Butter Kaya Kopitiam,
Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia cukup popular dengan kedai makan berkonsepkan kopitiam. Tapi nak mencari yang betul-betul membawa rasa Malaysia ada di Butter Kaya Kopitiam. Pertama kali Maha makan kat sini kerana sebelum ini hanya lalu nampak signboard yang unik dan menarik.
Kali ni Maha pergi Butter Kaya Kopitiam yang terletak di Level 1 MyTown Shopping Center. Kalau korang masuk ikut pintu Ikea Cheras tu akan nampak restoran ini kat atas. Warna kuning terang dan juga ada keorengan memang jelas kalau sesat tak tahu lagi lah wakakakaka.
Konsep kopitiam ni lebih santai dan lepak-lepak bersama kawan-kawan. Mungkin boleh bawa keluarga makan sambil habis masa berharga di situ. Menu-menu pun tiada yang berat sangat, cuma adalah nasi dan juga mee dalam tu. Seperti Nasi Lemak Rendang Ayam bersama Sambal Sotong dan Dry Noodle Nasi Lemak. Mee tu ada nama nasi lemak sebab ia menggunakan sambal dari nasi lemak memang padanan yang menarik juga.
Menjadi signature kat kopitiam ini adalah ia punya Roti John Korean Chicken dan Roti John Crossover. Makanan ini telah difusionkan di mana ada sos gochujang, manis-manis masam pedas. Manakala isi daging disaluti dengan keju serta ada keropok muruku di atasnya. Juga ada menu gaya Jepun iaitu Omurice Creamy Kam Heong Chicken dan Omurice Blackpepper Beef.
Menu lain lebih kepada dessert atau cemil-cemilan local yang diberi sentuhan magis agar lebih segar dan istimewa seperti Pandan Kaya Lava Bun, Apam Balik Lava, Kek Pandan Gula Melaka Onde Onde, Chocolate Dirty Cake dan Rojak Jumbo Rolls.
Menjadi pilihan ramai juga di sini adalah ia punya Signature Mee Curry Chicken dan Sate Ayam. Minuman juga menarik kena cuba bila makan di sini seperti ada Teh Ice Cendol Red Bean dan Classic Coffee. Bagi Maha semua makanan sini ada rasa yang cukup tidak keterlaluan serta tampil lebih menarik. Maha suka makan di sini, tempat pun bersih dan juga santai.
Menurut kata Chef Irwan beliau sebenarnya nak bawa menu Malaysia ni lebih terkenal bukan sahaja dalam negara atau negara Asean tapi juga lebih jauh lagi. Supaya orang tahu bila sebut sahaja Roti John atau Apa Balik orang akan teringat akan Malaysia.
Butter Kaya Kopitiam MyTown ini beroperasi setiap hari iaitu Isnin sehingga Jumaat beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 9 malam. Manakala Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Selain di sini ada juga tiga lagi canwangan lain iaitu Petaling Street, Sama Square Setapak dan luar KL ada di Freeport A’Famosa Outlet Melaka. Mana yang dekat korang boleh datang dan cuba sendiri semua menu di sini ok.
Info dan update terkini boleh follow sosial media Butter Kaya Kopitiam:
banyak betul pilihan dia!! kena terjah berulang kali kalau nak cuba semua 😮😮
BalasPadam