Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Gigi. Papar semua catatan

Be #GumProud Dengan Systema Jenama Terkemuka Dari Jepun

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan kesihatan gusi, Systema, salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka di Jepun, melancarkan kempen Be #GumProud baru-baru ini, bersempena dengan Hari Kesihatan Gusi bertujuan untuk mempromosikan kesedaran kesihatan gusi di peringkat antarabangsa. Bekerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kempen ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia memahami tentang kepentingan kesihatan gusi dan keperluan penjagaan gusi. 


Bercakap di sesi pelancaran kempen tersebut, Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia menekankan bahawa tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan. “Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015), 99.6% kanak-kanak berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi. Dianggarkan pada tahun 2019 bahawa 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022).” katanya.



Menurut kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan, pemilik jenama Systema, mendapati bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi yang ketara, tetapi hanya 1% yang sedar bahawa mereka menghidapinya. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara amnya masih mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan kesihatan gusi mereka. 

"Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik, ditambah dengan faktor lain seperti penggunaan tembakau adalah antara faktor tingkah laku utama yang boleh merisikokan kesihatan mulut seseorang. Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut. Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka," kata Dr. Noormi. 



Berkongsi pandangan yang sama, Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion, turut menyatakan kebimbangannya akan tahap kesedaran warga Malaysia yang rendah tentang keadaan gusi mereka. “Walaupun gigi putih dan nafas segar sering dikaitkan dengan kesihatan mulut, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak sedar bahawa mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada gusi yang sihat yang berwarna merah jambu. Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh. Gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi mereka dengan bangganya. Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini," katanya.



Kempen Be #GumProud bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pengaruhnya terhadap kesihatan serta ketahanan pergigian. Dari Mei sehingga penghujung bulan Jun 2023, orang ramai boleh melayari laman sesawang Systema untuk melakukan penilaian kesihatan gusi sendiri secara dalam talian. Systema juga akan mengadakan beberapa roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. Pengguna digalakkan untuk memanfaatkan peluang ini untuk menilai kesihatan gusi mereka dan mengambil langkah yang diperlukan untuk merawatnya serta menebus kit permulaan percuma daripada Systema! 

Di samping menilai kesihatan gusi seseorang, Encik Mabuchi turut menekankan aspek kepentingan menggunakan produk penjagaan mulut yang bersesuaian untuk meningkatkan kesihatan gusi. "Di Southern Lion, kami komited untuk membantu individu untuk mendapatkan kesihatan gusi dan mulut yang baik melalui penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang betul. Menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun, kami telah membangunkan pelbagai variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat', jelasnya lagi.



Menghuraikan inovasi produk Systema, Encik Kenichi Shirota, Pengurus Kanan Bersekutu dari Lion Corporation Jepun (Bahagian Antarabangsa) berkata: "Formulasi ubat gigi Systema Advance menggabungkan tiga bahan utama yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria penyebab masalah gusi yang tersembunyi di dalam poket gusi. Ia juga terbukti secara klinikal 4 kali lebih berkesan dalam mencegah masalah gusi! Rangkaian berus gigi Systema yang menggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi dan sepanjang garis gusi serta dalam poket gusi sambil kekal lembut pada gusi. Ini dapat membantu memberikan 40% pembersihan yang lebih baik antara gigi dan garis gusi namun 3 kali lebih lembut pada gusi berbanding berus gigi biasa”, katanya. 



Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah Dr. Mohd Faizal Hafez Hidayat, Naib Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP), berkongsi mengenai peranan gusi kita: “Gusi kita berfungsi untuk melindungi gigi dan mencegah penyakit dalam mulut kita. Tanpa penjagaan gusi yang betul, bakteria tidak baik memasuki persekitaran gigi kita, menyebabkan jangkitan dan keradangan. Jika tidak ditangani pada peringkat awal, ia boleh membawa kepada kemusnahan tisu gusi atau periodontitis, lebih dikenali sebagai penyakit gusi. Penyakit gusi bermula dengan plak, filem yang dipenuhi bakteria melekit, yang terkumpul di bawah dan di sepanjang garis gusi. Selain itu, penyakit gusi juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis1, penyakit jantung2, strok3, dan diabetes4.” jelas Dr. Faizal.



Pakar dalam kesihatan mulut mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengelakkan penyakit gusi adalah dengan memastikan keadaan gusi dan gigi anda sihat sejak usia muda. Ini amat membantu untuk mencari dan mengesan gingivitis awal dan mengambil langkah pencegahan. Dengan adanya penjagaan yang betul, ia boleh menjadi barisan pertahanan pertama untuk memastikan seluruh badan kita sihat.


Mulakan perjalanan Be #GumProud anda dengan membuat penilaian gusi anda sendiri secara atas talian dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba produk Systema untuk melindungi gusi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Be #GumProud Systema, sila lawati laman sesawang di https://gumhealthcheck.com.



Whitekish Tampil Keyakinan Lelaki Kacak Dengan Senyuman Menggoda

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Orang lelaki sekarang ni bukan sahaja menjaga penampilan diri dari segi pemakaian dan juga atitude diri tapi juga penting kena jaga gigi. Yer lah walau sehensem mana rupa korang sekacak mana korang pun tapi bila buka mulut bau longkang jangan harap lah orang nak dekat. Hehehehe bukan semua orang macam tu tapi ada juga. Ini kerana lebih 51% lelaki dewasa menghisap rokok dan dalam masa sama ia menghasilkan bau mulut yang kurang menyenangkan.


Philips Sonicare Diamon Clean Berus Gigi Elektronik Yang Ada 5 Fungsi Dalam 1

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Seronok bukan nak bangga diri tapi ini yang Maha terima sendiri kerana ada kawan selebriti memuji keputihan gigi Maha dan gusi yang merah katanya. Maha pun tak sangka beliau akan puji depan-depan tapi kembang kejap wakakaka. Tiada petua tapi apa yang Maha amalkan adalah dengan mengosok gigi menggunakan berus gigi yang betul.


Sebenarnya Maha ni tak rajin sanga nak gosok gigi 2 kali sehali tapi sebab Maha menggunakan Sonicare Diamond Clean Black Edition yang baru keluaran dari Philips ia memudahkan kerja menggosok gigi. Maha memang pengguna produk Philips bukan sahaja daripada barang dapur tapi juga barang penjagaan kesihatan mulut. Maha gunakan produk ni pun sejak dapat penjelasan tentang kebaikan produk ni semasa majlis pelancaran baru-baru ini.


En. Muhammad Ali Jaleel Pengurus Negara bagi Philips Malaysia

Bertempat di Bangsar Philips Malaysia telah mengadakan majlis pelancaran produk Sonicare Diamond Clean Black Edition bersama dengan selebriti jemputan dan media. Turut hadir sama pada acara tersebut adalah En. Muhammad Ali Jaleel Pengurus Negara bagi Philips Malaysia, juga selebriti seperti Amber Chia dan Sarimah Ibrahim bersama-sama suami. 

Amber Chia diacara perasmian

Dr. Rumpa Wig semasa memberikan penerangan

Pada acara pelancaran tu lah Maha dapat ilmu tentang penjagaan mulut dan gigi menggunakan produk Sonicare ini. Sebab pada hari tu juga ada seorang doktor gigi yang diundang khas iaitu Dr. Rumpa Wig untuk memberi tahu kepada pengguna di Malaysia perkara benar tentang tabiat menggosok gigi rakyat Malaysia.


Rupanya kita rakyat Malaysia menghabiskan masa untuk menggosok gigi kurang daripada masa yang disyorkan. Sebenarnya 2 minit masa yang kita perlu untuk menggosok gigi bagi benar-benar memastikan gigi kita bersih. Tu pun belum 100% lagi kerana kebanyakan kita gosok dengan cara yang tidak betul.



Tapi dengan menggunakan Philips Sonicare Diamond Clean ini kita tidak perlu bekerja keras untuk menggosok gigi dengan kuat atau dengan laju. Ini kerana berus gigi elektrik ini mampu menggosok 62,000 kali dalam tempoh 2 minit yang diperlukan. Jadi kita tak perlu nak penat tangan untuk menggosok dan kadang-kadang kita terkuat gosok akan buat gusi berdarah betul tak.



Produk ini juga mempunyai 5 fungsi lain bagi pembersihan terunggul iaitu membersih, memutih, penjagaan gusi, sensitif dan mengilatkan gigi. 5 mod tersebut yang ada pada berus gigi ini berfungsi seperti berikut :-
  1. Membersih (2 min) – Penyingkiran plak terunggul (Mod standard)
  2. Memutih (2.5 min) – Mod memutih selama 2 minit menyingkir kekotoran di permukaan, ditambah dengan 30 saat untuk memutih dan mengilat gigi depan
  3. Penjagaan gusi (3 min) – Mod menyeluruh menggabungkan mod Membersih dengan tambahan seminit untuk merangsang dan mengurut lembut gusi anda untuk meningkatkan kesihatan gusi
  4. Sensitif (2 min) – Mod ekstra lembut untuk gigi dan gusi sensitif
  5. Mengilat (1 min) – Mod cepat selama 1 minit untuk mencerah dan mengilat gigi depan.
Best tak berus gigi baru ini siapa berani jamin berus gigi manual mereka mampu memberikan semua kebaikan ini. Jadi korang akan kurang pergi jumpa doktor gigi kerana gigi dah cantik dan putih malah berkilat lagi. Jom korang tonton video unboxing produk ini nanti korang tahu apa yang korang akan dapat kalau beli nanti.


Maha suka kepada produk baru yang diperkenalkan ini kerana ia datang dengan bentuk baru dan warna baru. Ada 2 warna iaitu hitam yang boleh dibeli dipusat jualan Philips dan juga yang berwarna Ungu hanya boleh beli kat klinik gigi terpilih sahaja. Juga ada 2 saiz iaitu standard dan kompak. Jadi ia sesuai untuk kegunaan lelaki mahupun perempuan tak ada masalah. 



Kalau korang tanya harga Maha bagi tahu harga sangat sesuai dengan fungsi dan kelebihan berus ini. Ia hanya RM999.00 sahaja dipasaran Malaysia. Kalau korang nak dapat info lanjut kelebihan dan juga kat mana nak beli produk ini boleh layari http://www.philips.com.my. Maha dah dapatkan satu korang tak nak ker untuk gigi yang lebih sihat dan cantik jom cuba sekarang.








5 Dalam 1 Untuk Penjagaan Gigi Seputih Mutiara Dari Philips Sonicare

5 Dalam 1 Untuk Penjagaan Gigi Seputih Mutiara Dari Philips Sonicare - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap hari post pasal makan dan tempat makan jerkan. Penjagaan gigi dan mulut juga penting untuk tampil menarik dan menawan. Orang kata gigikan mutiara dalam diri kita kena sentiasa jaga agar sihat dan berseri. Maha pun tak adalah putih sangat tapi kalau bergambar tu nampak gigi cantik dan bersih heheheh perasan.


Betul juga kalau mulut dan gigi sihat kita lebih berkeyakinan dan berketrampilan bila berada di khalayak ramai. Nanti tak ada orang kata bau mulut kuat kan. Kerana selalu makan yang banyak dan agak tak terkawal Maha perlu penjagaan rapi. Sebab tu ada satu berus gigi elektronik ni yang canggih dan terbaik dari Philips. Philips Sonicare adalah penjagaan gusi lengkap yang perlu ada setiap orang.


Bukan model atau artis jer kena jaga gigi ini, kita orang yang selalu jumpa pelanggan dan selalu berada di khalayak ramai kena jaga juga. Jadi bila ada Philips Sonicare ini rasa lebih yakin lah nak kuar dan berhadapan dengan orang. Gigi lebih putih dan lebih bersihlah. Maha baru jer pakai berus gigi ini baru seminggu dan dah ada kesan keatas kebersihan dan juga kesihatan gigi. 


Yang menyebabkan Maha pilih produk Philips ini kerana dalam 1 peralatan dia ada 5 fungsi lain yang sangat2 membantu. Kalau korang tengok kat kotak sendiri dan ada bagi semua ciri2 yang membantu penjagaan gigi lebih menyeluruh.


5 kaedah penjagan menggunakan Philips Sonicare ni :-
  1. Clean Mood - Membersih dengan lengkap dalam dua minit
  2. Sensitive mode - Membersih dengan lembut seluruh gusi.
  3. Refresh mode - Membersih cepat satu minit touch-up
  4. Massage mode - Merangsang gusi
  5. Gum Care mode - Membantu meningkatkan kesihatan gusi.
Cara penggunaan juga tak susah sangat memang mudah gila. Hanya perlu masukan kepala berus dan on kan sahaja untuk memberu gigi. Korang boleh tengok cara2 penggunaan berus ini dalam video yang Maha sediakan ini. Mudah sangat dan mempercepatkan tempoh memberus korang tak pelu lagi menggosok dengan kuat pada gigi dan gusi.


Kalau korang beli satu kotak ini bukan sahaja dapat berus gigi tapi banyak lagi item yang ada dalam satu set produk Philips ini. Korang akan dapat:-


1 Sonicare toothbrush
3 Proresult bursh heads
1 Deluxe charger
3 Hygienic travel caps
1 Hand travel case

Sebab ia menggunakan teknologi elektrik jadi korang tak perlu risau kalau power habis boleh terus chas sahaja. Tapi peringatan penggunaan kepala berus ini perlu di tukar setiap 3 bulan untuk memastikan penjagaan terbaik. Mana nak dapat hehehehe boleh beli di mana2 sahaja kedai yang ada jual produk Philips original juga boleh dapatkan di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan juga secara online www.blipmy.com. Satu set ini hanya berharga RM635.00 untuk penjagaan gigi dan mulut yang lebih sihat dan menyeluruh. Apa tunggu lagi jom beli sekarang juga....

Layari laman web Philips untuk maklumat lanjut www.philips.com.my