Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Hilton Petaling Jaya. Papar semua catatan

Meriah Sambut Deepavali Bersama Hilton Hotel Dengan Pelbagai Makanan

Sempena perayaan Deepavali yang akan tiba Hilton Malaysia mempamerkan pengalaman makan istimewa yang bertujuan untuk memeriahkan sambutan perayaan bersama orang tersayang. Daripada bufet yang dipilih susun kepada hidangan minum petang istimewa, di sini mempunyai pelbagai menu yang diilhamkan yang direka untuk menyerlahkan semangat Deepavali daripada semua orang. Datang dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama Hilton dengan tawaran istimewa ini:


Meraikan Hari Raya Haji Norma Baharu Dengan Hilton

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Seperti kebiasaan tradisi negara kita, secara klasik kita meraikan segala jenis perayaan dengan makanan dan perjumpaan bersama keluarga. Namun kerana norma baharu Hari Raya Haji kali ini kita sambut dengan cara berbeza bersama Hilton. Hilton menjemput korang untuk menikmati santapan menggembirakan di kediaman korang dengan menu set perayaan hebat, sekarang dalam pilihan penghantaran ke rumah untuk kemudahan anda.



Nikmati perayaan tradisional di rumah dengan ‘Eid’s Delicious’ Vasco! Makan di rumah sempena Hari Raya Haji dengan aroma lazat dan rasa yang menggoda. Dihidangkan dengan juadah klasik seperti Satay, Sambal Sotong Kembang, Serunding, dan Rendang Tok Daging untuk menghormati majlis suci ini. Tamatkan hidangan dengan pencuci mulut tempatan seperti Bubur Pulut Hitam, Dodol, dan pelbagai kuih tempatan. Untuk gabungan manis yang lazat, dapatkan kek keju, kek coklat, atau kek onde-onde kami yang popular sebagai tambahan.

Promosi bermula dari 17 - 25 Julai 2021 dengan harga bermula dari RM176 nett setiap set. Hidangan ini sesuai untuk 2 orang makan. Sebarang penambahan item akan dikenakan bayaran tambahan. Boleh buat pesan dalam talian melalui www.takeus-home.com/hilton-kl. Sebarang pertanyaan lebih lanjut, hubungi +603 2264 2596 atau e-mel KULHI_FB@hilton.com.

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Melaka - Set Hari Raya Haji


Nikmati hidangan hidangan perayaan yang memuaskan di Hari Raya Haji ini, dan berehat di dapur dengan makanan yang disediakan dengan baik untuk momen keluarga yang berharga dan hari raya yang perlu anda ingati selalu. Pilih antara dua menu set tiga hidangan yang menarik dengan klasik seperti Ayam Rendang ‘Minang’, Daging Masak Itam, Ketupat Daun Palas, Lemang Pulut dan banyak lagi.



Promosi bermula dari 19 - 25 Julai 2021 dengan harga bermula RM60 nett setiap set menu. Sesuai untuk hidangan 1 orang. Pra-pesanan 1 hari lebih awal adalah perlu. Tertakluk kepada terma dan syarat. Buat pesanan dan pertanyaan lebih lanjut, hubungi +606 222 3333, e-mel MKZMM_FB@hilton.com atau lawati www.eatdrinkhilton.com/makan-kitchen-doubletree-melaka.








Tahun Baru Cina Yang Penuh Berlimpah Mekar Di Hilton Petaling Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tak lama dah kita nak sambut Tahun Baru Cina sangat cepat masa berlalu. Kali ni kita makan hidangan tahun baru ni di Hilton Petaling Jaya dengan bertemakan 'Year of Blooming Abundance'. Maha hari tu sempat menikmati hidangan makan tahun baru yang lain daripada lain dan sangat mengguiurkan.

Hilton Petaling Jaya Menyediakan Persiapan Deepavali Buat Warga Kota

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kita kan rakyat 1 Malaysia semua perayaan kita sambut baru meriah. Tapi bagi orang macam Maha ni apa yang best bila tiba perayaan ni? Mesti lah cuti wakakakaka. Untung jadi rakyat Malaysia setiap perayaan kita meraikan dengan meriah.


Tak lama lagi dalam minggu ni kita akan meraikan Deepavali mesti time tu banyak muruku dan kuih muihkan. Tapi kat mana nak cari makan-makanan ni semua sebab tak ada kawan India sekarang ni, boleh lah korang pergi kat Restoran Paya Serai Hilton Petaling Jaya. Kat sini mereka menyediakan hidangan masakan India daripada Chef S.Vengadesan, Ketua Tukang Masak India.


Kalau korang ada masa kat KL boleh singgah hotel ni untuk buffet makanan sempena dengan Deepavali yang telah bermula dari 24 Oktober hingga 7 November 2016 ini. Terdapat lebih daripada 30 jenis hidangan masakan India yang disediakan ini masa untuk korang tahukan.


Selain Muruku ada juga Biryani Lamb Shank ni memang ramai orang suka ni. Kemudian ada pulak Rajastani Laal Maas, Crab Varuval, Mysore Chicken, Malabar Mackrel Curry dan banyak lagi. 







India popular dengan rotikan kat sini pun ada Thosai yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis kuah seperti Idli, Saaru/Rasam dan Huli/Sambar. Maaflah Maha tak dapat explane detail semua menu tu korang boleh tengok gambar yang disediakan ok hehehe.



Masyarakat India juga kalau raya ada kuih raya mereka sendiri macam kita. Cuma kuih raya mereka banyak berasaskan kekacang dan manis. Kalau kat sini korang boleh lah cuba manisan sepeti Rasmalai, Rava Kheer, Jelebi, Gulab Jamun, Pineapple Kesari, Coconut Candy dan juga paling popular Laddhu.








Buffet lunch kat sini harga hanya RM104 nett bagi dewasa dan RM58 nett bagi kanak-kanak. Manakala buffet dinner pula harga RM119 nett untuk dewasa manakala RM64 nett bagi kanak-kanak. Bagi yang nak Hi-Tea hujung minggu juga disediakan dengan harga RM114 nett bagi dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03 7955 9122 ext. 4060/4056
Facebook : www.facebook.com/hiltonpetalingjaya

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




Selera Warisan Sempena Ramadhan Di Paya Serai Hilton Petaling Jaya

Selera Warisan Sempena Ramadhan Di Paya Serai Hilton Petaling Jaya - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang kita dalam bulan Ramadhan hari yang ke5. Macam mana masih penuh lagi ker puasa korang. Dah jumpa ker mana2 tempat berbuka puasa yang menarik dan harga berpatutan. Sini ada satu lagi tempat buka puasa yang menarik juga bagi Maha kerana pilihan makanan yang banyak.



Paya Serai @ Hilton Petaling Jaya menyediakan lebih daripada 300 hidangan tradisional juga 35 gerai makanan dengan stesen memasak secara langsung di sediakan. Hanya dengan harga RM165 nett bagi dewasa manakal RM85 nett bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah. So bagi Maha ia sangat sesuai dengan keselesaan dan juga jumlah makanan yang ditawarkan.






Di antara menu tradisional yang ditampilkan di sini iaitu Lauk Gulai Kawah, Rendang Tok, Ikan Bakar Melaka, Whole Roasted Lamb Malay Style, Perchik Counter with Choice of chicken, beef or fish, variety of Lemang, Putung Piring, Apam Balik dan banyak lagi. Kalau rasa nak makan Lemang sini memang ada Lemang biasa dan Lemang Jagung best siap ada rendang dan juga serunding.







Paling menarik kat sini mereka ada sediakan gerai khas diluar kawasan hotel untuk peminat buah Durian. Ni paling Maha suka kerana mereka menyediakan pelbagai jenis Durian yang terbaik boleh makan puas2 tanpa henti. Buah2 lain pun ada juga bukan sahaja Durian tak perlu risau pada yang tak makan buah ini ok hehehe.






Lagi Maha rasa kat sini yang best mereka sediakan Sup Gear Box, Satay Ayam dan Daging, Steamboat khas untuk mereka yang nak makanan panas, Tapai, Ikan Keli, Ikan Panggang dan macam2 lagi lah. Nak cite memang banyak sangat tak habis kat sini lah korang memang kena datang sendiri dan Maha janji puas hati.






Kalau datang buffet Ramadhan korang akan fikir pasal nak solat Maghrib dan juga Tarawih. Kat hotel ini juga menyediakan ruang solat yang besar dan juga mudah untuk didirikan. Kemudian mereka juga menyediakan hiburan daripada penghibur persembahan lagu2 tradisional yang mendayu. Jadi tak bosan nak makan kat sini bertambah2 selera lah rasanya hehehe.





Buat korang yang nak booking kat sini boleh hubungi mereka segera kerana buffet ini bermula dari 6 Jun - 5 July 2016 dari pukul 7.00malam hingga 10.00malam. Bawalah keluarga dan juga kawan2 office sangat sesuai. Selamat berpuasa pada semua kawan2 dan juga pembaca sekalian. 

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-7955 9122 ext 4260/4261/4267
Laman web : www.zestpj.com