Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hujung tahun ni memang masa untuk memenuhi undangan perkahwinan walaupun tengah dalam keadaan banjir sekali pun majlis tetap berlangsung dengan meriah. Maha sendiri pun dapat juga beberapa jemputan perkahwinan hujung tahun ini ada yang dekat dan juga ada yang jauh.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. 'Kenangan ku bersama mu'.... itu adalah antara bait-bait lagu yang cukup popular zaman 50an dan 60an dulu-dulu. Kali ni Hotel Puri Pujangga mengambil tema Nostalgia Dulu-Dulu untuk bufet Ramadan mereka tahun ni. Bagitu juga makanan yang dihidangkan mengibau kita tentang makan yang tradisional.
Hotel ni ada orang kata susah nak datang sebab jauh tapi bagi orang area Bangi dan Putrajaya ia adalah pilihan yang menarik untuk buka puasa. Begonia Coffee House didalam hotel ini terletak dalam kawasan UKM Bangi datang sana naik public transport seperti KTM, Grab Car atau Uber sangat menjimatkan. Kalau datang naik kereta kat sini parking free jer dan banyak. Kawasan luas dalam hotel yang simple tapi kemudahan semua ada termasuk surau untuk solat Maghrib dan Terawih.
Menu yang ditawarkan juga menarik seperti kerabu, ulam-ulaman, Nasi Arab, Puyuh Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak Minang Pilah, Kambing Kuzi, Daging Masak Dendeng, Sup Ekor, Tenggiri Asam Pedas Melaka, Nasi Ayam Hainan, Pecal Kampung, pelbagai jenis sambal (belacan, cencaluk, budu), Sate, Ikan Bakar, Mee Rebus dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi!
Bagi juadah manisan pun banyak seperti buah-buahan tempatan, Sago Gula Melaka, Kuih Keria Bidara, Lepat Pisang, Seri Muka, Bingka Ubi, Pulut Panggang, Buah Melaka, Aneka Puding dan Jeli turut dihidangkan. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Air Sirap Bandung, Soya, Jus Kurma, Air Tebu, The O Ais Limau, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai lagi.
Pakej Bufet Ramadhan ditawarkan dengan harga RM69.90 nett seorang untuk dewasa dan RM34.90 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Bufet Ramadan mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.
Sambutan Hari Ibu bertema Mom In Wonderland
Di sini juga sebelum Ramadan mereka menyediakan bufet sambutan Hari Ibu. Bertemakan “Mom In Wonderland”, hidangan makanan untuk sambutan Hari Ibu memfokus kepada makanan ala barat dan ‘fusion’ seperti Paella Vallenciana Rice, Grilled Minute Steak With Peppercorn Sauce, Sauteed Lyonnaise Potato With Paprika, Grilled Chicken Teriyaki Fetuchini, Italian Mini Pizza, Pasta Aglio e Olio dan pelbagai jenis manisan seperti Kek Red Velvet Chocolate Fondue, Cream Caramel, Fruit Tartlet dan lain-lain.
Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman yang ditaja oleh Pop, The Soda! serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan Rawatan spa oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon.
Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga juga akan diadakan. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna, sudut menonton mini wayang serta Mini Zoo. Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Ibu-ibu juga akan diberi Hadiah istimewa jika menepati tema melalui ‘Best Dressed Wonderland Mom’. Ini pasti memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu.
Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada
14 Mei 2017 (Ahad) dari jam 12.00 tengah hari hingga jam
4.00 petang di Begonia Coffee House. Baucar Hi-Tea Buffet dijual dengan harga
RM55.00 nett seorang untuk dewasa dan
RM30.00 nett seorang untuk kanak-kanak (6-12 tahun).
Tempahan dan juga pertanyaan layari :
Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile : +6017 699 2437
Faks : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my
Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3/5
Harga : 3.5/5
Raikan Saya Sayang Ibu Bersama Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Semua orang sayang ibu kita bukan. Tiap2 hari kita akan pandang wajah ibu kalau bukan secara depan2 tatap gambar pun sudah memadai untuk hilang rasa rindu dan cinta kita pada ibu kita. Macam Maha yang berjauhan dengan keluarga ini kadang2 rasa juga kerinduan yang teramat sangat. Jadi macam mana nak luahkan rasa rindu ini.
Kalau sesetengah orang akan bagi
hadiah special untuk ibu mereka tapi apa kata kali ini pula kita raikan ibu kita dengan satu majlis meraikan hari ibu yang surprise.
Hotel Puri Pujangga menawarkan kepada korang semua diluar sana untuk meraikan ibu2 tercinta dengan majlis yang sangat2 istimewa. Menyediakan pelbagai aktiviti dan juga makanan yang sedap2.
Promosi sambutan hari ibu di Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi ini hanya serendah RM55.00 nett seorang. Manakala bagi kanak2 di bawah umur 6-12 tahun pula dapat potongan harga sehingga 50%. Apa yang korang akan dapat dengan promosi hebat dan harga yang ditawaekan oleh hotel ini. Banyak sangat aktiviti yang disediakan buat anda dan juga ibu anda seperti di bawah:-
1) Welcome Drink
2) Door gift untuk ibu
3) Lucky Draws
4) Games
5) Kids buffet dan aktiviti
6) Peraduan best dress Moms
7) Sesi fotografi bersama keluarga
8) Pertandingan ibu dan anak
Banyak lagi sebenarnya aktiviti yang di sediakan seharian di sini untuk meraikan ibu2 yang istimewa ini.
Lagi bertuah para ibu ini akan dimanjakan dengan urutan tangan dan sesi makeover oleh La Facia Beuty Queen SPA & Hair Salon. Mereka juga akan mengadakan jualan bazar yang menjual pelbagai barangan penjagaan diri dan keperluan wanita.
Tapi paling best adalah hidangan makanan istimewa yang disajikan oleh chef profesional di hotel ini. Maha datang sini mencuba semua hidangan memang terpesona dengan kesedapan dan keistimewaannya. Di sediakan di sini adalah hidangan seperti appertizer, sandwiches station, soup, main dish, kid corner, noodel counter dan juga dessert.
Jadi tunggu apa lagi jadikan sambutan hari ibu korang kali ini lebih istimewa dan lain daripada lain untuk memberi kejutan kepada ibu korang. Mesti si ibu akan berasa dihargai dan kasih sayang makin erat antara anak dan ibu. Sambutan ini akan di adakan pada 8 Mei 2016 dari jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House dalam Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi. Selamat hari ibu pada semua ibu2 di luar sana dan raikan mereka untuk memberi kegembiraan kepada ibu kita setahun sekali jer.
HOTEL PURI PUJANGGA
Tempahan hubungi : Khaila Khalid
Tel : 03 - 8922 2891
03 - 8927 4128
03 - 8926 2443
Mobile : 017 - 699 2437
Fax : 03 - 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my