Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Papar semua catatan

Pecinta Makanan Negeri Sembilan Masa Untuk Nikmatinya Di Putrajaya Marriott Hotel

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sini orang Nogori Sombilan? Siapa suka makan Masak Lomak Cili Padi? Ini masanya untuk korang yang memang pecinta makanan berlemak, pedas, masam dan masin secukupnya boleh datang ker Zest Lifestyle Restaurant terletak dalam Putrajaya Marriott Hotel. 

Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama

Santan Ini Mampu Membuatkan Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Anda Lebih Sedap Dan Tahan Lama - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Resepi yang Maha masak kali ni mesti ramai orang suka Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang pasti sedap. Sedap kenapa kerana kali ni Maha tak gunakan santan kelapa biasa tapi santan sawit.


Maha menggunakan Khalis Santan Sawit yang dihasilkan dari sawit terpilih yang mengandungi lemak yang sangat rendah dan bebas kolesterol. Ia juga diperkaya dengan Vitamin semulajadi A & E. Santan ini special yang menyebabkan Maha suka guna dalam masakan kerana ia hanya menggunakan separuh daripada sukatan santan biasa. Maksudnya kalau selalu kita masak lemak ini memerlukan 1  cawan santan biasa tapi dengan Khalis Santan Sawit ini hanya separuh dari jumlah tersebut sahaja.


Lagi santan ni Maha hanya perlu simpan dalam peti sejuk biasa sahaja tak perlu letak kat tempat sejuk beku. Banyak sebenarnya kelebihan santan sawit ini yang buat Maha mula beralih kepada produk yang dijamin sedap ini. Sebab tu resepi yang Maha share kali ini memang menggunakan santan sawit ini. Resepi ini juga sesuai untuk korang buat hidangan buka puasa atau hidangan sahur. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk resepi kali ini.

 


Bahan2 membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-
400gram Daging Salai
2 batang Serai
250ml Khalis Santan Sawit
2 keping Asam Keping
10 biji Cili Padi
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
1 ulas Bawang Putih
250ml Air Kosong

Garam secukup rasa
Sehelai Daun Kunyit



Tonton cara2 untuk memasak resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi :-


Dah siapkan mudah jer cara nak menyediakan hidangan popular dari Negeri Sembilan ini. Lagi sedap kalau menggunakan Khalis Santan Sawit ini. Kat pasaran dah boleh dapatkan stock santan ini dalam pack 320ml dan juga 1000ml. Mana nak dapat korang boleh pergi ker pasaraya2 besar seperti ni:-

MYDIN | MY MYDIN  | TESCO | TESCO Extra  | GAINT | AEON Big | Pacific | Pasaraya Hero | UO Superstore | The Store | Jaya Grocer

Maha suka guna santan ini sebab ianya tahan lama. Kalau beli dan tak buka lagi boleh simpan selama 5 bulan dalam peti sejuk. Kalau dah buka dan guna separuh tu kita masih boleh simpan lagi selama 1 bulan dalam peti sejuk. Jadi memang tahan lama dan menjimatkan. Selain dari masak masakan seperti ini santan ini juga boleh buat banyak lagi masakan seperti pencuci mulut. Nantikan next entry Maha untuk resepi Serawa Durian dan Pulut dengan menggunakan santan ini. So apa lagi selamat mencuba resepi ini dan juga mencuba Khalis Santan Sawit.

Dapatkan info lanjut di sini :-