Armada Hotel,

Setiap Hari Ada Pelbagai Pilihan Makanan Daripada Bufet Kepada Set Hot Pot Istimewa Di Hotel Armada Petaling Jaya

Rabu, Julai 26, 2023 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ini Maha ada janji pada korang nak buat satu posting makanan yang ada di Hotel Armada Petaling Jaya. Tapi kalau korang nak tahu detail pasal hotel tersebut kenapa Maha pilih untuk menginap sana korang boleh baca di posting sebelum ini. Kali ni Maha kongsikan kepada korang bufet dan set makanan yang ditawarkan di Restoran Utara yang berada di aras G hotel ni.  



Memang tak akan mati kelaparan korang kalau duduk bermalam di hotel ni. Sebab setiap masa restoran mereka sediakan makanan yang sedap-sedap dan banyak pilihan. Bukan sahaja Maha yang cakap tau tapi ramai orang dah tinggalkan komen dan pendapat mereka di Google Review boleh baca kat sana. Jadi sebab ini juga hotel ini menjadi pilihan Maha kalau nak stay untuk berehat atau atas urusan kerja.

Bufet Sarapan Pagi 


Bermula daripada bufet sarapan pagi di hotel tak perlu nak keluar mana-mana. Sebab dalam pakej bilik tu memang ada komplementari untuk baucer sarapan dua orang kalau ambil bilik berdualah. Sarapan pagi kat sini bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 pagi. Sarapan pagi macam-macam disediakan daripada masakan Melayu seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Mee Goreng dan kuih muih tradisional semua ada.





Juga paling popular kat sini kalau sarapan pagi Maha suka ambil Roti Canai Durian mereka. Hanya ada kat bufet sarapan pagi di hotel ni sahaja tau. Roti yang lembut dan gebu serta rangup diluar dan dalam ada inti durian dalam bentuk pes. Bua sangat sedap dan rasa pun tak over memang sesuai untuk makan. Kalau yang tidak menginap kat hotel ni boleh juga nikmati sarapan kat sini dengan harga dari RM58+ untuk Dewasa dan RM29+ untuk Kanak-kanak. 

Terbaharu Promosi Set Hot Pot Istimewa


Ini adalah yang terbaharu dibawakan oleh Restoran Utara iaitu Set Hot Pot. Maha sendiri pun pertama kali mencuba set ini. Set Hot Pot kita tahu ia adalah makanan macam steamboat tapi kat sini ada set-set hidangan untuk dua orang makan yang boleh dipilih. Kalau yang nak makan protein boleh pilih Set Daging Lembu atau juga Set Daging Ayam. Kalau pecinta untuk makanan laut boleh pilih Set Seafood. Bagi yang memang vegetarian boleh pilih Set Vegetarian



Set Hot Pot ini akan dihidangkan dengan satu jenis sup yang boleh dipilih. Sup mereka ada empat jenis yang semua menyelerakan. Korang boleh pilih Sup Mala yang suka pedas dan berapi-api kat mulut. Bagi yang suka Sup Ayam atau Sup Tom Yam yang tidak pedas dan nyaman-nyaman kalau hirup. Serta ada juga Sup Vegetarian untuk yang memang makan sayur sahaja. Setiap set ada harga yang berlainan. Harga bermula daripada RM36+ setiap orang untuk pilihan Set Vegetarian, RM40+ untuk Set Daging Ayam, RM58+ untuk Set Daging Lembu, serta paling istimewa RM68+ yang mewah bagi setiap orang untuk Set Seafood. 






Sebagai hidangan tambahan, korang boleh dapat diskaun sebanyak 15% untuk bulan Julai pada Set Hot Pot. Tetapi bukan itu sahaja untuk tempahan Set Hot Pot bulan Julai ini juga akan dapat pencuci mulut percuma. Tapi ingat ia hanya bulan Julai ini sahaja tau ada beberapa hari ni lagi boleh dapat promosi ini. Jadi tunggu apa lagi datang sekarang makan Hot Pot di Utara Cafe Hotel Armada Petaling Jaya.





Hidangan Set Hot Pot disediakan dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 5.00petang hingga malam. Jadi jangan datang tengahari kerana ia untuk korang makan malam lepas kerja datang dengan kawan-kawan atau bawa keluarga sangat sesuai. Tapi kalau korang nak buat tempahan khas pada waktu lain boleh cuma kena buat tempahan awal agar pihak restoran boleh sediakan bila masa yang korang nak tu. 

Bufet Makanan Laut Makan Malam Hari Sabtu


Bagi korang yang menginap hujung minggu hari Sabtu akan ada bufet makan malam untuk makanan laut. Bufet akan bermula dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam Dalam bufet ini ada pelbagai jenis makanan laut yang segar, termasuk udang yang lazat, kerang berjus dan tiram yang lembut. Ada juga sediakan makanan laut BBQ yang lazat, masakan tempatan yang menggoda, masakan Jepun yang indah, dan hidangan Asia Delights yang akan membuatkan korang tak henti-henti untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Cuma jangan membazir sudahlah yer.



Semperna sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia untuk bulan Ogos & September akan datang. Kat Restoran Utara ini menyediakan masakan tambahan hidangan masakan Melayu. Korang akan berpeluang untuk menikmati hidangan istimewa tempatan termasuk Kari Kepala Ikan, Rendang Tok yang beraroma, dan Assam Pedas Oxtail yang menggoda. Wah jadi korang tak akan perut kosong kalau tinggal kat sini.




Harga pula hanya RM118+ untuk seorang Dewasa, manakala RM82+ untuk seorang Warga Emas dan RM59+ untuk seorang Kanak-kanak. Mana nak dapat makanan pilihan yang segar, sedap dan banyak dengan harga macam ni. Tak perlu nak keluar lagi cari makanan.







Promosi Istimewa untuk Makan Malam Bufet Makanan Laut :
● Promo 5+1 untuk Makan Malam Bufet Makanan Laut untuk Dewasa & Warga Emas untuk tetamu yang datang! Setiap kedai makan ke-6 berpeluang menikmati jamuan dengan kami!
● 2 kanak-kanak di bawah 12 tahun, ditemani oleh keluarga mereka, makan secara PERCUMA!
● Tetamu dalaman layak mendapat diskaun hebat 30% untuk keseluruhan bulan Ogos dan September.

Bufet Hi-Tea Hari Ahad


Hari Ahad hujung minggi ada lak Bufet Hi-Tea yang santai. Bufet ini akan bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 3:30 petang hari Ahad sahaja. Tidak kurang hebat juga bufet ni ada macam-macam makanan dariapda yang tempata kepada makanan international semua ada. Masakan pembuka selera, makanan utama dan juga pelbagai pilihan pencuci mulut yang manis.



Kalau korang tanya harga untuk Bufet Hi-Tea Hari Ahad ini dari RM108+ untuk seorang Dewasa. Manakala RM76+ untuk seorang Warga Emas dan RM54+ untuk seorang Kanak-kanak. Sangat berbaloi sebelum kemas barang nak balik makan dulu isi perut baru boleh pulang. Lepas tu tak perlu nak fikir untuk cari makan lagi sini dah ada segalanya.







Promosi Istimewa untuk Bufet Hi Tea Hari Ahad :
● Pemegang kad kredit HSBC boleh menikmati diskaun eksklusif 15%, menjadikan pengalaman makan anda lebih menarik!
● Tetamu dalaman layak mendapat diskaun hebat 30% untuk keseluruhan bulan Ogos dan September.




So macam mana korang rasa daripada variasi makanan set bufet kepada set Hot Pot semua ada kat Hotel Armada Petaling Jaya ini. Itu yang Maha bagi tahu makanan sini memang banyak pilihan dan semua orang cakap sedap dan lazat. Cuma sekarang hanya tepuk dada tanya selera korangkan. Restoran Utara ini pun ada sediakan makanan untuk dihantar ke bilik tu just call nanti mereka akan serve lah khas untuk korang.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi Restoran Utara :
Tel : (03) 7954 6888 samb.4557







0 Pandangan: