Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

Menonton Piala Dunia Qatar 2022 Beramai-ramai Di 'Parti Bola Kaw' @ Kafe Singgah Pengerang

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tahun ini meriah Maha pergi menonton Piala Dunia walaupun tak sampai ker Qatar tapi jauh juga perjalanan kali ni demi nak merasai kemeriahan bagaimana orang sampai pagi buta bersengkang mata tengok bola. Percaya atau tidak korang kali ni Maha sampai ke Pengerang Johor semata-mata nak menyaksikan perlawanan suku akhir antara Portugal dan Morocco yang membawa kemengan kepada Morocco.


Mister Potato Mengumumkan Kerjasama Dengan NR Sports Dan Pelantikan Neymar Jr Sebagai Duta Mister Potato

Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan ini, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baru Mister Potato. NR Sports adalah syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak.


MEN’S BIORE Sebagai Penaja Utama Piala AFF SUZUKI 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Men’s Bioré jenama Skrub Muka Lelaki No. 1 di Malaysia, menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018 sebagai tanda sokongan terhadap acara dwitahunan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Usaha ini, dapat memperkenalkan nilai-nilai jenama Men’s Bioré yang tersendiri menerusi pelbagai inisiatif menarik yang akan dijalankan sepanjang penajaan kejohanan bola sepak terkemuka ini.


“Di Malaysia, bola sepak sememangnya sukan yang paling popular di kalangan lelaki aktif. Sukan ini memupuk semangat kejuaraan untuk terus melangkah maju dalam kehidupan. Piala AFF Suzuki 2018 ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan negara-negara ASEAN, malah kejohanan sebegini membangkitkan rasa semangat peminat-peminat bola sepak terhadap negara yang tercinta. Sebagai Penaja Utama Piala AFF Suzuki 2018, kami amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejohanan yang berprestij ini. Penajaan ini seiringan dengan slogan kempen Men’s Bioré iaitu ‘Super Power, Strike Further’, yang mengetengahkan konsep pembersihan secara mendalam, supaya tampil lebih yakin”, menurut Tuan Masaki Fujiwara, Presiden Kao Malaysia.


Bagi menyemarakkan lagi kejohanan ini, pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub kini didatangkan dengan rekaan moden edisi terhad berinspirasikan unsur-unsur Malaysia. Edisi terhad ini bersesuaian dengan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pasukan kebangsaan. Sempena kejohanan AFF Suzuki ini, pengguna  Men’s Bioré juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM40,000*.


Men’s Bioré sebagai jenama pilihan skrub muka lelaki No. 1,  sememangnya mempunyai pertalian yang kuat dengan golongan lelaki yang aktif bersukan di Malaysia. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Piala AFF Suzuki dengan penuh minat. Justeru itu, acara sukan yang gemilang ini dapat menggabungkan dua gaya hidup yang berbeza iaitu sukan dan penjagaan kulit.


Kejohanan Piala AFF Suzuki berlangsung mulai 8 November hingga 15 Disember 2018, dengan lokasi perlawanan yang meliputi 11 buah negara ASEAN. Jenama Men’s Bioré akan menerima liputan media dan publisiti yang meluas di sepanjang tempoh 28 perlawanan. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang bertemakan ‘Super Power, Strike Further’ telah diatur sempena kejohanan ini.  

Maklumat lanjut mengenai kempen ini dan produk Men’s Bioré  sila lawati laman Facebook Men’s Bioré Malaysia di https://www.facebook.com/MensBioreMalaysia/ atau www.kao.com/my/mensbiore/






YOODO Mengumumkan Pemenang Jersi Ditandatangani Bintang Bola Sepak Dunia

Masih lagi dalam suasana ‘demam’ bola sepak, Yoodo mengumumkan pemenang-pemenang peraduan yang diadakan baru-baru ini dengan memberikan enam jersi bola sepak yang ditandatangani oleh Messi, Neymar, dan Hazard, sebagai sebahagian daripada kempen Yoodo Bola. Pengumuman telah dibuat melalui Facebook Live, seminggu selepas Perancis menjulang trofi Piala Dunia. Peraduan ini adalah eksklusif untuk para pelanggan Yoodo.

Kevin Kumar

Salah seorang pemenang saudara Kevin Kumar, 23, dari Port Dickson, memenangi jersi yang ditandatangani Hazard merupakan pelanggan Yoodo sejak lima bulan lalu. Apabila ditanya mengenai pasukan yang disokongnya, dia berkata “Tahun ini Perancis mempunyai pasukan kebangsaan yang lengkap dan kuat dan sebab itu saya terfikir mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan tersebut.” Teruja dengan kemenangan yang tidak dijangka, dia menambah, “Saya sangat gembira dapat memiliki jersi Hazard kerana prestasinya sepanjang perlawanan dan kejohanan Piala Dunia sangat baik. Peminat tegar bola sepak ini berkata dia tidak sabar hendak membingkaikan jersi yang dimenanginya di mana ia melengkapkan koleksi poster bola sepak di dalam biliknya.

Kevin ingin melihat lebih peraduan seumpama ini dianjurkan Yoodo. Mengulas pengalamannya dengan pembekal perkhidmatan mudah alih Malaysia yang terbaharu, “ Saya membuat keputusan untuk mencuba Yoodo kerana saya boleh mengubah suai pelan sendiri. Setakat ini ia sangat baik dan sekarang saya sentiasa mempunyai liputan 4G penuh dan perkhidmatan pelanggan mereka melalui “Live Chat” amat membantu.

Syed Ahmad Marzuki

Syed Ahmad Marzuki, 40, dari Terengganu, pemenang jersi yang ditandatangai Messi bersetuju, kerana dia memilih Yoodo selepas membandingkan harga antara telco yang berbeza. “Yoodo adalah yang terbaik dari segi mampu milik.”

Jersi yang ditandatangani Neymar telah dimenangi oleh Phoon Shiuh Jer, 22,  dari Seremban. Merupakan penyokong Manchester United, dia merupakan pelanggan Yoodo sejak awal Februari lalu. “Saya sangat menyukai Yoodo kerana ia berpatutan dan pelan saya mengikut pilihan sendiri. Kerana fleksibilitinya, saya menukar pelan setiap bulan.

Phoon Shiuh Jer

Pembekal perkhidmatan lain kadang-kadang memberikan banyak data yang tidak digunakan,” kongsi Shiuh Jer. Dia mengetahui mengenai peraduan Yoodo Bola ketika melihat IG Stories Yoodo di laman Instagram @yoodomy. Merasakan peraduan tersebut mudah untuk disertai, dia kini berasa sangat bertuah kerana telah memenangi jersi yang ditandatangani. Shiuh Jer juga berharap untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak peraduan dan memenangi hadiah dari Yoodo.

Senarai penuh pemenang peraduan:

Kevin Kumar – Jersi Hazard 
Syed Ahmad Marzuki Bin Syed Abdullah – Jersi Messi
Phoon Shiuh Jer – Jersi Neymar 
Anuar Abd Rahman – Jersi Neymar 
Lai Kuan Soon – Jersi Hazard 
LT M Alif Bin Abd Hamid – Jersi Messi 

Yoodo adalah pembekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna pilihan dan kawalan muktamad untuk menyesuaikan sepenuhnya pelan mudah alih mereka kepada apa sahaja yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa gimik, caj tersembunyi atau komitmen. Mereka kini mempunyai promosi yang berlangsung sehingga akhir bulan September. Aktifkan SIM Yoodo pertama anda dan dapatkan 20GB data secara percuma.






Jom Menang Jersi Autograf Bintang Bola Sepak Dunia Daripada Yoodo

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekiranya impian korang adalah untuk memiliki jersi yang ditandatangani oleh bintang bola sepak dunia, inilah tahun yang bertuah untuk korang! Sempena meraikan kemeriahan pertandingan bola sepak terulung di dunia, Yoodo, syarikat telekomunikasi mudah alih digital yang terbaru di Malaysia, menyediakan enam helai jersi bola sepak yang siap ditandatangani khas oleh Messi, Neymar dan Hazard.


“Sebagai sebuah jenama tempatan, kami turut berkongsi semangat bola sepak dengan seluruh rakyat Malaysia dan merasakan bahawa hadiah ini adalah paling sesuai untuk pelanggan Yoodo. Para pelanggan Yoodo juga akan terus menikmati pelbagai kempen menarik dalam masa terdekat,” jelas Farid Yunus daripada Yoodo. Perkhidmatan mudah alih digital khusus yang pertama di Malaysia ini telah dilancarkan pada awal tahun yang memberikan para pelanggan pilihan dan kawalan terhadap pelan mudah alih mereka. Ini juga bermakna dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih  Yoodo, mereka dapat mengubah pelan pada bila-bila masa dan mengawal apa yang mereka mahukan sepenuhnya.


Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Yoodo Bola’, jersi-jersi dengan tandatangan eksklusif tersebut boleh dimenangi menerusi peraduan yang berlangsung sekarang sehingga 29 Jun. Para peminat tidak perlu melakukan sepakan melengkung ke arah gol untuk menang tetapi mereka hanya perlu log masuk ke laman sesawang yoodo di www.yoodo.com.my dan berkongsi ramalan juara kejohanan mereka di laman sosial media yang tersedia.


Peraduan ini eksklusif untuk pelanggan Yoodo, jadi warga Malaysia disaran untuk menyertai Yoodo secepat mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan. Selain daripada itu, jika warga Malaysia mengaktifkan pelan Yoodo pertama mereka sekarang, mereka turut boleh menikmati kredit PERCUMA bernilai RM20 yang membolehkan mereka membeli 20GB secara PERCUMA! Dengan data sebanyak ini, para peminat bola sepak pasti tidak akan terlepas  aksi-aksi hebat pasukan kegemaran mereka dengan menonton dari mana-mana sahaja mereka berada.

Maklumat lanjut sila layari :-
Yoodo Bola: https://www.yoodo.com.my/wc2018
Promo 20GB Percuma: https://www.yoodo.com.my/free-20






5 Rahsia Muka Pemain Bola Sepak Manchester City Sentiasa Bersih Dan Tampan

5 Rahsia Muka Pemain Bola Sepak Manchester City Sentiasa Bersih Dan Tampan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang mesti mengidamkan untuk menjadi pemaian bola antrabangsa yang popular seperti Manchester City. Malah mungkin lebih dari itu untuk memiliki wajah yang bersih dan sihat seperti mereka juga. Ini kerana main bola buka sekadar skill dan kejayaan tapi juga penjagaan wajah penting.


Begitulah juga lelaki Asia perlu pada penampilan hebat dan wajah yang lebih meyakinkan untuk tampil di khalayak ramai. Jangan kata lelaki zaman sekarang tiada semua penjaga wajah, malah mungkin lelaki juga lebih hebat daripada itu untuk menjaga wajah mereka. Oleh sebab itu kini jenama pengeluar produk penjagaan wajah lelaki Dashing telah tampil dengan versi baru. Pencuci wajah khas untuk lelaki Asia inspirasi daripada pemain2 bola Manchester City.


Itulah dia Dashing Manchester City Football Club (MCFC) Facial Cleanser dengan 5 variasi baru yang lebih hebat dan mengikut keperluan wajah lalaki. Rupa inilah rahsia yang di maksudkan dengan 5 jenis pencuci muka yang sesuai buat korang termasuklah Maha sendiri. Maha pun penting menjaga wajah ni kalau tak dulu berjerawat. Kini Maha menggunakan produk ini sebab yakin ia mampu untuk menjaga wajah ini.


Dalam banyak2 5 variasi yang di keluarkan Maha menggunakan produk Dashing Extra White. Ini kerana Maha nak wajah yang lebih cerah dan clear daripada masalah kulit. Produk ini dihasilkan dengan Swiss Alpine Plants yang akan menjadikan kulit korang lebih cerah dan tona kulit yang sekata. Produk ini juga mempunyai perlindungan UV yang boleh menghalang terjadinya bintik-bintik hitam di muka. Maha suka ok yang ni sebab tu hari2 guna tengok lah wajah dah ada perubahan hehehe...


Kemudian satu lagi yang Maha gunakan adalah Dashing Acne Free ini kerana kadang2 muka Maha ni di tumbuhi jerawat gatal kata orang hehehe. Maklumlah kadang2 hormon tak stabil hehehe ada masa lebih keje dan stress jadi tumbuhlah jerawat. Pencuci muka ini mengandungi Zinc & Clay yang melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di wajah dan menjadikan kulit muka lebih licin dan sihat berbanding sebelum serta bebas dari jerawat.


Selain itu meraka ada keluarkan produk Dashing Whitening Scrub untuk korang yang nak wajah flawless. Pencuci muka ini dihasilkan khas dengan Garam Laut (Sea Salt) untuk membersihkan kulit secara mendalam dan membuang kulit mati untuk menjadikan warna kulit sekata. Ianya juga membantu membersihkan liang roma yang tersumbat dan membuang kotoran serta bintik-bintik hitam.


Lagi produk mereka untuk lelaki wajah yang berminyak. Boleh gunakan Dashing Oil Clear yang mampu untuk mengawal minyak di wajah dengan ramuan rahsia iaitu Bamboo Charcoal. Pencuci muka ini membantu menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan. So lepas ni wajah lebih nyata tidak berminyak dan nyaman jer.


Last tapi penting juga untuk wajah lelaki Asia adalah Dashing Icy Fresh. Ia dapat memberi kesegaran kepada wajah kerana ia menggunakan Ice Glacier yang menyejukan wajah dan berkekalan sekaligus mengatasi masalah kekeringan kulit. Lelaki suka sangat wajah macam ni kerana kita di Asia lebih panas berbanding negara mereka.


Mana Maha beli produk ini sebenarnya dah ada di Guardian atau Watson selurh Malaysia. Harga untuk setiap produk adalah RM6.90 untuk 50gram dan RM10.90 untuk 100gram. Jadi tak ada alasan untuk tidak menjaga wajah lebih menarik dan menawan agar lebih berkeyakinan.


Bagi merealisasikan harapan lelaki agar lebih terus yakin dan tampak bergaya Dashing juga menganjurkan satu peraduan buat pengguna produk2 mereka. 11 lelaki yang memang kaki boleh ini berpeluang untuk menang hadiah hebat ini iaitu :-

1) Melawat Manchester, UK selama 6 hari 5 malam. 
2) 3 hari 'training camp' di City Football Academi
3) Peluang untuk mendekati pemain bola sepak Manchester City, 
4) Melancong ke Stadium Etihad 
5) Tiket VIP menonton perlamanan Manchester City FC 

Nak menang kena layari laman Facebook Dashing di sini sekarang juga dan sertai peraduan ini sebelum 31 Disember 2015. Masih ada peluang nak menang ni jom masuk sekarang juga dan dapatkan produk2 baru dari Dashing. Selamat mencuba...