Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour. Papar semua catatan

Dato Sri Siti Nurhaliza Watak Utama Dalam Dokufilem 'SITI : ARE YOU READY?'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Apa lagi yang tidak dibuat oleh penyanyi No 1 Malaysia ini. Setelah berjaya dengan gemilang dalam dunia nyanyian, mengacara juga sudah dan kini berlakon pula dalam dokumentari filem pertama kerjasama antara Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Production. Kalau korang betul-betul peminat Dato Sri Nurhaliza kena tonton dokufilem ini yang bakal menemui peminat pada 30 Disember 2021 di Astro First dan juga Vimeo On Demand.