Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Damansara Perdana. Papar semua catatan

Masih Menginap Di Manhattan Business Hotel Kali Ni Kat Damansara Perdana

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada tulis tentang beberapa tips untuk korang yang memang kerap pergi business trip nak mencari hotel yang bagus. Kalau yang tak sempat lagi nak baca tips tu boleh tengok kat post Tips Buat Business Traveler Mencari Hotel. Sebab dari itu jugalah kali ini Maha masih memilih hotel yang ada semua ciri-ciri tu untuk menginap bagi tujuan ada meeting kat area Damansara.


Almaklumlah kalau nak berulang dari rumah kat area Bukit Jalil untuk ke Damansara Perdana waktu kerja akan ambil masa lebih kurang 1jam setengah. Kalau tiada yang teruk berlaku kalau ada kemalangan atau sebaliknya mahu juga untuk sampai 2 ke 3 jam juga. Jadi ambil peluang terus untuk menginap kat satu lagi hotel yang selesa dan bagi Maha berpadanan dengan harganya iaitu Manhattan Business Hotel area Damansara Perdana.



Kebetulan hari tu ada mesyuarat kat area Damansara jadi memang tidur untuk semalam kat sini. Hotel ini memang sangat selesa dan memang cantik. Kalau korang datang daripada Lebuhraya Damansara Puchong atau SPRINT tu boleh masuk area Damansara Perdana betul-betul dekat sebelah restoran Domino's tau.




Kali ni duduk bilik tingkat 2 dengan tema Central Park. Kalau korang yang masih tak tahu lagi hotel ini menggunakan konsep bandar Manhattan sebab tu namanya macam tu. Setiap tingkat diberikan dengan tema beberapa kawasan popular di sekitar bandar Manhattan. Masuk kat bahagian receptionist tu sahaja dah bawa kepada suasana luar negara memang kagum dengan mereka punya dekorasi dan seni bina dalam hotel ni.




Bilik kat sini pun mempunyai susun atur yang lebih redup dengan warna lebih gelap digunakan. Ada beberapa jenis bilik yang tersedia kat sini iaitu daripada Delux Single, Delux Twin, Delux Queen, Delux King dan juga Super Delux Room. Yang Maha duduk ini Delux Queen saja nak katil besar sebab tilam mereka sangat empuk dan kalau tidur tak nak bangun dah.

Delux Single

Delux King

Super Delux Room

Macam biasa dalam bilik ada kemudahan seperti fully aircond, LCD tv, teh dan kopi maker, hair dryer, wifi yang laju dan juga safety box. Cuma level Maha tak ada mini cooler yang ada kat level 1 untuk mereka yang tinggal bagi tempoh lebih panjang, Maha ni cuma satu malam jer. Dalam bilik air lak semua ada toiletries lengkap tak perlu risau nak beli kalau lupa bawa. Kemudian mandi ada air panas dan sejuk dengan rain shower.





Maha suka hotel ni sebab harga sini masih murah dan berpatutan tapi tersedia dengan sarapan pagi tau. Sarapan tu korang boleh turun kat lobby hotel tu ada cafe belakang receptionist tu sangat luas dan ada indoor dan outdoor. Maklumlah kalau datang urusan kerja ni mana ada masa nak bangun pagi sarapan kat luar sebab nak terus pergi meeting jer senang. Hotel ni pun ada kawasan parking yang tersedia kat bawah tapi ada rate yang tersendirilah. Kalau korang datang menginap lama kat sini ada dobi layan diri tau kat level bawah hotel so senang jalan kaki jer.



Kalau korang duduk sini nak pergi mana-mana mall sekeliling sangat dekat seperti Mutiara Damansara, Empire Damansara, PJ Trade Center, One Utama dan banyak lagi. Kalau kawasan office sini memang keliling lah jadi kalau tak ada transport masih boleh pergi hanya jalan kaki beberapa minit jer. Nak datang ker hotel ni selain naik kenderaan sendiri korang boleh naik public seperti bas dan juga MRT turun stesen Mutiara Damansara pastu naik Grab dekat jer.





Jadi Maha rasa sangat sesuai lah sapa-sapa yang tanya mana nak duduk untuk tempoh masa yang singkat tapi dapat semua dalam satu harga murah. Manhattan Business Hotel ini sangat berpatutan kepada korang. Nak lagi jimat korang booking terus kat laman web mereka dan boleh dapat lagi 20% diskaun. Sangat jimat dan memang mudah booking online sahaja. 

Sebarang tempahan dan petanyaan bilik layari :
Tel : +603-7731 9828
Fax : +603-7731 8910






Cari Makanan Korea Datang Ke Restoran Hwa Ga Damansara Perdana Sempena Opening Promotion

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau kita dengar jer makanan Korea mesti kita ingat makanan yang sihat dan sayur-sayurankan. Tapi sebenarnya makanan Korea juga ada pelbagai protein yang sihat dan sedap seperti di Restoran Hwa Ga di Damansara Perdana.

 

Kalau korang nak datang restoran ni senang Waze jer Empire Damansara pastu korang naik tingkat atas sekali iaitu tingkat 1. Sini pelik sikit tingkat paling tinggi adalah tingkat satu kerana yang lain semua tingkat Basement dan Ground Floor. Maha pun hampir2 sesat nak datang ke sini walaupun dah biasa dengan Empire Damansara. Sini senang datang naik Uber atau Grab car jer kalau naik kereta sendiri kena parking bawah ada cas lah.


Restoran ni baru sahaja buka kalau tak silap Maha baru 3 bulan beroperasi kat kawasan ni. Menghidangkan makanan Korea. Mula-mula agak bimbang dengan restoran ni sebab mereka tiada sijil Halal tapi mereka menggunakan supplier yang ada sijil halal dan kat sini Pork Free. Tu semua terpulang pada korang kalau nak makan atau tidak Maha tak paksa.


Cuma kali ni Maha pergi makan untuk nikmati promosi special yang mereka jalankan kat restoran sini saja. Set Opening Promotion sempena dengan pembukaan baru restoran ini. Opening Promotion ini menyediakan Chicken Unlimited dimana ada 3 jenis rasa ayam yang mereka sajikan. Rasa ayam Chicken Breast with Lettuce Wraps, Spicy Grilled Chicken dan Normal Chicken.


Opening Promotion Chicken Unlimited

Specialnya promosi ini adalah 3 ayam tadi bersama dengan 6 makanan sampingan yang korang boleh pilih. Macam dalam gambar ni korang boleh tengok ada Kimchi, ada Kacang Panjang, ada terung, ada fishcat, ada jeruk dan macam-macam lagi cuma nama Maha tak pasti. Side dish ni korang boleh tambah seberapa banyak yang korang nak selagi tak kenyang. Salad segar yang segerombolan tu memang mereka kasi sekali dalam set ni.




Cuma promosi ini hanya terhad untuk 2 jam sahaja masa korang nak makan. So makan lah puas-puas dengan promosi ini sampai kenyang. Promosi ini hanya ada sampai 31 Julai 2017 ni sahaja setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad. Harga pula seperti kat sini :

Lunch time (11.00pagi - 3.00 petang) = RM28+ bagi dewasa dan RM18+ bagi kanak-kanak
Dinner time (5.00petang - 11.00malam) = RM30+ bagi dewasa dan RM18+ bagi kanak-kanak

*Kanak adalah dari umur 4-10 tahun dan tinggi 120cm. Kanak-kanak 3 tahun kebawah percuma.

Bagi Maha yang paling suka sekali adalah ayam goreng yang disalut tu memang cukup sedap rasa rangup dan manis. Bungkus pula dengan salad segar yang disediakan bersama dengan Kimchi atau juga terung tu tebaik.


Satu lagi ayam yang special kat sini mereka panggil Nurungji Tongdak. Ayam ni dipanggang dengan sihat bersama api perlahan. Kemudian dalam set ayam ni mereka masak bersama nasi pulut yang dicampur dengan beberapa bahan utama seperti Black Rice, Biji Labu, Bawang Putih, Gingseng, Jujube dan macam-macam lagi. Semua di masak perlahan bersama-sama dan dihidangkan panas.

Nurungji Cheese Dak

Nurungji Teriyaki

Masa Maha makan hari tu mereka sediakan dua jenis ayam ni iaitu Nurungji Cheese Dak dan juga Nurungji Teriyaki. Tengok yang cheese putih tu memang penuh dengan cheese dan panas berasap-rasap nak makn. Kemudian yang teriyaki tu korang nampak kat atas ayam tu ada daging ikan yang selalu kita jumpa dalam makanan teriyaki betul tak.

Fried & Spicy Chicken

Spicy Squid

Steamed Chicken

Tu dua yang special korang mesti cuba kalau datang makan kat restoran ni. Kat sini juga ada beberapa menu ala carte lain yang juga menarik untuk dinikmati. Seperti kat sini ada Fried & Spicy Chicken, Spicy Squid dan Steamed Chicken. Tapi awas ok yang spicy squid tu memang sangat pedas sekali makan berapi kejap dalam mulut. Sweet tak berapa pedas boleh cuba ayam goreng tu memang makan tak sedap dah habis.

Sikhea, Demisoda Oreng, Demisoda Apple, Milkis dan Bong Bong

Bagi minuman pula korang boleh cuba minuman special dari Korea ni. Yang ada dalam botol ni semua minuman berasa soda. Macam Demisoda Oreng dan Demisoda Apple, juga Milkis tu susu ada soda dalamnya. Kemudian kena cuba Sikhea iaitu air barli soda juga Bong Bong iaitu air anggur soda.


Untuk Maha makanan kat sini best menarik kerana unik lain daripada makana kat restoran Korea yang sedia ada. Juga kepuasan makan tu ada sebab korang leh makan banyak-banyak tanpa rasa terganggu. Kalau rasa nak jadi orang Korea boleh try makanan mereka bila lulus baru boleh pergi ker negara Korea ok. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan dan promosi menarik boleh layari :
Tel : 03-7732 6151

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5