Cuisine Challenge,
Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai
Siapa sangka masakan Malaysia mendonia apabila menerima Anugerah Emas pada pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 di Dubai baru-baru ini. Lagi indah apabila masakan Nasi Kerabu dipilih sebagai 'The Best National Cuisine in the World' dalam pertandingan tersebut.
Video momen indah ini dikongsikan salah seorang peserta pertandingan itu di laman sosialnya sebaik sahaja nama Malaysia diumumkan sebagai juara. Syafiq Shahrom memuat naik video beliau bersama lima lagi rakan seperjuangan menerima pingat tersebut.
Difahamkan, seramai enam tukang masak bekerjasama demi menghasilkan menu tradisi Malaysia yang dipertaruhkan pada kejohanan itu. Antaranya masakan yang ditampilkan pada pertandingan itu adalah Nasi Kerabu, Rendang Ayam, Cendol, Otak-otak, Kuih Keria dan Udang Sambal.
Pertandingan yang diadakan di Dubai itu disertai beberapa negara serata dunia. Berada ditempat kedua adalah masakan dari negara Syria dan ditempat ketiga adalah negara Perancis. Manakala sepuluh lagi negara dalam senarai TOP 10 iaitu Itali, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Nepal, Thailand dan Afrika Selatan.
Ramai netizen membanjiri ruangan komen dan meninggalkan pujian kepada tukang masak tersebut dan pasukannya yang terlah mengharumkan nama negara peringkat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bangga dengan masakan kita yang sangat unik dan sedap sekali. Tahniah kepada semua peserta.
0 Pandangan: