Raikan Hari Bapa Di Mardhiyyah Hotel & Suites Dengan Pakej Istimewa
Terima kasih Abah, Ayah, Papa, Daddy, Abi atau apa sahaja yang anda panggil untuk insan paling penting dalam hidup kita. Pengorbanan insan bergelar abah, ayah atau bapa amat jarang ditonjolkan di hadapan anak-anak. Namun, setiap usaha yang dilakukan pasti dapat dirasai oleh keluarga tercinta. Jadi, pada hari istimewa ini, raikan insan yang dikasihi ini dengan meluangkan masa bersama sambutan Pakej Hari Bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites.