Memasak Di Dapur Lebih Ligat Dengan Kuchen Germany 28cm Deep Fry Pan
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga semua rakan-rakan yang dikasihi dan diridui selalu. Maha time kerja dari rumah ni lah memang memasak selalu sangat. Boleh kata hampir setiap hari masak sendiri jer walaupun sekadar goreng ikan atau telur mata kerbau. Tapi satu jer masalah yang selalu Maha alami iaitu bila goreng telur kuali yang digunakan itu melakat dan juga sampai hancur telur tu dibuatnya. Lagi bertambah tak seronoknya bila masak lauk yang berkuah pekat macam gulai atau kari habis percik satu dapur dibuatnya.
