh-jauh luar KL tu tak ada lagi akan datang kata owner kedai.


Sekarang ni pula bersesuaian degan bulan Ramadhan pemilik kedai makan ni juga mengadakan program Infaq Ramadhan. Maksudnya sapa-sapa nak buat kebajikan menghantar makanan untuk berbuka puasa ker masjid, surau, rumah anak yatim dan Tahfiz mereka akan bantu. Hanya sumbangan dari korang mereka akan masakkan dan hantar terus kemana lokasi yang korang mahukan. Baguskan kalau ada rezeki lebih sikit apa salah kita buat amal macam ni.


Jadi tak salah lah tempat yang Maha pergi ni memang betul ramai kata sedap dan rasa lauk pauk tu tepatlah. Orde Heritage Recipes ni operasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Tak susah nak carai kedai ni kalau sampai kat Jalan Haji Hashim Kampong Baru pastu cari lah kedai No 8 dan 9 itulah kedainya. Masa Maha datang mereka masih tak tukar lagi signboard masih yang lama. Selamat berbuka dan selamat menjamu selera semua.

Tempahan atau penghantara sila hubungi :-
Whatsapp / Tel : 016 207 3499 
Alamat : No 8 & 9, Pusat Penjaja Selera Muda
               Jalan Haji Hashim Kampong Baru
               53100 Kuala Lumpur 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5






Syurga Makanan Kampong Baharu Kini Dalam Applikasi Mobile

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kuala Lumpur ni mana tempat special korang untuk cari makan tak kiralah waktu malam ker atau hari cuti. Mesti ramai senaraikan Kg Baharu kerana kat situ begitu nostalgik dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik dan sedap bukan.


Kg Baharu yang padat dan begitu banyak tempat makan bagaimana kita nak tahu restoran atau tempat makan tu sedap atau ramai peminat. Kini Perbadanan Kampong Baharu memperkenalkan satu mobile applikasi yang lebih dikenali sebagai Kampong Baharu Food Heaven. Applikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dalam telephone pintar korang.

   

Maha tahu jer pasal apps ini terus muat turun sebab nak tahu apa menariknya apps ini. Apps ini baru tahu lepas diperkenalkan kepada umum untuk memudahkan kita ketahui tempat makan best dan pilihan ramai. Sebab konsep utama apps ini yang Maha nampak ia lebih kepada pengenalan tempat makan mengikut kategori sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam

    

Ada senarai restoran tak ikut turutan lah tapi bila kita klick kepada butiran lanjut kita boleh ketahui lebih tentang restoran tu. Ada senarai gambar menu yang mereka sedaiakan kat restoran tu. Juga ada beberapa perkara yang korang boleh buat bila baca tentang satu-satu restoran tu seperti buat panggilan, cari lokasi restoran, layari website dan facebook restoran tersebut, membuat rating dan review tentang restoran tesebut juga mencari parking.

      


Bagulah kat sini sebab korang boleh rate restoran yang korang pergi makan kat Kg Baharu tu dan di situ nanti pengguna lain juga tahu dan boleh baca review korang tentang restoran tersebut. Rating dan review ini sebenarnya sangat membantu satu-satu restoran untuk naik dan tahu tahap service mereka. Jadi gunakan sebaiknya sistem yang ada dalam apps ini.


Juga korang boleh cadangkan restoran-restoran baru yang menarik ada di Kg Baharu yang masih belum ada dalam apps ini. So lepas ini memudahkan juga orang baru untuk cari makan kat Kg Baharu bila adanya apps ini. Cuma ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik terhadap apps ini.


Pertama masa Maha layari apps ini ia agak tersangkut-sangkut ketika mahu skroll ke atas atau ke bawah. Agak perlahan dan juga kadang-kadang mengganggu kita untuk mencari sesuatu restoran tu. Juga mungkin mereka boleh buat system ranking dimana restoran yang mendapat review dan bintang banyak akan berada diatas dan menjadi top pilihan user. Jadi ia akan membuatkan banyak restoran bersaing secara sihat memberi service terbaik kepada pengguna. 


Itu jer lah setakat ni dan masih ada ruang penambah baikan di masa akan datang. Dengar cerita perancangan Kampung Baharu menjadi smart city menjelang tahun 2020 nanti akan menjadi realiti. Setakat ini nampak ada banyak perubahan yang positif di Kampong Baharu tu. Harap kita masih boleh lihat lagi di masa akan datang kampung tradisional Melayu di tengah-tengah kota raya.