DIN By DIN TAI FUNG Membawakan Makanan Istimewa Dari Taiwan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran makanan popular dari negara Taiwan. Kalau korang sukakan Dumpling atau pau kat sini lah tempatnya. Restoran Din by Din Tai Fung 'No Pork' atau tanpa kinzir korang boleh lihat pada singboardnya. Maha cakap terus terang restoran ni tidak dapat pengiktirafan Halal kerana mereka menyajikan minuman beralkohol kepada pelanggan yang bukan beragama Islam.
