Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Damansara Jaya. Papar semua catatan

Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Dessert Di Atria Sopping Gallery Damansara Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikashi sekalian. Sebelum ini Maha ada kongsikan kepada korang tentang tempat makan yang wajib singgah untuk cari makan tengah hari atau makan malam di Atria Shopping Gallery. Tapi tujuan untama adalah untuk menikmati semua juadah yang enak ada di sana. Kali ini Maha nak bawa korang pula untuk mencuba dan merasai keenakkan makanan atau minuman untuk pencuci mulut yang ada di sana. 


Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Tengah Hari Atau Makan Malam Di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha hujung minggu lalu jalan-jalan kat sebuah shopping mall untuk cari-cari barang. Sambil jalan-jalan tu singgah juga beberapa restoran makan yang ada dalam mall tu. Kalau korang yang suka membeli-belah di Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya sekarang ini mereka tengah adakan "Gastronomic Feast" bermula dari 5 hingga 31 Ogos 2022 ini. Jadi masih sempat lagi ada beberapa hari yang sangat meriah.


Itek Itik Restaurant Yang Mesra Muslim Pertama Di Damansara Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi selalu. Korang pernah tak nampak ada gerai tepi jalan atau restoran-restoran terutama restoran cina yang menjual itik gantung. Maha selalu nampak dan ada juga terasa nak mencuba kalau ada yang boleh dimakan oleh orang muslim. Alhamdulillah duk dalam tak cari tu tiba-tiba ada rakan rekemen satu restoran yang sediakan itik gantung sama seperti yang jual kat tepi jalan tu.


Restoran Mueang Kao Thai Menyajikan Yang Asli Dan Luar Biasa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni nak bawa korang cuba satu restoran masakan Thailand yang sangat menarik dan mesti kena cuba. Restoran Mueang Kao Thai yang terletak di Damansara Jaya ini tidak sama dengan restoran Thai yang kita biasa tengok.


Walaupun orang kata restoran Thai mesti popular dengan Tom Yam mereka tapi kat sini ada macam-macam yang korang tak pernah rasa. Masakan di sini dibawa daripada menu dari bahagian tengah negara Thailand dan Mueang Kao adalah salah satu kawasan perkampungan yang ada pelbagai hidangan sedap ini.



Restoran ini baru sahaja buka tahun ini iaitu bulan Febuari dan memang dekorasi ia sangat santai dan simple. Ada kawasan untuk makan dekat atas meja juga ada kawasan untuk korang makan duduk bersila. Jom korang tengok pula beberapa menu yang Maha dan kawan-kawan dah cuba sendiri makan kat sini pasti buat korang meleleh air liur. 

Mango Salad (RM18.00)

Nam Prik Pia To (RM45.00)

Pertama sekali untuk pembuka selera kami telah order Mango Salad dan juga Nam Prik Pia To. Maha suka salad manga ini kerana ia segar dengan campuran mangga muda dan juga beberapa sayuran serta kekacang didalamnya. Kemudian yang nam prik ini pula adalah gabungan beberapa bahan dalam satu set iaitu ikan kembung goreng, telur dadar dan juga ulam-ulaman dimakan bersama sambal belacan yang sangat pedas dan mengancam.

Pha La Pik (RM40.00)

Salted Egg Squid (RM35.00)

Lepas tu pula korang boleh order menu utama seperti masakan berasaskan makanan laut seperti Pha La Pik. Masakan Thai memang suka akan makanan ikan dan ikan yang filet dan goreng garing tu adalah ikan Talapia tau. Kemudian ada lagi makanan laut yang lain cukup popular dan kalau sebut semua orang nak iaitu Salted Egg Squid. Ini memang Maha boleh habis seorang makan dengan nasi sebab bau makanan ni sangat menyelerakan dan lazat. 

Thai Style 3 Taste (RM35.00)

BBQ Chicken Chop (RM25.00)

Red Curry Chicken (RM35.00)

Lepas tu pula ada makanan berasaskan daging ayam seperti Thai Style 3 Taste, BBQ Chicken Chop dan juga makanan berkuah iaitu Red Curry Chicken. Masakan kari mereka sangat pekat dan penuh dengan pelbagai bahan didalamnya. Kemudian BBQ ayam tu tidak seperti ayam panggang biasa ia telah diperap dengan rempah yang membuat ia sangat berbeza. 

Thai Style 'Cha Om' Omelette (RM25.00)

Thai Style Fried Brinjal (RM25.00)

Deep Fried Kangkung (RM28.00)

Lain-lain tu korang boleh cuba masakan yang Maha order seperti Thai Style Cha Om Omelette dan juga masakan berasas sayuran seperti Thai Style Fried Brinjal iaitu terung goreng sambal dan juga paling menarik adalah Deep Fried Kangkung. Di mana ia adalah masakan kangkung goreng dengan celup tepung yang sangat rangup dimakan bersama sos istimewa mereka. 

Mango Sticky Rice

Thai Red Rubies

Coconut Ice Cream

Sangkaya Pumpkin

Akhir sekali penutup kena ada dessert seperti Mango Sticky Rice, Thai Red Rubies, Coconut Ice Cream dan juga Sangkaya Pumpkin. Semua dessert kat sini Maha suka termasuklah minuman yang kami order seperti Air Kepala Muda dan juga Thai Tea dan Thai Green Tea ni. 

Air Kepala Muda (RM7.00)

Thai Green Tea (RM5.90) dan Thai Tee (RM5.90)


So tunggu apa lagi korang boleh datang restoran ini setiap hari dibuka dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang, manakala sesi malam lak dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Boleh cuba menu Thai kat sini memang menarik dan tertarik. Selamat menjamu selera semua.

Pertanyaan dan promosi layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 3.5/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5