Prebiu Bufet Citarasa Zaman Berzaman Di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ini kita membilang hari sahaja untuk menyambut bulan penuh keberkatan iaitu Ramadan yang mulia. Ia amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi selepas selama 2 tahun kita menyambut Ramadan di kala berhadapan dengan pendemik Covid-19. Sebagai menghargai peminat makanan Melayu Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menyediakan juadah Berbuka Puasa bertema "Citarasa Zaman Berzaman" di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

