Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Dorsett Putrajaya. Papar semua catatan

Dorsett Hotel Malaysia Membawakan 4 Lokasi Hotel Di Lembah Klang Untuk Berbuka Puasa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam menyambut bulan suci Ramadan, Dorsett Hotel di Malaysia yang ada empat lokasi berbeza iaitu Dorsett Grand Subang, Dorsett Hartamas, Dorsett Putrajaya dan Dorsett Kuala Lumpur telah hadir dengan pengalaman makan-makan tempatan yang tersendiri untuk memastikan perayaan yang menggembirakan ini dapat diraikan bersama.


#Bismillah Bazar Ramadan Di Restoran Citra Rasa Dorsett Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat warga Putrajaya, Bangi, Kajang, Sepang dan yang sekawasan dengannya Maha nak rekemen kepada korang lokasi berbuka puasa bulan Ramadan yang akan tiba tak lama sahaja lagi. Sebuah hotel yang berada betul-betul di tengah pusat pentadbiran negara Putrajaya.

#Bismillah Tema Bufet Ramadan Di Dorsett Hotel Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bertemakan #Bismillah pembuka kata dan memberkati majlis untuk bufet Ramadan bagi tahu ini di Dorsett Hotel Putrajaya. Kali ni bufet diadakan di Cita Rasa Restoran di tingkat 3 hotel dengan ruang lebih besar dan juga suasana yang selesa.



Hotel ni kalau sapa-sapa yang biasa datang ker Putrajaya ia terletak di kawasan Presint 3 yang banyak parking dan tak susah nak datang dengan kereta. Bagi korang yang datang dengan keluarga untuk solat Marghrib atau solat Terawih disediakan surau. Tapi bagi yang selalu ke tandas ia agak jauh daripada kawasan restoran kena menapak sikit lah.

 






Bufet kali ini mereka sediakan lebih daripada 500 jenis hidangan makanan yang memang banyak sangat. Ia termasuklah makanan pembuka selera, kuih muih, lauk-pauk, salad, makanan tradisional, pencuci mulut, buah-buahan, minuman dan macam-macam lagi kalau tak kenyang tak tahu lah kan.





Yang nak nikmati rasa Raya tu kat sini juga menydiakan hidangan tradisional Melayu seperti Rendang, Lemang, Ketupat, Satay, Kuah Kacang dan macam-macam lagi. Kemudian ada juga makanan cina seperti Pau dan Dim Sum. Paling penting restoran kat hotel ini diiktiraf Halal oleh Jakim jadi makan lah tanpa was-was.



Tapi satu yang paling special untuk bufet kali ini adalah konsep stall yang mereka sediakan bagi tambahan makanan yang berada di kawasan veranda hotel yang lebih terbuka. Di Antara hidangan yang disediakan seperti :-
• Buffet Durian
• Barbeku daging Rusa
• Kuih Keria Gula Melaka
• Shell Out barbeku makanan laut




Tu yang special ada juga makanan bufet biasa untuk memberi banyak pilihan kepada tetamu yang datang agar puas.
Bufet kali ini bermula 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Setiap malam meriah sebab ada persembahan dari kumpulan Sri Mawar mendendangkan lagu-lagu tradisional cuma malam Jumaat akan ada persembahan artis jemputan iaitu Isma AF. 



Harga pun ada keistimewaannya dimana ada beberapa harga bagi mereka yang nak beli awal atau selalu orang panggil Early Bird lah. 
April : RM 60.00 nett (Early Bird)
May : RM 99.00 nett (5+1)
June : RM 120.00 nett (5+1)
Bagi kanak-kanak usia 7-12 tahun juga warga emas dan OKU akan dapat separuh harga RM60.00 nett sahaja. 




So sekarang ni masih bulan April jadi tunggu apa lagi beli sekarang dapatkan harga sangat-sangat murah. Kalau beli sekarang ni harga tu boleh makan bila-bila masa sahaja sepanjang bulan Ramadan tak rugi. Ia sangat murah dan berbaloi dengan jumlah makanan yang disediakan. Jom lah buka puasa kat sini ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi : 
Tel : +603 8892 8388
E-mail : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




Memasak Ala Profesional Dan Nikmati Hidangan Minum Petang Istimewa Di Dorsett Putrajaya

Salam sejahtera kepada emua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Khas buat warga Putrajaya dan umumnya rakyat Malaysia yang suka memasak sambil santai minum petang. Di Dorsett Putrajaya menyediakan tawaran istimewa ini buat julung kalinya.


Maha sendiri telah dijemput untuk mencuba pakej istimewa ini. Apa yang Maha dapat dalam pakej ini adalah:-
Hands-on bengkel memasak + hidangan Mexicana Tea Time + goodybag dan hadiah utama untuk hidangan yang menang pada hari tersebut.

Chef Shahril memberi tunjuk ajar cara memasak

Sebenarnya set ini adalah memberi peluang kepada anda untuk belajar memasak satu hidangan istimewa dari Mexican yang diberi nama Mexico Baked Apple Empanadas dari chef profesional Chef Shahril. Semua bahan memasak disediakan korang hanya datang bawa diri sahaja. Tengok lah skill Maha memasak hebat tak, korang boleh makan hasil masakan tu atau bawa pulang memang best. 





Disamping itu bukan setakat kelas memasak tapi lepas habis kelas korang akan dihidangkan dengan minum petang hidangan Mexican. Dalam hidangan itu pula ada banyak item-item minum petang yang unik. Korang boleh tengok sendiri dalam hidangan ini ada Nachos bersama 3 jenis sos, kemudian ada Chorrus bersama sos coklat, ada lagi iaitu Apple Empanadas yang masak mula-mula tadi juga ada kek dan prata salad. 



Semua ini akan datang dengan satu cawan kopi atau teh pilihan korang sendiri. Lepas tu pula dari semua peserta yang memasak pada hari tu akan dipilih satu hidangan paling best oleh chef untuk menang hadiah misteri dair pihak hotel. Pada yang tak menang jangan risau korang juga pulang bawa goodybag istimewa.



Yang lagi best promo pakej ini hanya pada harga RM30nett seorang memang berbaloi. Pakej ini akan belangsung pada 19 Oktober 2016 ini dari jam 3.30petang di Cafe Citra Rasa Dorsett Putrajaya. Tunggu apa lagi ia adalah terhad untuk 20 orang terawal sahaja jadi boleh booking sekarang.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Email : emiriane.alias@dorsetthotels.com
            fnb.putrajaya@dorsetthotels.com
Tel : 603 8892 8388 
Facebook : www.facebook.com/dorsettputrajaya