Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Berjaya Time Square. Papar semua catatan

MFC - Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia. Kerana negara kita kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa ia mampu menjadi satu elemen yang menyatukan semua di bawah satu bumbung. Itu lah Maha dapat terjemahkan dalam restoran Malaysian Food Culture - MFC. 

Sempurna Raya Membawa Rasa Pedas Bercheese Ayam Panggang Di Kenny Rogers Roasters

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Wow Ramadan ni macam-macam promosi menarik untuk pilihan berbuka puasa. Betul lah kata orang luar sana yang Malaysia ni syurga makanan memang terlalu banyak makanan. Tapi mana satu yang sihat dan bagus untuk kita itu yang susah untuk dicari betul tak.


Di Kenny Rogers Roasters ini memang tak perlu was-was lagi kerana mereka menyediakan makanan yang sihat sejak dari tahun 1991 lagi. Sebab tu Maha suka makan kat Kenny Rogers Roasters ni, tambah-tambah sekarang ada pakej Sempurna Raya untuk Ramadan dan Syawal akan tiba tak lama lagi.


Maha sempat pergi cuba sendiri set baru ini kerana ia telah mula ada di semua cawangan KRR seluruh Malaysia sejak 15 Mei lagi. Ayam kali ini lain sangat kerana mereka menggunakan rempah ratus tempatan yang diperap dalam ayam dan dipanggang sihat. Kemudian disalut pula dengan sos pedas yang terangkat meleleh bersama cheese yang enak. 


Set Sempurna Raya ini ada 2 set utama iaitu Cheesy Ceria Chicken Favourite Meal yang berharga RM20.50. Set ini ada ayam panggang bersama dengan buah-buahan segar juga ada Aromatic Rice dan yang terbaru ada Muffin Pandan. 


Manakala set kedua pula adalah Cheesy Ceria Chicken & Soup Meal berharga RM22.90. Dalam set ini pula ada ayam panggang bersama dengan mushroom soup, Aromatic Rice dan yang terbaru dan Muffin Pandan. 



Muffin Pandan tu special sikit untuk kali ini sahaja di mana mufin dengan rasa pandan yang segar dan di dalamnya ada kelapa parut dengan gula perang rasa sedap sangat. Juga bersamaan dengan Sempurna Raya ini KRR juga mengeluarkan minuman terbaru yang diberi nama Sangsuria berharga RM8.80 sahaja. 


Bagi yang ada keluarga besar pula mereka masih boleh nikmati semua ini dengan set Jamuan Cheese Ceria yang berharga RM75.00. Bagi Maha bila tengok set ini boleh makan untuk 4 orang jadi memang berbaloi dengan harga dan dapat percuma 4 botol fruit juices mana nak dapat.

Hidangan dalam set Jamuan Cheese Ceria:-
1 x Cheesy Ceria Whole Chicken
4 x Riang Ria Muffins
1 x Aromatic Rice (a la carte)
1 x Coleslow (a la carte)
2x bottled Mango Juice
2x bottled Orange Juice

So lepas ni nak buka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan pejabat ker ajak lah pergi restoran Kenny Rogers Roasters. Maha selalu pergi kat cawangan Berjaya Time Square korang pula pergi area mana. Selamat berpuasa semua dan selamat mencuba. 

Promosi dan maklumat lanjut layari :-

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Konsep Bazar Tema Bufet Ramadan Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi dan juga pasti menjadi bulan untuk kita bersama dengan keluarga. Berkonsepkan Bazzar Ramadan itu yang cuba ditampilkan oleh Berjaya Times Square Hotel untuk bufet Ramadan tahun ini. Melalui Big Apple Restoran yang teletak di tingkat 14 hotel ini korang boleh dapatkan semuanya.




Hotel ni mudah jer nak cari bagi mereka yang menaiki public transport seperti Monorail, bas, teksi uber atau grab car hanya berhenti di depan Berjaya Time Square. Kalau datang naik kereta kena parking dalamlah ada cas yang dikenakan. Untuk solat pun kat hotel ni ada sediakan surau memudahkan untuk solat Maghrib dan Terawih.



Bufet kat sini konsep lebih mudah kerana ia menggunakan cara bazar Ramadan. Selalu kita pergi bazar Ramadan dekat rumah bukan kat sini pun sama ada banyak gerai-gerai. Walaupun bazar Ramadan tapi bufet kat sini ada lebih daripada 200 jenis hidangan makanan yang pasti buat korang rambang mata nak makan mana satu.


Menu paling special kat sini adalah Kedah Claypot Fish Head Curry disediakan penuh kasih sayang oleh Sous Chef di hotel ini iaitu Chef Yusoff menggunakan resipi keluarga. Hanya menggunakan bahan-bahan segar dan rempah aromatik, Claypot Fish Head Curry dijamin kemuncak keseluruhan bufet makan malam korang kat sini.






Bagi gerai-gerai yang ada kat sini banyak menyediakan hidangan tradisional yang jarang kita jumpa kat luar sana. Di antara gerai yang ada adalah seperti :-
1) Gerai Lempeng Kelapa
2) Gerai Lamb Briyani
3) Gerai Ikan Bakar (Ikan Keli / cencaru)
4) Gerai Jemput-jemput
5) Gerai Otak- Otak Muar
6) Gerai Murtabak Istimewa
7) Gerai Ayam Goreng Uncle Bakri
8) Gerai buah-buahan dan ulam-ulaman
9) Gerai Mee
10) Gerai Durian







Bazaar Ramadan bufet di sini bermula pada 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 dari pukul 6:30 petang hingga 10:30 malam. Best kat sini pun ada persembahan daripada band Angklung Balle Balle yang akan menghiburkan tetamu sepanjang menikmati bufet setiap hari.


Bagi harga bufet Ramadan kat sini pula ada banyak pakej. 
Minggu 1 & minggu ke-4 = RM128.00 nett untuk dewasa dan RM58.00 nett untuk kanak-kanak.
Minggu ke-2 & minggu ke-3 = RM138.00 nett untuk dewasa dan RM68.00 nett untuk kanak-kanak. Baucar early bird = RM100.00 nett untuk dewasa dan RM50.00 nett untuk kanak-kanak.





Bagi yang datang secara berkumpulan pula boleh beli pada harga RM118.00 nett seorang, dengan minimum 10 orang. Manakala bagi tiap-tiap 10 buah meja yang disahkan, tetamu akan menerima satu meja percuma. Pakej Mesyuarat Ramadan juga ada dengan harga di RM 148.00 bersih seorang untuk mesyuarat hari penuh dan RM 158.00 bersih seorang untuk mesyuarat setengah hari.







Tu dia banyak sangat pakej yang ada tapi korang kena pandai lah pilih kalau booking awal dapat lebih murah tu jer. Pergi ramai-ramai pun boleh dapat murah. Bagi Maha makan kat sini ok banyak pilihan dan rasa juga sedap sehingga tak tahu mana nak makan dulu. Selamat menjamu seleralah semua ok.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : +603 2117 8000

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5




Hari Pretzel Percuma Dari Auntie Anne's Meraikan 20 Tahun Kegemilangannya Di Malaysia

Hari Pretzel Percuma Dari Auntie Anne's Meraikan 20 Tahun Kegemilangannya Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Auntie Anne's adalah antara makanan ringkas dan menyedapkan terutama bila jalan2 kat mall. Sebab tu Maha kalau pergi mana2 yang ada cawangan Auntie Anne's ni mesti singgah dan beli. Paling Maha suka adalah Pretzel Cinnamon Sugar atau yang stick Maha suka Eclairs Stix Chocolate. Kalau korang suka yang mana?



Baru2 ini Auntie Anne's meraikan 20 tahun mereka berada di Malaysia dengan memberikan Pretzel percuma selama 4 jam kepada pelanggan yang berada di Berjaya Time Square. Maha pun tak lepas peluang nak dapatkan juga Pretzel percuma ini walaupun satu tapi puas hati sanggup bebaris panjang hari tu untuk dapatkan percuma. Rugi korang tu yang last tau kat cawangan Auntie Anne's Berjaya Time Suqare lepas ni tak tahu bila lagi.



Korang boleh tengok sendiri berapa ramai orang tak lepas peluang untuk dapatkan Pretzel percuma ini. Ada yang sanggup bebaris berkali2 kerana bila lagi nak dapat percuma. Siap boleh tengok pekerja mereka bersungguh-sunggh nak sediakan Pretzel untuk bagi semua orang dapat menikmati secara percuma.




Tidak hanya mendapatkan pretzel percuma, sesiapa sahaja yang membuat pembelian minuman pada event tersebut berpeluang untuk memutarkan roda impian dan dapat cenderamata special tau. Lepas ni kena tunggu lagi tahun depan kalau meraka mengadakan lagi pemberian Pretzel secara percuma. Maha pun dah last2 baru dapat tahu tu yang terus serbu pergi sana hehehe. 


Terima kasih Auntie Anne's kerana pemberian percuma ini dan anda yang menyokong meraka selama 20 tahun. Moga nanti meraka akan adakan lagi acara seperti ini. Kalau nak follow mereka boleh ke laman facebook dan juga Twitter.