Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha terlambat sikit jer kalau ikutkan bulan lepas musim buah Cempedak penuh orang jual tepi jalan. Maha memang gila buah Cempedak terutama yang wangi harum dan manis memang makan begitu jer.
Kalau selalu korang akan buat apa dengan buah Cempedak mesti korang akan buat Cempedak Goreng macam resepi yang Maha pernah sharekan. Tapi kali ni nak buat sesuatu yang agak jarang orang buat walaupun dah ramai share resepi ni. Kali ni Maha cuba buat Kek Cempedak Harum Manis kenapa nama tu sebab bau bauh cempedak memang menggoda nafsu Maha.
Korang boleh buat sebab resepi ni mudah dan senang sangat tapi kena pastikan musim buah Cempedaklah baru dapat hasil yang terbaik. Jom kita tengok senari bahan-bahan yang Maha guna mesti korang pun akan cuba.
Ni video yang Maha sediakan untuk memudahkan korang nak buat kalau laju sangat tu korang slow motionkan sikit video ni. Cuma video ini kejap jer tak lama pun nak buat semua masuk dalam blander jer hehehe. Kalau rasa nak lagi menarik korang boleh masukkan isi cempedak yang dipotong kecil-kecil semasa nak bakar kek ini. Selamat mencuba semua ok.
Dapur Mahamahu Masa Untuk Makan Petang Cempedak Goreng - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari ni Mahamahu masak Cempedak goreng special untuk makan petang. Cempedak ni Mahamahu bawa dari kg maklumlah org kag kan semua buah2 ada hehehe untungkan kat KL ni semua kena beli tapi tak semua elok. Kali ni Mahamahu bawa buah Cempedak yg agak besar saiznya dan puas juga goreng untuk makan.
Antara buah goreng yg Mahamahu suka selain daripada Pisang Gorang, Sukun Goreng, Ubi Goreng dan banyak lagi. Cempedak Goreng ni kalau beli kat gerai tepi jalan pun harga tak murah yer, 4 ketul RM2.00 tau mahal yer. 4 kali suap sahaja dah habis tu belum tentu sedap kan ada tu buah yg dah busuk sgt. Tapi Alhamdulillah buah Cempedak yg Mahamahu bawa kali ni memang cukup masaknya dan elok tak ada busuk maklumlah dah bungkus hehehehe..
Mahamahu tahu ramai org pandai buat goreng Cempedak ni tak susah pun org bujang pun boleh buat cuma yg susah nak cari buah Cempedak nya hehehehe.. Bahan pertama yg perlu ada mesti buah Cempedak yg dah masak. Kalau Cempedak masak baunya sangat wangi dan memang membangkit seleras sgt. Kalau tak silap Mahamahu harga buah Cempedak kat KL ni sekilo RM2 tau.
Selain tu, bahan lain untuk goreng Cempedak mestilah ada tepung gandum, campur sikit tepung jagung, garam secukup rasa. Dalam resepi ni jgn guna gula kerana kita nak rasa kemanisan daripada buah Cempedak tu baru original. Caranya pun mudah jer nak buat campurkan jer semua bahan2 tadi tepung gandum, tepung jagung dan juga garam. Lepas tu masukan air mengikut kepekatan tepung jgn terlalu cair sgt nanti tak lekat kat buah Cempedak tu lak.
Setelah di campur semua dan di gaul sekata barulah masukan ulas2 buah Cempedak tu kedalam tepung tadi dan gaul sehingga sekata semua. Lepas tu baru goreng dalam minyak yg panas. Goreng jgn gunakan api yg kuat sgt kerana kita nak pastikan buah dalam masak dan luar rangup. Tip lain nak pastikan tepung goreng lebih rangup adalah masukan sedikit minyak masak yg panas ke dalam campuran tepung tadi. Masukan sedikit dah gaulkan sebati nanti bila dah goreng agan lebi rangup. Siaplah Cempedak Goreng ala Mahamahu hehehe. Sedia untuk di makan selamat menjamu selera.