Buka Puasa,

Destinasi Rasa 2024 Santapan Raja Sehari Sempena Bulan Ramadan Di Le Méridien Putrajaya

Jumaat, Mac 01, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Ayuh meraikan bulan mulia dengan makanan yang enak dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menghayati cita rasa tempatan yang dipersembahkan di Destinasi Rasa 2024 edisi kelapan dengan tema baharu yang menawan "Santapan Raja Sehari".



Kali ini Le Meridien membawakan kelaianan ialah menu aromatik semasa majlis meriah perkahwinan Melayu. Di antara menu yang popular ada iaitu Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Dendeng, Udang Masak Ros untuk menggembirakan tetamu dan menambahkan lagi suasana perayaan. Juga, nikmatilah menu perkahwinan Cina yang dipilih. Di antara menu ada iaitu Ikan Bakar Gaya Portugis, Ikan Masam Manis, Daging Lembu Goreng dengan Halia dan Bawang Besar, Udang Harimau Goreng dengan Marmite. Termasuk juga tidak dilupakan iaitu menu di majlis perkahwinan India khas chef seperti Lamb Kebab Wrapped dengan Condiments, Sup Kambing Mamak, Nasi Biryani, dan Ayam Tandoori.






Tidak lengkap berbuka puasa tanpa hidangan pencuci mulut, bermula dengan pilihan Kurma, Kuih-muih Melayu, Pencuci Mulut Arab, Krim Karamel, Sagu Gula Melaka, Tapai Ubi Pulut, pelbagai jenis Tart, Puding dan Bubur. Tidak ketinggalan juga kaunter aiskrim, air pancut coklat dan Cendol dengan Aiskrim Durian





Dalam semua Destinasi Rasa 2024 membawakan anda lebih 100 hidangan untuk berbuka puasa setiap hari mulai 12 Mac hingga 9 April 2024, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Sambil menjamu selera, dihiburkan oleh band Ghazal Seri Pinang.





Bufet Destinasi Rasa 2024 berharga RM158nett untuk seorang dewasa dan RM79nett untuk seorang kanak-kanak. Mankala tempahan awal yang dibuat sebelum 12 Mac 2024 melalui baucar Early Bird. Harga biasa ialah RM188nett untuk seorang dewasa dan RM94nett untuk seorang kanak-kanak berumur 5-12 tahun. 






Kumpul mata sebagai ahli Marriott Bonvoy dan juga boleh menikmati diskaun pilihan yang tersedia untuk pemegang kad debit atau kredit bank Standard Chartered atau Maybank (tertakluk pada terma & syarat). 






Bagi korang yang lebih suka menganjurkan majlis makan malam peribadi mereka, ruang makan peribadi boleh berada di ruang atas. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan untuk kumpulan 150 orang, sila hubungi +603 8689 6888 atau e-mel dining.Imputrajaya@lemeridien.com.

Tempahan atau untuk pertanyaan, sila hubungi:
E-mel : dining.Imputrajaya@lemeridien.com







0 Pandangan: