Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label IOI City Mall. Papar semua catatan

Makan-makan Sedap Dan Mewah Sepanjang Menginap Di Hotel Moxy Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha ada update tentang percutian di Hotel Moxy Putrajaya. Maha kongsi pasal bilik dan segala aktiviti yang kami buat kat situkan. Kali ni Maha nak sambung lak posting kedua kat sana. Kali ni lebih menarik sebab ada banyak gambar makanan sedap-sedap. Sebab kat Moxy Putrajaya ini korang boleh makan sepanjang hari.



Mereka ada sediakan bukan sahaja makan sarapan pagi. Kat restoran Three.6.5 yang ada dalam hotel tu korang boleh juga nikmati bufet makan malam. Bufet untuk Fun Tea dan juga Tea Set untuk minum petang. Sebab itu kalau menginap kat sini tak akan lapar.

Lok Me Up Dinner


Hari pertama kami check-in masuk hotel malam tu kami dihidangkan dengan Lok Me Up Dinner Buffet. Bufet ini ada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari jam 6.30petang hingga 10.30malam. Korang boleh makan sepuas-puasnya kat situ. Harga pun berpatutan bagi Maha kerana dengan jumlah makanan yang ada sangat berbaloi. Harga untuk dewasa RM120nett dan untuk kanak-kanak RM64nett.




Bufet ini mengutamakan hidangan lebih daripada 30 jenis Lok-Lok atau orang kita panggil steamboat lah. Bila masuk tu ada kat stall yang depan sekali. Boleh pilih nak cucuk-cucuk tu direbus atau juga digoreng. Pastu makan pula dengan pilihan sos yang ada kat situ perhhh terbaik. Ada makan laut segar, ada fish ball, dan macam-macam lagi lah. 





Itu baru satu bahagian dalam bufet ini juga wajib cuba mereka punya Otak-otak Fried Kuey Teow. stall ni ada kat bahagian luar restoran kerena ia akan dimasak panas-panas bila ada order sahaja. Korang boleh tengok skill chef tu masak Kuey Teow memang best. Rasa pun sedap tak pedas sangat dan makan panas-panas perhhhh menganga.





Juga ada stall khas untuk manis dengan Cromboloni buatan sendiri dan Air Pancut Coklat yang berbuih. Ini memang tempat wajib Maha akan pergi ambil semuanya. Juga kalau korang sempat ada eksperimen di gerai menyediakan Mocktail. Macam-macam mereka sediakan mocktail yang segar dan menyegarkan. Banyak lagi pilihan lain yang ada kalau nak western ada, nak makan nasi dengan lauk pauk pun ada atau juga yang nak makan mee pun macam-macam jenis. 




Selain makan semua pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan dari band dengan nyanyian lunak dan merdu. Bertambah selera lagi nak makan.

Breakfast At Three.6.5


Malam tu memang kenyang makan baru sahaja check-in dah ada makanan. Untung juga duduk kat Moxy Putrajaya ini. Kemudian bangun pagi esoknya pula macam biasa hotel sediakan sarapan untuk pelanggan yang menetap dihotel mereka. Masih kat restoran  Three.6.5 yang sama juga di bahagian lobby hotel. Sarapan ini bermula dari jam 7.30pagi hingga 10.30pagi.

 





Sarapan pagi macam-macam ada dan Maha nak rekemen pada korang cuba mereka punya Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang. Tak besar saiz cukup untuk seorang makan dan memang terpaling sedap. Nasi Lemak yang cukup rasa santan dan juga kepedasan sambalnya. Juga ada bahan lain seperti kacang goreng, ikan bilis goreng dan telur rebus. Maha hari tu makan berbungkus-bungkus sedap.






Sarapan lain pun ada juga kat situ kalau nak yang western, atau juga makan pastri dengan pelbagai jenis roti serta donat. Juga ada Dim Sum dan juga ada prata makan dengan kuah dhal atau kari terangkat. Jadi sarapan situ memang boleh kenyang. Kalau yang ada anak-anak kecil boleh jer pilih ada makanan serial dan juga susu. Minuman juga ada seperti stesen kopi serta mereka ada sediakan Teh Tarik panas kena cuba memang pekat melekat sedap.

Fun Tea Buffet


Dah habis makan sarapan apa lagi buat aktiviti lah dan merayap lah kami kat sekitar hotel tu. Bila dah penat dan perut lapar ada pula sediakan Fun Tea Buffet kat restoran yang sama. Ia hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.30 petang sahaja. Harga pula RM98nett untuk dewasa dan RM49nett untuk kanak-kanak.





Cuma hari tu kami dapat demonstrasi memasak istimewa daripada Chef Jerremy. Beliau merupakan salah seorang chef yang pakar dalam penyediaan western cuisine di hotel ini. Resipi yang diajar oleh chef adalah sangat mudah iaitu Pasta On Wheel By Moxy Putrajaya. Ia dimasak dalam cheese bulat yang besar Maha tak tahu nama cheese tu. Tapi memang nampak kepekatan dan rasa sangat-sangat wow yerrr. Pertama kali Maha makan masakan ni best giler makan tengahari sini. 







Selain itu, bufet ini kita boleh berseronok dan bermain-main dengan perasa pilihan yang ada untuk menghasilkan makanan sendiri. Juga ada Rojak Johor dan kita boleh buat sendiri Sotong Kangkung. Kalau yang ada anak-anak mesti suka bila boleh campurkan dan padankan sandwic dengan lebih daripada sepuluh perasa. Ia satu pengalaman menarik sambil makan dan mengerat hubungan kekeluargaan gituwww.

Bello Tea Set


Banyak lagi makan macam biasa bufet boleh makan sepuasnya tapi ingat jangan bazir sudah yer. Lepas habis makan kami terus aktiviti seterusnya jalan-jalan lagi kat sekitar IOI City Mall. Kalau belah petang rasa nak makan dan minum petang kat hotel pun mereka ada sediakan yang dipanggil Bello Tea Set. Set ini ada setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari jam 3.00p.m hingga 6.30petang. Satu set tu dapat makanan dan minuman untuk dua orang dengan harga hanya RM69nett. Wahh bagus minum petang mewah kat hotel sekali sekala.



Belah lewat malam pula boleh lagi lepak santai sambil minum dan berborak dengan kawan sehingga lewat malam di Moxy Skybar Putrajaya. Aras paling atas hotel dan boleh lihat pemandangan malam dipenuhi bintang dan juga sekitar Putrajaya tu. Tak silap Maha ia buka sampai 12.00tengah malam kot.





Itulah yang Maha nak kongsi dan ceritakan pengalaman sebenarnya kalau menginap kat Moxy Putrajaya ini memang sentiasa ada makan dari pagi hingga ke malam. Semua ni selagi promosi masih ada tau. Kalau lambat habis mungkin bulan lain akan tukar promo lain pula. Korang ada pengalaman menarik menginap kat sini boleh kongsikan dengan Maha diruang komen di bawah ok. Itu sahaja pengalaman menginap Maha di Moxy Putrajaya semoga berguna buat korang semua ok.


Info Lanjut dan sebarang promosi boleh layari:
Tel : 603-83281111






Ulang Makan Di Ombak Kitchen Untuk Lunch Port 2 Pax Sangat Berbaloi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Port untuk makanan laut yang banyak dan juga pelbagai pilihan bukan sahaja seafood nya makan juga kuahnya mesti lah kat Ombak Kitchen. Ini adalah kali ketiga Maha datang makan kat sini kerana suka akan pilihan makanan laut yang ada. Puas hati dan juga berbaloi kalau makan terutama dengan tangan seperti mana trademark restoran ini. 


Ramadan Kampunglicious Dan Bazaar Di Palm Garden Hotel IOI Resort City

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupa rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ramadan masih panjang lagi dan juga bufet buka puasa juga masih rancak sekarang ini. Kali ini Maha nak bawakan kepada korang 'Ramadan Kampunglicious' kembali pada tahun 2021 setelah hilang tahun lalu kerana wabak tersebut. Oleh kerana kita masih menghadapi wabak ini, Palm Garden Hotel IOI Resort City dengan senang hati mempersembahkan Ramadan Kampunglicious dengan norma baharu. Bufet yang popular disajikan terlah bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021.


IndoAsli Restoran Masakan Gaya Indonesia Yang Asli

Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Sekarang ni kita masih lagi tidak boleh ke luar negara untuk urusan berlibur kerana perintah penutupan pintu utama negara agar dapat terus mengawal dan menghapuskan rantaian pandemik Covid-19 ini. Namun ada sedikit sinar setelah dunia mulai menemui vaksin untuk mengawal penyebaran penyakit ini. Tak mustahil nanti satu hari untuk ke luar negara perlu ada sijil pengesahan bahawa korang telah mengambil suntikan vaksin ini.


Program Menyantuni Golongan Memerlukan Sempena Tahun Baru Cina Dari IOI City Mall

Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Musim perayaan nak menghampiri ini golongan yang susah sangat beruntung kerana apa ada sahaja pihak yang sudi membantu mereka dan juga memberi keceriaan dalam kehidupan mereka. Begitu juga yang dilakukan oleh IOI City Mall dengan meneruskan tradisi menyebarkan kegembiraan, kebahagiaan dan senyuman kepada tetamu istimewa mereka baru-baru ini.

Cheers Cheese IOI City Mall Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Nak rasakan minuman yang penuh dengan cheese melimpah di dalamnya. Kalau korang tak pernah rasa atau nak cuba apa kata datang ker Cheers Cheese IOI City Mall Putrajaya. Baru-baru ini mereka mengadakan sambutan pembukaan cawangan tersebut.


Berkesempatan dengan pembukaan cawangan kedua mereka ini Cheers Cheese telah menawarkan 100 minuman percuma untuk pelanggan terawal yang datang ke kedai mereka. Jadi Maha adalah antara yang terawal datang pada 23 Dis 2017 yang lepas. Kalau makan dan minum free ni memang tak lepaskan peluang.


Selain tu juga bagi pelanggan yang datang membeli 1 minuman akan dapat 1 lagi minuman secara percuma. Itu semua hanya pada hari pembukaan tersebut bagi meraikan kedai minuman ini. Kalau korang shopping kat IOI City Mall Putrajaya naik level 1 kat area center court tu adalah nampak kedai minuman ini.



Pada hari pembukaan itu pelanggan awal boleh pilih antara 3 minuman yang menjadi trademark mereka iaitu Cheese Jasmine Green Tea, Cheese Milk Tea dan Cheese Four Season Tea. Sebab boleh pilih satu jer Maha cuba yang Cheese Milk Tea. Memang penuh dengan cheese atas minuman ini. 


Kalau korang berbaris untuk tempah minuman kat situ korang boleh tengok bagaimana mereka menghasilkan minuman itu. Boleh tengok krim keju yang dibuat sendiri yang sangat pekat dan likat mereka letakkan dalam minuman ini. Bila korang hirup memang terasa sangat segar dan menyegarkan.



Kedai ini mesra muslim masih dalam proses untuk mendapatkan persijilan halal dari JAKIM. Tapi tak perlu risau kerana mereka menggunakan produk yang selamat bebas daripada bahan tiruan dan juga pastinya segar. Harga minuman dan makanan kat sini pun sangat berpatutan dengan kualiti dan kesedapan yang mereka berikan. Nak tahu lebih lanjut kena datang sendiri lah kat Cheers Cheese untuk menikmati semua minuman special mereka. Selamat mencuba semua ok.

Promosi dan info lanjut layari :-






57 Hotpot & Asian Cuisine Merangkumi Steamboat Dan Makanan Panas Sedia Untuk Dinikmati Di IOI City Mall

57 Hotpot & Asian Cuisine Merangkumi Steamboat Dan Makanan Panas Sedia Untuk Dinikmati Di IOI City Mall - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kalau korang pergi area IOI City Mall kat Putrajaya tu mana tempat makan yang korang akan singgah. Kalau Maha akan pergi ker 57 Hotpot & Asian Cuisine. Restoran ini berada di tingkat 2 berdepan dengan food court dan juga sebelah dengan kedai Samsung



Kenapa restoran ni menggunakan huruf 57? Menurut pemilik restoran ia menginatkan kita kepad tahun kemerdekaan negara iaitu 1957. Restoran ini menyediakan sendiri asas sup untuk steamboat dan juga hidangan khas seperti Kambing BBQ & ikan. Jadi satu lagi lokasi tempat makan yang boleh korang letak dalam kalender tempat wajib cuba.



Maha yang datang sini tengok menu pun jadi macam tak tahu nak mula makan apa. Tapi kerana mood untuk makan steamboat kami pun pilihlah 57 Hotpot Promosi Set. Kalau korang tengok steamboat ini memang sesuai untuk makan 2 orang. Siap ada air lagi dan juga korang boleh pilih 2 sup daripada 5 jenis sup popular kat sini. Di antara sup yang ada adalah Sup Ekor, Sup Hot & Spice, Sup Kari Penang, Chicken Sup dan Tomyam Gong.

57 Hotpot Promosi Set (RM RM 79.90)

Sup Ekor & Sup Hot & Spice

Kalau satu set ini rasa dah kenyangkan macam2 korang boleh dapat tengok seafoodnya pun banyak. Siap ada tepi kiri kanan tu adalah daging lembu dan juga ayam yang di potong nipis untuk mudah masak dan makan. Kemudian mereka ada pelbagai jenis sos yang unik dihasilkan sendiri untuk makan dengan steamboat ini.


Tu untuk yang datang bercouple atau pasangan suami isteri nak manja2. Bagi yang datang dengan kawan2 atau nak makan selain steamboat boleh pilih masakan panas. Paling menarik ada BBQ Lamb dan BBQ Chicken. Memang daging ini diperap dengan rempah ratus dan kata mereka ia adalah style masakan popular dari Shanghai. Nak makan macam tu boleh atau nak makan dengan nasi putih pun ok.

 Xin Jiang BBQ Lamb (Kawap) – 2 Sticks (RM17.80), 5 Sticks (RM41.80)

BBQ Chicken – 2 sticks (RM12.80), 5 sticks (RM31.50)

BBQ Lamb with Onion (RM34.50)

Kemudian ada pulak hidangan menu BBQ makanan laut lain korang tak menyesalnya makan di sini. Paling menarik ada Ikan Saori BBQ dan Sotong BBQ. Semua ini disediakan siap untuk anda terus makan sahaja tak perlu bakar lagi. Semua ini menggunakan rempah ratus yang dibawa dari Shanghai China ok sebab tu dapat rasa original makanan seperti di sana.

BBQ Saury Fish (RM14.90)

BBQ Squid - 57 Style/ Teriyaki (RM18.80)

Buat yang suka makan set ada nasi dan lauk pauk boleh juga pilih hidangan seperti Nasi Kambing 57. Special ok nasi putih bersama kambing BBQ. Yang ni orang yang suka kambing memang boleh pilih tak ada langsung bau hanyir kambing kerana telah diperap secukupnya dan dimasak sempurna. Kalau tak nak nasi boleh pilih mee kerana kat sini ada Stir Fried Australian Beef Shang Mee dan Stir Fried Seafood Chicken Shang Mee.

Nasi Kambing 57 (RM 29.90)

Stir Fried Seafood Chicken Shang Mee (RM 19.90)

Tengok mee pun ada daging kambing dalam tu punya lah special. Maha tengok dah kenyang belum lagi makan hehehe. Selain tu juga ada makanan sampingan lain yang menarik kat sini untuk korang cuba. Tengok seperti apa yang Maha makan iaitu Fried Eggplant with Minced Chicken Seafood dan 57 Special Fish Cake. Maha paling suka adalah yang ada terung dan juga isi ayam kat tengah tu memang sedap, rangup dan juga kesedapan dalam hidangan tu.

Fried Eggplant with Minced Chicken Seafood (RM 18.00 - 3pcs)

57 Special Fish Cake (RM 15.90)

57 Spicy Grill Fish (RM 59.90)

Banyak lagi menu yang Maha tak cite sebab tak dapat cuba semuanya perut dah penuh makan yang ada ni. Tapi korang yang nak datang ini sangat Maha alukan kerana ia memberi kelainan dalam segala hidangan yang di tampilkan. Susun atur dan juga dekorasi dalam restoran ini cukup memukau dan memberi inspirasi untuk korang pilih makanan apa yang ada. 

Minuman spceial

Restoran 57 Hotpot & Asian Cuisine ini di buka sama seperti mana IOI City Mall buka dan tutup pun sama jadi tak risau. Makanan sarapan, tengah hari dan makan malam semua ada. So bila shopping sini jangan lupa untuk cari restoran ini di tingkat 2, kalau nak pergi tonton wayang tu sebelum start pergi lah makan kat sini dulu ok. Selamat menjamu selera dari Maha buat  korang semua dan selamat berpuasa.

Jom tonton video special dari 57 Hotpot & Asian Cuisine.


Maklumat lanjut
Tel : 03-8959 8357
Email : fiftysevenhotpot@yahoo.com