Bob Rock Clothing (BRC),

Bob Rock Clothing Adakan Kempen LET’S GO TO WORK (LGTW) Bermula 1 Hingga 31 Januari 2024

Rabu, Januari 10, 2024 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih mood tahun baru lagi ker atau masih mood bercuti. Masih teringat pantai yang cantik, tempat yang tenang atau tempat sejuk masa pergi bercuti. Sudah!! lupakan semua itu kini masa untuk masuk bekerja semula. Mulakan tahun baru dengan azam dan semangat baharu untuk kerja lebih keras dan berjaya. 



Cuma kali ni Maha nak buat posting selamat kembali bertugas dan selamat kembali bekerja kepada rakan-rakan yang masih meneruskan hidup mencari nafkah. Tak kiranya apa sahaja ruang pekerjaan yang anda lakukan pasti lakukan dengan ikhlas dan jujur baru segalanya berkat dan dipermudahkan. Kalau yang bekerja pejabat tu jangan nak mood cuti lagi tau. Sudah kena mula masuk pejabat dan juga start mula mengadap PC masing-masing. 



Ada ker yang dah tak muat baju kerja tu? Atau tak jumpa baju kerja almaklumlah cuti lama sangat lupa baju kerja letak mana. Hehehehe mungkin ada juga yang mencari baju koleksi baharu, kerana tahun baharu, semangat baharu, dan juga nak berwajah baharu. Buat mereka yang comel dan bersaiz besar macam Maha ni dah tak susah nak cari baju untuk kerja. Kat mana lagi kalau bukan di Bob Rock Clothing (BRC) yang terletak di Plaza Masalam Shah Alam.



Sekarang ni lagi best sebab Bob Rock Clothing tengah adakan kempen "LET'S GO TO WORK (LGTW)" tau. Bermula dari 1 Jan hingga 31 Jan 2024 ni. Korang boleh dapat diskaun 15% untuk kedua-dua baju pejabat + seluar* apabila Korang membeli mana-mana Oxford Exclusive Office Shirt.




Mereka bawakan Plus Size Oxford Office Exclusive Long Sleeve. Ia menggunakan material Oxford Cotton iaitu kapas Oxford memastikan si pemakai kekal sejuk dan selesa dengan bahannya yang sangat menyerap dan cepat kering. Ia menjadikannya sesuai untuk dipakai ke pejabat sepanjang hari dengan cuaca Malaysia yang tidak menentu ni. Nak keluar pejabat atau dalam pejabat pun sangat selesa. 



Sebab itu ia menjadi butik utama Maha mencari kemeja lelaki plus size. Oxford Office Exclusive ini banyak lagi ciri-ciri yang sesuai untuk orang bersaiz besar. Paling utama bahagian jahitan yang lebih kemas, tersusun dan sekata di dalam dan luar pakaian. Higher thread count atau kita panggil berbenar jahitan tu lebih senang bernafas dan berangin. 



Juga bahagian potongan A-cut  yang terletak cantik di bahu dan selesa di perut. Serta juga Kolar yang tidak keras tetapi tetap teguh. Centre pleat atau bahagian dada memberi pergerakan yang lebih mudah terutama yang ada dada bidang besar dan bahu besar. Memang sesuai lah baju ini untuk mereka yang cari pakaian saiz besar lelaki. Kat sini nak dapatkan dari saiz XL hingga 6XL pun ada yer. Kalau yang kecil-kecil maaf tak ada hehehe. 



Ia datang dengan banyak warna yang boleh pakai ikut mood hari korang. Terdapat 6 jenis warna iaitu Maroon, Black, White, Denim Grey, Denim Brown dan Sky Blue. Itulah orang kata orang yang saiz comel ni tak boleh bergaya siapa kata. Adanya kedai baju saiz besar lelaki macam ni sangat memudahkan untuk mencari pakaian dan lebih bergaya walaupun kemana sahaja. Nak belinya pun mudah bukan sahaja boleh datang terus cuba dan rasai di butik mereka, atau beli atas taliang di Shopee https://shope.ee/9pEbE9FdWE klik kat link ni atau link TikTok ini https://vt.tiktok.com/ZSNprV8m8/.



Kalau rasa berminat nak tahun lanjut tentang koleksi baharu di Bob Rock Clothing ni boleh sahaja layari laman sesawang dan juga sosial media mereka. Boleh juga tengok di laman Youtube untuk lebih real klik di sini :






0 Pandangan: